CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11253|Reply: 102

[Tempatan] Pengharaman vape menjatuhkan perniagaan Melayu

[Copy link]
Post time 30-10-2015 09:10 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 29 Okt. - Keputusan kerajaan untuk mengharamkan rokok elektronik atau vape dalam masa terdekat bagi mengelakkan risiko lebih buruk kepada kesihatan mendapat pelbagai reaksi negatif daripada penggunanya.

Rata-rata pengguna Facebook daripada kumpulan ‘Vapor Malaysia Open Group’ berterusan mengkritik keputusan tersebut yang dianggap tidak wajar dan tidak ber­asas.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hijazi Nawi berkata, dia kesal dengan pengumuman tersebut kerana jelas akan menjatuhkan perniagaan anak muda yang majoritinya orang Melayu.

“Pengusaha vape majori­tinya adalah anak muda Melayu. Bagaimana Melayu nak maju, baru terjebak dalam bidang perniagaan dah diganggu kerajaan,” katanya.

Keluhan yang sama turut dikongsi seorang lagi pengguna Facebook dikenali sebagai Azrul Sham yang kecewa dengan tindakan kerajaan mengganggu industri vape negara daripada terus berkembang.

“Takkan kerajaan sanggup mengharamkan vape semata-mata kerana digesa syarikat rokok? Mungkin pungutan cukai daripada tembakau berkurangan kerana makin ramai perokok bertukar kepada vape. Ini semua soal cukai?,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Asyraf Anuwar pula berkata, kajian daripada seluruh dunia tidak membuktikan bahawa vape memudaratkan kesihatan, malah hanya di Malaysia, vape ‘mengundang risiko’ kesihatan.

“Vape boleh menyebabkan kanser? Kajian mana yang cakap tu? Sedangkan World Health Organization (WHO) pun belum dapat sahkan apa-apa keburukan penggunaan vape sebagai alternatif untuk rokok,” katanya.

Tidak kurang juga segelintir pengguna dilihat mengeluarkan kenyataan sinis dan tidak akan berhenti menggunakan vape sekalipun diharamkan oleh kerajaan.

Aizuddin Fikri berkata, dia akan terus menggunakan vape tersebut secara ‘underground’ walaupun diharamkan kerana sedikit-seba­nyak dapat mengurangkan tabiat merokoknya.

Menurut seorang lagi pengguna Facebook dalam laman itu, Syed Mahdar, dia telah tiga bulan dapat menghentikan tabiat merokoknya yang teruk dengan penggunaan vape.

“Dulu saya adalah perokok tegar, darah saya perlu nikotin, kini, tiga bulan saya dah berhenti merokok dengan mengamalkan budaya vape. Alhamdulillah kini saya bebas daripada rokok,” katanya.

Sementara itu, masih terdapat segelintir pengguna Facebook yang menyokong tindakan kerajaan untuk mengharamkan vape dalam masa terdekat itu.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Perindu Syahid Ilahi berkata, Al-Quran mengajar manusia untuk menghindari diri daripada perbuatan yang boleh memudaratkan kesihatan termasuk menghisap vape.

“Memang rokok, shisha dan vape tiada dalil yang mengatakan haram dalam al-Quran. Tetapi, benda yang boleh memudaratkan kesihatan perlu ditinggalkan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 09:13 AM | Show all posts
Kalo tak tau apa jangan merengek
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
vape halal bila ade cukai..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:14 AM | Show all posts
okok, melayu yg bantah sila protes untuk dapatkan bangunan khas jual vape
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Vape bantu perniagaan meleis? Pffftttt pprt sgat pikiran meleis caprut. Mohon semua vapers mampus diletupkan mesin vape. Btw, pak jahid xdpt halang ke pengharaman vape ni memandangkan hanak beliau terlibat dgan gejala vape ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:18 AM | Show all posts
Rusuh larr weiii, rusuhhh!!! Goyang punggkokk!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2015 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum vape ni wujud takde lagi melayu yg kebulur mati tak mkn
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa saja semua nak jadi isu kaum...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 09:22 AM | Show all posts
patutnya yg nak berenti merokok tu, dah tukar ke vape, pada2 la....takkan nak bergantung kt vape tu seumur hidup....duit jugak tu nak hisap vape...dr buang duit kat benda tak berfaedah tu baik la simpan duit utk anak2 ke, bg mak pak ke

