CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2256|Reply: 1

Inilah Jadinya, Kalau Kahwin Takat Tidur Sekatil

[Copy link]
Post time 2-11-2015 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Tempoh awal lima tahun perkahwinan satu jangka masa untuk kedua-dua suami dan isteri saling lebih mengenali sesama sendiri. Dah berkawan atau bercinta sebelumnya bertahun-tahun, mungkin belasan tahun tapi tak bermakna yang anda cukup kenal pasangan.


Ya, cukup ramai lelaki yang gagal menghormati isteri, ada yang 'sedap' menengking dan mencaci malah memprovokasi si isteri menyebabkan wanita dah pandai ikut rentak yang sama.


Malah ramai suami yang gagal memberikan hak yang perlu diterima oleh isteri. Kes ini memang selalu berlaku!


Kebanyakan perkahwinan hari ini seakan teman serumah. Sewa rumah dibahagi dua, bil-bil dibahagi dua, barang dapur dibahagi dua. Ada kes, isteri yang tolong ‘advance’ kan dengan janji nanti suami bayar semula tapi lama-lama, diam macam tu saja. Lagi teruk, baju isteri dibeli sendiri oleh isteri dan kerap kali isteri belikan juga untuk suami dan anak-anak.


Persoalannya; apa bezanya hidup masa bujang dengan selepas kahwin? Ya, hanya dapat tidur sekatil! Lain-lain?


Patutnya suami isteri kena jadi macam wonderpets, bekerjasama tapi dalam banyak kes, kerjasama hanya diberikan oleh isteri, bukan suami. Isteri bantu suami dalam perbelanjaan rumah tangga tapi suami terlalu payah nak bantu isteri urus rumah tangga dan anak-anak walaupun dah puas di canang, padahal menguruskan rumah tangga dan anak-anak perlu tanggungjawab bersama.


Ingat ya, bantuan yang diberikan jangan sampai mengambil alih tanggungjawab pasangan anda hingga membantu dia mengabaikan tanggungjawabnya yang wajib kepada anda.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” – surah al-Nisa’ ayat 34.


Lagi pun, lelaki dijadikan sebagai ketua keluarga kerana mereka bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya. Kalau anda tak membenarkan suami melaksanakan tanggungjawab yang patut sebagai seorang suami, mereka takkan rasa beban tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang mendorong mereka melupakan status sebenar mereka kini.


mingguanwanita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2015 09:56 PM | Show all posts
ini yang berlaku sekarang..

pernah jumpa kat supermarket, masa beratur nak bayar ..
suami isteri ni...barang beli letak 1 bakul, time bayar masing2 bayar barang sendiri..

rasanya ni berkira tahap gaban..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.039135 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list