Hati lelaki seperti peti besi, tempat menyimpan segala masalah. Lelaki lebih memilih bermain dengan fikirannya. Diam adalah cara dia untuk meraba jalan keluar. Masalah yang datang menerjang adalah makanan sehari hari yang harus ditelan. Air mata lelaki mahal. Tidak mudah menitis walaupun perasaan bingung mengepung jiwanya. Tidak mudah menitis bila panik mencekik. Tapi mungkin akan menitis perlahan saat menghambat dalam kerinduan. Menyepi dalam kepasrahan. Bertaubat akan jutaan kesalahan yang pernah dilakukan. Cerita? bila-bila saja. kerana dia hanya akan bercerita bila memang ada peluang penyelesaian masalah dengan orang yang diajak berkongsi. Tidak sembarang orang dapat mendengar luahan hati. Tidak semua orang pula dapat mendengar masalahnya. Maka menyimpan masalah adalah lebih baik, daripada harus terbuka lorong hati sehingga lari kemana mana masalah peribadi. Berbeza dengan perempuan. Hatinya tak berkuasa menahan persoalan persoalan. Bercerita, berbahagi, dan juga mengekspresikan diri dalam sikap dan tingkah laku, adalah hal yang biasa. Susah bagi wanita menyembunyikan perasaan. Apakah itu suka, benci atau bahkan sedih. Ingin rasanya seperti lelaki yang selalu pakai logik. Tetapi nampaknya perempuan memang berbeza. Dia lebih suka bicara pada hati dan komitmen. Bicara pada soal memiliki dan dimiliki. Tidak lagi bicara pada soal suka atau tidak suka semata. Maka air mata bagi wanita adalah sebuah cara untuk mengungkapkan perasaan. Bahagia, haru, benci dan bahkan luka, menjadi sangat jelas terpancar pada linangan air mata dan isakan tangisnya. Maka bila memang itu terjadi, mereka hanya mahu didengar dan diperhatikan. Mahu dibantu dan diakui keberadaannya. Serta mahu sandaran, yang akanboleh menguatkan, langkah kaki kehidupan yang masih terus berjalan entah sampai bila.. . Sumber asal : Ustaz Burhan Sodiq (Penulis buku Best Seller “Ya Allah Aku Jatuh Cinta”) pakarcinta
|