so aku tak nampak apa masaalahnya kalau gomen nk ban vape ni...kalau nk ban rokok jugak lagi aku sokong 100%
Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Perindu Syahid Ilahi berkata, Al-Quran mengajar manusia untuk menghindari diri daripada perbuatan yang boleh memudaratkan kesihatan termasuk menghisap vape.

“Memang rokok, shisha dan vape tiada dalil yang mengatakan haram dalam al-Quran. Tetapi, benda yang boleh memudaratkan kesihatan perlu ditinggalkan,” katanya.


iolls sokong 100% apa yg org ni tulis

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hijazi Nawi berkata, dia kesal dengan pengumuman tersebut kerana jelas akan menjatuhkan perniagaan anak muda yang majoritinya orang Melayu.

“Pengusaha vape majori­tinya adalah anak muda Melayu. Bagaimana Melayu nak maju, baru terjebak dalam bidang perniagaan dah diganggu kerajaan,” katanya.


ni komen bodoh dari org tak pikir kesan jangka panjang, asik guna "melayu"....lg elok la ko pindah mexico je buat biz dadah bang
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:26 AM | Show all posts
Since dikatakan akan memusnahkan peluang anak melayu maju dlm bidang perniagaan, ahli baju merah yg presidennya anak Sekincan tak mau bersuara dan berdemo ke?

Cuma bertanya, seandainya dibubuh perasa dadah, air ketum, apakah itu berkemungkinan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:29 AM | Show all posts
nolya replied at 30-10-2015 09:26 AM
Since dikatakan akan memusnahkan peluang anak melayu maju dlm bidang perniagaan, ahli baju merah yg  ...

rokok tak boleh ke?.........
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:30 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:36 AM | Show all posts
Acong replied at 30-10-2015 09:29 AM
rokok tak boleh ke?.........

I don't catch ur question.  Ditanya rokok tak boleh ke? tak boleh apenye?.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:43 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 30-10-2015 08:20 AM
Apa saja semua nak jadi isu kaum...

kan... tak perlu pun kot!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:44 AM | Show all posts
nolya replied at 30-10-2015 09:36 AM
I don't catch ur question.  Ditanya rokok tak boleh ke? tak boleh apenye?.

rokok skrg tak boleh ditambah perasa dadah, air ketum?


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 30-10-2015 09:43 AM
kan... tak perlu pun kot!

Suka nak main isu yg menampakkan kelemahan n kebodohan sendiri....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2015 09:48 AM | Show all posts
yg penting duit.... pasal halal haram tolak tepi.. bukan vape je, rokok pun memang difatwa haram... tp, duit masyuk punya pasal...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:48 AM | Show all posts
dalam dunia moden ini kan...

even giant company pun bole tumbang.. mesti kita dulu tak terpikir syarikat rokok akan terkena tempias ini.
now rasakan la

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:50 AM | Show all posts
Acong replied at 30-10-2015 09:44 AM
rokok skrg tak boleh ditambah perasa dadah, air ketum?

Oh...itu maksudnya.  Entahlah..... saya tak merokok dan tak ambil pusing soal rokok2 ni. Rokok kalau bubuh air ketum tentu basah rokoknya.  Boleh nyala or daun ketumnya diserbukkan?
Vape tu sendiri tak mahal ke.  Brapa harga seketul vape tu. Murah ke sampai dengarnya murid sekolah pun mampu beli?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2015 09:55 AM | Show all posts
BAT dah goyang
pasal tu la nanti diaorg akan kuarkan vape jugak.
then akan kenakan tax
lepas tu gov jilat balik dan mengatakan vape is halal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.067709 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list