Pilihan warna amat penting ketika pembelian kereta kerana ianya banyak bercakap tentang personaliti anda. Masih ingatkah anda yang admin pernah mengeluarkan satu entri infografik tentang pilihan warna kereta ke atas personaliti seseorang?
Kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh Auto Trader di Amerika Syarikat mendedahkan yang pilihan utama bagi 6 bulan pertama bagi tahun 2015 ialah warna hitam metalik. Malah, satu daripada empat pencarian dalam laman web menunjukkan pilihan warna hitam.
Pengarang urusan AUtotrader, Tara Trompeter turut memberikan komen, “Orang ramai akan membeli kereta yang mencerminkan personaliti masing-masing, sama seperti pilihan fesyen dan aksesori mereka. Dan semua orang tahu yang warna hitam adalah paling klasik.”
Ramai pengguna yang mendedahkan bahawa pilihan warna adalah satu proses yang amat penting ketika membeli kereta baru. Malah, tiga daripada empat mengatakan yang mereka sanggup menunggu untuk mendapatkan warna yang memenuhi citarasa mereka.
arenakereta
|