View: 27658|Reply: 13
|
SIAPA JAKUN,SAKAI,BATAK YANG SELALU KORANG SEBUT
[Copy link]
|
|
Kita biasa dengar & baca ayat2 macam ni.. "Jakun la ko tahap mak ko hijau tak penah tengok orang pakai fesyen color mcam ni".. dan ayat macam ni.. " Jangan jadi batak sangat la sampai tak boleh terima pendapat orang lain" atau mungkin ayat macam ni.. "ko ni macam sakai la.. pi la sikat rambut sikit.".. tu contoh ayat.. mesti dalam hidup kita seharian akan dengar & baca ayat2 macam tu kan??
korang tau ka siapa SAKAI, JAKUN & BATAK yang sebenarnya?kalau sesiapa siapa ada banyak info ka, gamba ka,...boleh bubuh kat thread ni di alu alu kan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Suku-suku kaum di pedalaman Sabah dan sarawak |
|
|
|
|
|
|
|
JAKUN
Kaum orang asli
Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala). Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.
SAKAI
Orang Sakai merupakan sekumpulan masyarakat yang terasing dan hidup masih secara tradisional dan nomaden pada suatu kawasan di pulau Sumatera, Indonesia. Beberapa ahli berpendapat, orang Sakai ini merupakan percampuran antara orang Wedoid dengan orang Minangkabau yang bermigrasi sekitar abad ke-14. Dan orang Sakai sendiri menganggap bahwa mereka datang dari negeri Pagaruyung. Kaum Sakai dlm hutan Malaya yang tabiatnya suka menurut perintah tanpa apa-apa bantahan. Ketua kuam ini dipanggil Tok Batin Sakai atau orang Terbesar.
BATAK Saat ini pada umumnya orang Batak menganut agama Kristen Protestan, Kristen Katolik, dan Islam Sunni. Tetapi ada pula yang menganut kepercayaan tadisional yakni: tradisi Malim dan juga menganut kepercayaananimisme (disebut Sipelebegu atau Parbegu), walaupun kini jumlah penganut kedua ajaran ini sudah semakin berkurang.
sumber:wikipedia
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mmg wujud ek depa2 ni...
aku igt bahse pasar semata |
|
|
|
|
|
|
|
orang Wedoid???australoid tahu laa...more info pls..tq
|
|
|
|
|
|
|
|
Info Sejarah
Menurut ahli purbakala Indonesia van Heekeren dan Soekmono, sudah ada penduduk dalam golongan ras Wedoid dan Austroloid sebelum ras Melayu di kepulauan Indonesia dan Malaysia. Ras wedoid dan Austroloid ni hidup dengan berburu hasil hutan. Kedua golongan ras ini hidup ke dalam pendalaman dan hutan kerana dipercayai ada segolongan dari Proto Melayu yang akan datang ke tempat mereka. Dan ini mendesak mereka hidup jauh dalam hutan. kemudian datang pula golongan dari Deutro-Melayu yang mendesak pula golongan Proto-melayu ke hutan.
Maka timbullah pula percampuran ras (wedroid, autroloid, proto melayu, deutro melayu).
Orang Sakai berimigrasi ke Riau adalah dari campuran golongan Wedoid dan Melayu Tua (minangkabau) dan dipercayai juga sisa-sisa suku Australoid.Sisa-sisa suku Wedoid pula di Pulau Enggano, Mentawai, Srilanka, Kepulauan Maluku,Timur Leste dan India Selatan.
Boleh dapat dari buku ni...hasil google..
ini pasal orang sakai
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
saya selalu dengar ayat2 gini
"Kau jangan nak jadi sakai sangat la!"
"Kau ni jakun betul la!"
"Kau tu layak jadi kuli batak saja!!"
So, apa makna suku2 tu di sebalik dialog tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
secara basic nya kita tgk kupasan ringkas sejarah 3 suku ni pun kita dah blh paham. bahawa diorang merupakan suku yg duduk jauh dipedalaman dan tidak terdedah dengan dunia luar. maksudnya. bila seseorang melihat sesuatu dgn pelik... dan kawan dia mengeluarkan dialog2 sebegitu mananya macam... kau tak payah la nak pelik sangat serupa orang jakun/sakai/batak yang tak keluar ke dunia luar/moden plak.. ok begitu pahaman saya
|
|
|
|
|
|
|
|
saja nak kongsi:
Sedar tak sedar dari perbualan harian kita, bahasa kasar telah dilembutkan sebenarnya dari perkataan kasar yang boleh mendapat penumbuk kat muka kita.Perkataan- perkataan ini biasanya digunakan oleh remaja dan golongan yang tak berapa nak remaja.
SIOT:
Siot adalah dari perkataan bodoh ataupun sialan. Mana lagi lembut "Siot la kau ni,janji pukul 2 sampai pukul 5" berbanding " Kau ni memang bodo! Janji pukul 2 datang pukul 5".
KLEPET/REMBAT:
Dari perkataan curi/rompak. Contoh ayat: Kau kelepet artikel dari blogsiakapbabisewel? berbanding Kau curi artikel dari blog siallalugagapbabisewelt?
SEKODENG:
Dari perkataan mengintai/mengendap . Contoh ayat: "Jom sekodeng anak Pak Ali". Mana lebih lembut dari "Jom mengendap anak Pak Ali".
HAMPEH:
Dari perkataan tidak berguna. Mana lebih menyirap? "Kau ni memang hampeh! " berbanding "Kau ni memang tak berguna!"
