|
Cantik dengan cara yang lebih jimat? Haruslah anda suka, kan? Kali ini anda hanya menggunakan kentang yang bukan hanya sumber karbohidrat tapi juga boleh jadi bonus untuk baiki masalah rambut anda. Macam mana untuk anda gunakan, kita lihat dulu 6 kelebihan buah kentang...
1. Rangsang pertumbuhan rambut
Caranya sangat mudah, ambil sebiji kentang, kupas dan mesin sehingga halus kemudian jadikan masker rambut. Biarkan hingga kering sekitar 30 minit, dan bilas dengan air suam.
2. Pewarna rambut alami
Rambut yang terkena sinar matahari terus menerus warnanya akan pudar dan tidak begitu cantik. Rambut bertukar warna jadi sedikit perang kerana terdedah dengan cahaya matahari boleh diatasi dengan basuh rambut dengan air kentang atau masker rambut kentang seminggu 2 kali. Cara ini akan kembalikan warna rambut alami anda.
3. Hentikan masalah rambut gugur
Nak rangsang pertumbuhan rambut, anda perlu hapuskan masalah rambut gugur dulu. Gunakan jus kentang untuk rawat masalah rambut gugur. Cara ini akan kuatkan nutrisi akar rambut agar lebih kuat.
4. Hitamkan rambut uban
Kalau rambut anda cepat tumbuh uban walaupun usia masih muda, itu tandanya rambut kekurangan nutrisi. Jangan susah hati, rambut yang beruban boleh diatasi dengan masker rambut buatan sendiri. Bungkus kepala dengan kain setelah disapu jus kentang sambil urut kepala hingga 30 minit. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Lakukan 2-3 kali seminggu.
5. Atasi rambut kering
Campurkan jus kentang dengan jus lidah buaya, ramuan ini akan melembabkan dan melembutkan rambut sehingga rambut mudah diurus. Bilas rambut anda selepas buat masker rambut selama 15 minit.
6. Atasi rambut berminyak
Rambut berminyak boleh diatasi dengan cara ramas jus kentang di kepala. Campur jus kentang dengan air beras dan gosok di kulit kepala. Pati pada kentang akan menyerap kelebihan minyak di kulit kepala.
Jadi, jika bajet agak lari bulan ini untuk buat rawatan di salon, cukup jika anda ada kentang di rumah dan buat masker sendiri. Percayalah rambut anda lebih sihat dan tidak gugur.
pakarcinta
|
|