CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1660|Reply: 0

10 Tanda-Tanda Ini Buktikan Yang Kamu 'The Only One For Him'

[Copy link]
Post time 23-10-2015 07:48 PM | Show all posts |Read mode


        Girls, lelaki memang susah untuk nampak dan apatah lagi sedar siapa yang terbaik untuk hidupnya.

        Tugas kamu sebagai kekasih harus kuat dan jangan berputus asa untuk membuktikan yang kamu 'the only one'.

        Oleh itu cuba suruh si dia baca 10 tanda gadis yang di kenalinya itu terbaik buatnya.

        1# Gadis itu sentiasa memberi sokongan positif dan mengingatkan matlamat hidup kamu. Dia percaya dan yakin dengan setiap keputusan yang kamu buat. Si dia umpama cheerleader dalam hidup kamu bukannya jurulatih yang sering memberi arahan.

        2# Dia tidak akan cuba membuat kamu cemburu. Malah dia juga tidak akan cuba ‘menguji’ kekuatan cinta kamu kerana dia benar-benar yakin dengan hubungan kamu berdua.

        3# Dia tidak meminta itu ini bagaikan seorang puteri. Hanya satu sahaja yang dia minta dari kamu iaitu hargailah hubungan kamu berdua dan hormatilah dirinya semua itu sudah memadai.

        4# Kamu jatuh cinta dengannya bukan kerana di benar-benar cantik dan ayu. Tetapi kerana perwatakannya yang bersahaja, cara dia melayan kamu dan keluarga, cara dia menghormati cara kamu dan cara dia menghargai hubungan kamu berdua.

        5# Gadis itu sangat berdikari dan boleh menyelesaikan masalah tanpa melibatkan kamu. contoh seperti masalah persahabatan dan kerjaya.  
       


        6# Kamu tidak teragak-agak mengajak atau menjemput dia ke majlis-majlis keramaian. Contoh seperti majlis makan malam bersama keluarga besar, malam gala pejabat, barbecue bersama kawan baik dan sebagainya. Malah, kamu langsung tidak kekok bila dia berdiri sebelah kamu sepanjang majlis.

        7# Walaupun si dia bukanlah sempurna tetapi si dia tahu menjaga diri dan adab bila bersama dan tidak bersama . Tak perlu kamu ‘membimbing’ seperti ayah, kerana dia tahu segalanya. Perlu di ingat, dia tidak memerlukan seorang ayah tetapi pasangan hidup.

        8# Sewaktu di kelilingi dengan orang yang tidak dikenali, si dia bijak menangani situasi yang jangal ini. Tanpa segan silu si dia terus memperkenalkan dirinya dan tidak hanya berdiri kaku di sebelah kamu sahaja.

        9# Dia menjaga maruahnya sebagai seorang gadis baik di hadapan atau di belakang khayalak ramai. Si dia sering mengingatkan kamu tentang batasa pergaulan antara kamu dan si dia.

        10# Bila bertanya atau memerlukan pendapat si dia banyak menyumbangkan idea dan pendapat berbanding berkata “saya tak tahu!” atau “entahlah!”.

remaja



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.044796 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list