KELENTONG
Dari perkataan menipu. "Alah kau ni memang kaki kelentong" berbanding "Alah kau! ni memang penipu"
WAK LU:
Ini gurauan yang agak kasar sebenarnya dari perkataan bapak kau. Mau kena penerajang kalau berkata "Bapak Ko!" berbanding perkataan "Wak lu!"
SIOL:
sama jugak maksud mcm siot....
KEWAK:
maksudnye adalah pukeymak...kalo kite ckp 'kewak la ko' adalah lagi lembut berbanding 'pukeymak la ko'..
BATAK :
lebih kpd jakun @ rakun...kehkehkeh..."batak tahap gaban tul la..ko ni "
Gampang : kata ganti diri utk melempang @ pelempang....."hari2 radin gampang icu..."
CEREMPIT (sifat2 OKU dan tak cukup sifat yg suka kutuk2 n ngata2 kat belakang)
cth: ish2... ramai betul budak2 cerempit skrg ni ye..... mcm ada sorang kuli aku tu dah jadik budak cerempit.. baru masuk keja dan pandai nk demand gaji tinggi...keja buat2 ala2 kadar jek
BOTOL (bodoh tolol)
cth: mmg botol la mamat tu.... aku suh buat lain dia buat lain.... ada ke buat air sirap dia letak sos cili.... aku kata jus SIRAP...... bukan jus SOS CILI
HAPRAK (ada kepala mcm ok tp tp tak leh pakai punye)
cth: haprak betul la makhluk sekor ni, muka je nampak brutal.. pastu ckp bgai nak gah je tp bila ada filem hindustan ...... tang part sedih tu siap nangis2 lagi tersedu sedan... siap meleleh2 hingus tu.... kata aku yg lebih...dia pun lagi lebey..... ni pun sowang lagi kuli aku...
CEKLETO'EH Cekleto'eh ada satu perkataan dari Nairobi, Africa merupakan perkataan PALING UNIVERSAL sekali kerana ia boleh digunapakai di beberapa ayat dan tempat...
contoh :-
Nak makan-
"Jom kita cekleto'eh nasik goreng... lapor ni"
Mencuri :-
"Seekor tenggiling rempit telah mencekleto'eh motor mat rempit lain.."
Menipu :-
"Ko jangan nak cekleto'eh aku. Semalam aku tengok kat lorong, harga gab RM10 je semalam"
Berak :-
"Apaaa makkk??? Orang dalam jamban ni...tengah cekleto'eh" kata Fizie yang tengah berak dalam bilik tidurnya sambil ditemani sliparjepun.
Bahasa Office :-
"Setelah syarikat mengalami peningkatan cekleto'eh, kapasiti cekleto'eh didalam gudang akan meningkatkan kadar sifar cekleto'eh"
Seks suami isteri :-
"Aku nak balik awal ni, nak cekleto'eh bini.."
BINGAI
utk ssorg yg bodoh, xphm bahase @ org pggl wt xtau / wt bodoh...
SUWEI
srg yg btl2 bengong or wt2 bengong...
sengal
haku pon tatau maknanya camana... tapi kalau ditunjukkan pada seseorg, gerenti org tu bertaraf tak guna...
cap ayam/cikai...
low class punya brg.....
harun salim ...... hamjadah...
BADIGOL SOOT=org2 yg perangai cam hampeh,xleh diarap,soh wat len tp die wat mende len,perasan hensem(bg laki2)
SUNCAHTOT=suntut sampai pecah lubang bontot
TEJUJU=terajang laju2
TAMYAKCUK=tamparan ketiak bucuk
KUTAK=kuli batak
cth ayat:
Naz:Ko ni BADIGOL SOOT btol la Cleaner.Aku sumpah ko jd SOOT BADIGOL bru ko tau!
sewel = sengal
ko nih 'sewel' la cuci tandas...
cak'ekg = gempak
abe fiziekal nih 'cak'ekg' la...
spenda = lurus bendul
ko nih amatlah 'spenda' cuci tandas. cube la jadi mcm abe nazl iaitu org yg baik2 belaka...
lantoi = celaka
mengapala si cuci tandas nih amatlah lantoi perangainye... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam masyarakat Mlayu, ‘sakai’ digunakan untuk mempersendakan orang lain, misalnya ketinggalan zaman/tidak bertamadun. Bagi masyarakat Melanau di Sarawak pula, ‘sakai’ bermaksud ‘kawan atau sahabat’. Manakala bagi masyarakat Murut, ‘sakai’ bermaksud ‘orang atau manusia’.
Kemudian,..dalam bahasa Suluk pula sakai ada 3 maksud..
1) dlm bahasa Suluk sakai boleh bermaksud sesuatu yg boleh menampung.. contohnya 'pagsakatan' yg bermaksud 'kenderaan'..
2) sakai juga bermaksud mendaki/naik.. tetapi selalunya disebut sakat.. contohnya 'simakat pa taas' bermaksud 'menaik ke atas'.. kata dasar simakat adalah sakat/sakai..
3) pada hari ini sakai dalam bahasa suluk adalah merujuk kpd satu perbuatan yg ketinggalan zaman. contohnya mcm terlalu excited dgn satu benda yg berteknologi mcm ipad ka, iphone ka
dalam bahasa Mlayu pula pada asalnya sakai/jakun merujuk kepada orang Asli atau orang yg tinggal di kawasan pedalaman dan atas bukit. w.a |
|
|
|
|
|
|
|
Cekleto'eh tu first time dengar..dn byk juga rupanya makna cekleto'eh.
Selama ni ingatkan makna suwei tu...malang
|
|
|
|
|
|
|
|
Good info
|
|
|
|
|
|
|
|
..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|