CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8756|Reply: 61

[Jenayah] Perbualan Seksual Yang Berakhir Dengan Guru Kena Ugut

[Copy link]
Post time 2-11-2015 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Guru jadi mangsa ugutan SMS
Wartawan Sinar Harian
                                                                 31 Oktober 2015                                 



                                                            Ibrahim Sharif



                                                                                                                                                                          REMBAU – Rasa ingin tahu seorang guru terhadap pengirim mesej berbaur lucah membawa padah apabila dia diugut untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai 'pegawai kanan polis' yang bertugas di Pahang.

        Sinar Harian difahamkan, guru lelaki berusia 33 tahun itu menerima mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari seorang individu yang menamakan dirinya sebagai ‘Fara’ pada waktu tengah hari, 28 Oktober lalu ketika dia sedang menjalani kursus di daerah ini.

        Menurut sumber, guru berkenaan cuba menghubungi nombor tersebut untuk mengetahui siapa sebenarnya pengirim mesej terbabit, kira-kira jama 5.30 petang.

        "Namun panggilan itu tak dijawab. Tetapi tidak lama selepas itu, guru berkenaan menerima SMS daripada 'Fara' yang memohon maaf kerana tersalah hantar mesej.

        "Guru berkenaan bagaimanapun masih ingin mengetahui identiti sebenar pengirim mesej berkenaan dan masing-masing semakin galak menghantar SMS antara satu sama lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

        Tambah sumber lagi, guru terbabit terkejut setelah menerima satu lagi SMS dari nombor sama yang mengaku dia adalah ayah kepada 'Fara' dan bertugas sebagai pegawai kanan polis.

        "Dalam SMS itu juga, lelaki itu memberitahu isteri dan anaknya telah mengadu serta membuat laporan berhubung SMS guru berkenaan. Malah, dia turut memberitahu telah menjalankan siasatan ke atas nombor telefon guru terbabit dan menyatakan dengan lengkap nombor kad pengenalan serta alamat kediaman guru berkenaan.

        "Pegawai kanan polis itu juga mendakwa telah membuat tuduhan ke atas guru terbabit kerana melakukan gangguan seksual," katanya.

        Menurutnya, lelaki yang mendakwa dirinya bapa ‘Fara’ itu juga telah meminta seorang anggota polis berpangkat Koperal untuk merakam perbualan mereka dan meminta bayaran sebanyak RM10,000 jika mahu kes berkenaan diselesaikan di luar mahkamah.

        "Takut dengan ugutan itu, mangsa telah melakukan transaksi melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Pekan Rembau sebanyak RM5,000 ke nombor akaun yang diberikan oleh ‘pegawai polis kanan’ berkenaan di atas nama pemilik akaun lain.

        "Mangsa juga dipaksa untuk menjelaskan baki bayaran sebanyak RM5,000 lagi. Bagaimanapun, selepas insiden itu, guru itu berasa tertipu dan berasa bimbang dengan ugutan yang dibuat oleh ‘pegawai kanan polis’ berkenaan," katanya.

        Sumber berkata, guru berkenaan akhirnya nekad untuk membuat laporan polis keesokan harinya (kelmarin).

        Tambah sumber, kes yang dialami guru malang berkenaan bukanlah kes pertama memandangkan terdapat dua lagi laporan polis yang dibuat sebelum ini menggunakan modus operandi serupa antaranya di Dungun, Terengganu.

        Sementara itu, Ketua Polis Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan masih lagi dalam siasatan.

“Buat masa ini, kita telah membuka Kertas Enkuiri Polis bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/guru-jadi-mangsa-ugutan-sms-1.446283


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tulah me marah sgtlah org yg suka2 je bg no tepon kat org...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:32 AM | Show all posts
Sekarang dah nak masuk 2016. Masih berbalas SMS ?

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:42 AM | Show all posts
untung la.... senang2 je org tu dapat 5k...
byk duit cikguuuu yerr
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:44 AM | Show all posts
cikgu pun tertipu jugaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:48 AM | Show all posts
cikgu pun bangang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2015 10:48 AM | Show all posts
iye ke mula2 cikgu nak siasat siapa yg hantar msg lucah...ke cikgu sbnrnya nak try test?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:49 AM | Show all posts
maknanya pegawai polis tu x wujud pun??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 10:50 AM | Show all posts
itu la.. lain kali orang dah kata tersalah hantar msg, tak payah panjangkan lagi..
padah ingat nak menggatal la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
cikgu pon bod jugak ka..ayya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:58 AM | Show all posts
cash la ni..alasan je tu nk tahu identiti sbnr pengirim sms la bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 10:59 AM | Show all posts
macam2 hal naaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2015 10:59 AM | Show all posts
ultra78 replied at 2-11-2015 02:32 AM
Sekarang dah nak masuk 2016. Masih berbalas SMS ?

old skool kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:00 AM | Show all posts
cikgu nak try jugak kut tu yg gelabah pi masuk duit
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:02 AM | Show all posts
cekgu ni cuma ingatkan si fara, anak murid dia kat kelas biology yg putih gebu tu la...

tu yg gigih nak siasat...

untung2 dapat buat experiment seround dua..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:02 AM | Show all posts
Cikgu tu sepatutnya tak layan sms lucah tersebut. Sekarang sudah terjerat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 11:07 AM | Show all posts
cikgu pun ada keinginan jua sbg insan biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu la, layan lagi bebudak gedik ni. Kan dah sendiri susah. Ni kalau ada anak bini lagi malu nih.

Tapi,

Korang yang kutok2 cikgu tu, hengat senang ke nak tepis godaan bebudak sekolah menengah badan tengah sedap ranum? Ingat senang ke hah, HAH?! Akak kalau lelaki pun akak rasa susah nak tepis godaan dik - bebudak la ni ramai cun2 - mekap murah, produk pemutih berlambak - jarang dah nampak bebudak zaman sekarang berkerak tak reti bergaya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:19 AM | Show all posts
pandai dia target cikgu yg xde smartfon
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
org bodoh mmg kne tipu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.059037 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list