Ramai anak gadis ‘goyang kaki’ sementara menanti lelaki-lelaki datang masuk meminang atau tidak melakukan perkara yang bermanfaat dan membuang masa seperti membaca novel cinta, berkhayal dan berhibur siang dan malam. Sepatutnya sementara belum ada lelaki masuk meminang waktu itu amat penting untuk digunakan bagi mempersiapkan diri menjadi isteri dan ibu. Persiapan yang penting ialah : 1) Menuntut ilmu khususnya berkenaan kewanitaan, anak-anak, rumahtangga, seksual, hukum-hakam agama dan kemahiran2 yang dapat memanfaatkan hidup selepas bernikah. 2) Menjaga kesihatan dan mencantikkan diri, ramai anak gadis mengadu sukar bernikah kerana menghadapi masalah fizikal tetapi mereka tidak pula menjaga diri, menguruskan badan sedangkan mereka mempunyai masa yang panjang untuk melakukannya. 3) Meningkatkan amalan ibadah dan taqwa sebagai kekuatan jiwa dan persediaan untuk menghadapi ujian kehidupan berumahtangga kelak. Bagaimanakah perkahwinan yang didambakan? Mari baca artikel ini: Perkahwinan Yang Ku Damba Menyempurnakan Agamaku
Kata Nabi SAW, ’ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ ’ Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai orang sehinggalah kehilangannya iaitu kesihatan dan waktu lapang. [riwayat al-Bukhari]
-Ustaz Emran Ahmad- pakarcinta
|