Dulu RM200, kini RM250,000 Kuala Terengganu: Siapa sangka bongkah kayu gaharu yang dibeli pada harga RM200 di Melaka pada 2008 kini ditawar untuk dibeli pada harga RM250,000 oleh seorang peminat gaharu dari Yaman. Ismail Kassan, 61, dari Kampung Melayu, Sungai Buloh berkata, dia tidak menyangka bongkah kayu gaharu yang dibelinya itu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan diminati peminat gaharu dari negara Timur Tengah. “Kayu gaharu itu mempunyai kualiti yang sangat tinggi kerana ia adalah gaharu dari pokok yang tumbuh secara semula jadi dan nilainya semakin meningkat apabila ia adaptasikan dengan ukiran seni pada bongkah kayu itu. “Ukiran pada bongkah kayu gaharu itu masih belum siap sepenuhnya menyebabkan saya menolak tawaran itu dan meneruskan kerja mengukir sehingga ia siap sepenuhnya dan akan mempertimbangkan untuk menjualnya,” katanya ketika ditemui di Bengkel Pencucian Kayu Karas di Festival Perkayuan Antarabangsa Terengganu (TINTS), di sini, semalam. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Oktober 2015 @ 5:55 AM
ISMAIL menunjukkan kayu gaharu yang sudah diukir bernilai RM250,000.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/87741#sthash.twFvayYN.dpuf
|