View: 2837|Reply: 8
|
4 Jasad Murid Orang Asli Selamat Dikebumikan!
[Copy link]
|
|

sumber foto : www.bharian.com.my
Empat mayat, termasuk dua rangka murid Orang Asli yang ditemui di Sungai Perias selepas dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu, dikebumikan di Kampung Penad, Pos Tohoi petang semalam.
Terdahulu, mayat mangsa dituntut keluarga di Hospital Gua Musang (HGM) kira-kira jam 10 pagi sebelum dibawa menaiki empat kenderaan pacuan empat roda (4WD) ke kampung berkenaan. Semua mangsa dikebumikan bersebelahan antara satu sama lain kira-kira jam 2 petang.
Identiti mangsa yang disahkan menerusi keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ialah Linda Rosli, 8; Haikal Yaakob, 8; Ika Ayel, 9 dan Juvina David, 7.
Suasana pilu menyelubungi pekarangan rumah mayat HGM ketika waris menuntut mayat, berikutan sudah lama menunggu untuk menyempurnakan jasad anak mereka.
Turut berada di tempat menuntut mayat dan mengiringi ke kubur ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Nisra Nisran Ramlan dan Pengarah JAKOA Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya.
Berita selanjutnya : http://www.bharian.com.my/node/91858 |
|
|
|
|
|
|
|
Pengajaran buat cikgu sekolah walau dimana anda mengajar jangan asyik nak pikir diri sendiri sahaja dan jangan suka mengugut bebudak yang akal fikiran masih kecil. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih nya bla pk bdk2 malang yg xtau apa tuh.. .
|
|
|
|
|
|
|
|
sorg lagi tak jumpa erk.... 
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah ada juga kubur adik2 ni.. Moga jasad yang sorang lagi turut dijumpai. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu.... Kesian kat mereka
|
|
|
|
|
|
|
| |
|