View: 2699|Reply: 11
|
Tak Nak Botak? Jom Cuba Rawatan Lada Hitam Ini
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Seringkali sakit hati dan marah apabila rambut mulai gugur, banyak kelemumur, beruban dan nipis. Macam-macam petua dan cuba, namun ia tetap sama dan berulang kembali.
Ha, jangan bimbang. Apa kata, kali ini cuba untuk gunakan petua yang lain. Bagaimana? Jom, ikuti dan praktiskan seperti berikut.
Hanya gunakan lada hitam sahaja. Berkesan ke? Belum cuba, belum tahu Bro dan Sis.
1. Lada hitam menjadikan rambut semakin tebal dan kuat
Biasanya kita akan gunakan limau purut, lidah buaya dan sebagainya. Kali ini ramuan lada hitam pasti menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk rambut anda.
Cara ramuan :
- 1 sudu lada hitam (kisar atau tumbuk sehinga halus)
- 1 sudu teh biji lemon / limau (kisar atau tumbuk sehinga halus)
- 4 titis minyak zaitun
1) Campurkan kesemua bahan dan gaul dengan sebati.
2) Sapukan bahan tadi ke kulit kepala dengan serata.
3) Biarkan selama 20 minit.
4) Bilas dengan air bersih.
2.Lada hitam dapat menghilangkan kelemumur
Kandungan anti bakteri dan anti inflamasi yang ada dalam lada hitam dipercayai dapat mengatasi masalah kelemumur pada rambut.
Cara ramuan :
- 1 sudu teh lada hitam (kisar atau tumbuk sehinga halus)
- Yogurt
1) Campurkan kesemua bahan dan gaul dengan sebati.
2) Sapukan bahan pada rambut.
3) Balut rambut dengan tuala dan diamkan selama 30 minit.
4) Bilas dengan air bersih.
3.Lada hitam dapat menghilangkan uban
Ramai anak muda kini mempunyai uban. Malu kan? Jangan risau, lada hitam mampu menghilangkan uban anda.
Cara ramuan :
- 1 gram lada hitam (kisar atau tumbuk sehinga halus)
- 100 gram yogurt
1) Campurkan kesemua bahan dan gaul dengan sebati.
2) Sapukan bahan pada rambut.
3) Balut rambut dengan tuala dan diamkan selama 1 jam.
4) Bilas dengan air bersih.
Lakukan rawatan ini setiap seminggu sekali, agar rambut kembali berwarna hitam.
4. Lada hitam mencegah kebotakan
Wah, lada hitam juga mampu mengelakkan kepala daripada botak.
- 1 sudu teh lada hitam (kisar atau tumbuk sehinga halus)
- Yogurt
1) Campurkan kesemua bahan dan gaul dengan sebati.
2) Sapukan bahan pada rambut.
3) Balut rambut dengan tuala dan diamkan selama 10 minit.
4) Bilas dengan air bersih.
Banyak kegunaan rupanya dengan bijian lada hitam ini. Namun, penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan kulit kepala terbakar, sebaiknya tidak menggunakan secara berlebihan. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
tak panas ke kepale ? kot la kan |
|
|
|
|
|
|
|
nak cuba, lepas bersalin rambut gugur dgn banyak |
|
|
|
|
|
|
|
try lepas bersalin nanti... ade sape2 dah try berkesan ke tidak? |
|
|
|
|
|
|
|
testimonial pls.. ade sape penah cuba? |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa pernah cuba? Bg review |
|
|
|
|
|
|
|
rafiesaaidin: Sapa pernah cuba? Bg review
Dah cuba .. best, ada rasa panas sikit kat kulit kepala. Tapi, esoknya dah ok.
Migrain pun boleh hilang. Mujarab lah kot kan? |
|
|
|
|
|
|
|
zuliana29: testimonial pls.. ade sape penah cuba?
Try lah.. rambut dah kurang gugur tau.. 2 hari berturut2 try nih. |
|
|
|
|
|
|
|
khailya: tak panas ke kepale ? kot la kan
Panas kejap je... mula-mula letak lada hitam tu 1 sudu setengah, tu yg rasa panas.
Esoknya, kurangkan n lebihkan yogurt. Ok dah.. best, rambut pun licin je. |
|
|
|
|
|
|
|
yogurt?? |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa lama perap atas kepala? Masa basuh guna syampu tak?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|