BMW Dilaporkan Sedang Mengusahakan Transmisi Dual-Klac (DCT) Untuk Model Pacuan Roda Hadapan (FWD)Terdapat satu laporan yang memberi gambaran bahawa BMW sedang dalam usaha membangunkan satu kotak gear automatik dual-klac yang bersesuaian dengan model pacuan roda hadapan (FWD). Buat masa sekarang, model-model pacuan roda hadapan BMW dan MINI dipasangkan samada transmisi manual 6 kelajuan atau kotak gear automatik 8 kelajuan. Jika rumor ini adalah benar, syarikat automotif dari Jerman ini bakal memperkenalkan transmisi dual-klac (DCT) 7 kelajuan untuk modifikasi sporty bagi model FWD keluaran mereka. Menurut laporan dari BMW Blog, kemungkinan model-model FWD ini termasuklah, X1 M atau X1 M40i disamping X2 dan juga MINI JCW. Transmisi dual-klac ini dijangkakan akan menawarkan penukaran gear yang lebih pantas serta lebih agresif.
arenakereta
|