CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3102|Reply: 10

RIMAS dengan kawan yang suka bergosip

[Copy link]
Post time 30-10-2015 12:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by arrowki at 30-10-2015 12:39 AM

Aku ada satu habit ni yang sekali aku nampak orang tu mengaibkan orang lain ataupun mengumpat dengan rancaknya pasal seseorang, aku akan jauhkan diri dari dia. Sebab aku rasa yang kalau dia macam tu depan aku, boleh jadi belakang aku dia macam tu jugak depan orang lain. Tapi masalahnya, kawan perempuan kat tempat aku sekarang rata-rata macam tu. Sampai kan ada satu masa tu aku takut nak dekat walaupun diorang tu housemates aku sendiri. Orang yang diumpat pulak biasanya perempuan jugak tapi dibincangkan depan kawan-kawan lelaki oleh si perempuan yang kaki gosip ni. Aku pulak ada sejarah dibuli waktu sekolah so benda-benda macam tu sangat la menakutkan bagi aku. Aku trauma sebenarnya. Dulu waktu sekolah, kawan-kawan perempuan aku buat macam tu kat aku. Lagi dahsyat siap ambik video aku berkemban lepas mandi. tapi aku sempat padam sebelum diorang hantar kat sesiapa.
Bayangkan, habis benda-benda aib yang sepatutnya dibincang dalam rumah boleh pulak diorang cerita depan budak laki. Contoh, pengotor, malas kemas bilik, kawan tu ada penyakit yang memalukan, masalah girls' talk blablabla... Ada sorang kawan ni tidur ternganga tapi pakaian dia tak appropriate pakai singlet je diorang boleh ambik gambar. Yang ni pun aku terdengar diorang cerita sambil gelak-gelak. Aku nampak benda-benda yang aku pernah hadapi. Bila aku tengok benda ni dah jadi banyak kali, aku start jauhkan diri dari kawan-kawan perempuan aku tu & kawan-kawan lelaki aku yang layan gosip diorang. Bila aku ada kat situ aku boleh lagi tukar topik supaya diorang stop tapi benda ni jadi banyak kali dah. Ada sekali tu aku blah macam tu je sebab aku tak boleh nak ubah topik diorang ramai-ramai dok gelak pasal kawan yang tak selalu kemas bilik tu.

Tapi masalahnya, aku tak ada kawan perempuan lain dah yang aku akan menghadap hari-hari untuk bertahun-tahun yang akan datang... Honestly aku tak rasa rugi langsung hilang kawan macam ni, tapi aku menghadap diorang setiap hari kot. Aku nak gak ada girl group yang boleh support aku yang macam sisters gitu....Rata-rata kawan perempuan aku perangai macam ni aku jadi lagi rapat dengan beberapa kawan lelaki sampai kitorang selalu sangat makan sekali. Waktu aku kecik dulu pun aku lagi rapat dengan lelaki sebab kawan-kawan perempuan aku buat benda yang sama kat aku sampai aku pun jadi kasar macam lelaki. bezanya dulu aku mangsa sekarang aku pemerhati. Aku tau tak manis orang perempuan selalu sangat hang out makan dengan kawan-kawan lelaki tapi aku tak boleh la terima benda yang diorang buat tu. Patut ke aku bertahan cuba je untuk fit in supaya aku boleh bonding dengan kawan-kawan sejantina aku ataupun itu serupa macam bagi leher untuk disembelih.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 09:08 AM | Show all posts
Bertabahlah TT, mungkin nasib TT tak bernasib baik berkaitan dgn kawan, don't gibab, ramai lagi yg nak berkawan dgn TT termasuklah I

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 04:41 PM | Show all posts
ai pon
we can be pwen
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 06:09 PM | Show all posts
Kun Anta tt.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pon tak suka geng ngutok2 belakang ni..nak je aku hadiahkn dia cermin suruh cermin diri sendiri..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 12:34 PM | Show all posts
iols pn sama, kite geng
iols lg suke kwn yg cete hal semasa bukan perseorangan atau menburukkan org
da rmi kwn2 yg mcm ni iols tinggalkan
sbb antara sebabnyer iols takut terikut ikut perangai deols dan mengumpul dosa yang mana iols nak jauhkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2015 02:18 PM | Show all posts
same here.. org2 kat ofis nie ada some yg suka sangat bercakap pasal org.. ada je yg xkena kat mata dorg.. tapi diri sendiri takdela bagus mana.. memang aku bcakap ngan dorg hal keje semata je.. other than that, sorry.. i zip my mouth and plug my ears.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2017 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehee..berhati2 la bila berkawan..huhuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2017 09:49 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 12:33 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 12:34 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.167505 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list