CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5452|Reply: 10

Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula

[Copy link]
Post time 3-11-2015 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Kisah hidup Dracula merupakan salah satu contoh bentuk manipulasi sejarah yang begitu nyata yang dilakukan Barat.
Kalau filem Rambo merupakan suatu fiksyen yang kemudian dihasilkan seolah-olah menjadi tokoh yang nyata oleh Barat, tetapi Dracula merupakan keterbalikannya, tokoh yang nyata wujud cuba dikaburkan menjadi fiksyen.

Bermula dari novel  karya Bram Stoker yang berjudul Dracula, kisah tokoh ini mula difilemkan seperti Dracula’s Daughter (1936), Son of Dracula (1943), Hoorof of Dracula (1958), Nosferatu (1922) yang dibuat ulang pada tahun 1979 dan filem dracula yang lain yang diolah dalam bentuk yang lebih moden.
Dan yang terbaru tahun 2014, adalah filem Dracula Untold, yang nyata secara terang menterbalikkan sejarah yang sebenar.

Dalam buku berjudul “Dracula, Pembantai Umat Islam Dalam Perang Salib” karya Hyphatia Cneajna
kisah Dracula   sebenarnya merupakan pembesar Wallachia, berketurunan Vlad Dracul.

Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak boleh dilepaskan menjelang tempoh akhir Perang Salib.
Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottomaniah sebagai wakil Islam, dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristian, dimana peperangan ini semakin sengit.
Kedua-dua kerajaan tersebut berusaha merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik  Eropah mahupun Asia .
Puncak  peperangan ini adalah jatuhnya Konstantinopel, iaitu benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottomaniah.
Dalam peristiwa Perang Salib, Dracula merupakan salah seorang panglima tentera Salib. Dalam perang inilah Dracula banyak melakukan pembunuhan yang sangat kejam terhadap umat Islam.

Hyphatia menganggarkan jumlah korban kekejaman Dracula mencapai 300 000 ribu umat Islam.
Korban-korban tersebut dibunuh dengan berbagai cara yang sangat biadab dan kejam, iaitu dibakar hidup-hidup, dipaku kepalanya, dan yang paling kejam adalah disula.

Penyulaan merupakan cara penyiksaan yang amat kejam, iaitu seseorang itu akan ditusuk dubur dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya ditajamkan. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula tersebut menembus hingga perut, kerongkong, atau kepala.
Hyphatia mengatakan dalam bukunya :

“Ketika matahari mulai meninggi Dracula memerintahkan penyulaan segera dimulakan. Para prajurit melakukan perintah tersebut  seolah robot yang telah dipogram.
Penyulaan disulami dengan lolong kesakitan dan jeritan penderitaan yang segera memenuhi segala penjuru tempat itu.
Mereka, umat Islam yang malang ini sedang dijemput ajal dengan cara yang begitu mengerikan. Mereka tak sempat lagi mengingat kenangan indah dan manis yang pernah mereka alami.”

Tidak hanya orang dewasa sahaja yang menjadi mangsa penyulaan, tapi juga bayi. Hyphatia memberikan pemaparan tetang penyulaan terhadap bayi sebagai berikut:
Bayi-bayi yang disula tak sempat menangis  kerana mereka   kesakitan yang amat apabila hujung kayu menembus perut kecilnya. Tubuh-tubuh korban itu meregang di kayu sula untuk menjemput ajal.”

Kekejaman seperti yang telah dipaparkan di atas itulah yang selama ini disembunyikan oleh Barat. Menurut Hyphatia hal ini terjadi kerana dua sebab.


Pertama, pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Dracula terhadap umat Islam tidak boleh dihapuskan dari Perang Salib.
Negara – negara Barat yang pada masa Perang Salib menjadi tunggak utama tentera Salib, tidak mahu tercoreng wajahnya.
Mereka yang mengutuk dan menentang pembunuhan beramai-ramai oleh Hilter dan Pol Pot, enggan membuka pekung mereka sendiri. Perkara ini sudah menjadi tabiat Barat yang selalu ingin nampak seperti Hero.

Kedua, Dracula merupakan pahlawan bagi pasukan Salib. Walaubagaimana kejamnya Dracula pun, tetapi dia akan selalu dilindungi nama baiknya.
Dan, sehingga saat ini di Romania, Dracula masih dianggap pahlawan.
Sebagaimana sebahagian besar sejarah pahlawan-pahlawan pasti akan diambil sebagai superhero dan dibuang segala kejelekan, kejahatan dan kelemahannya.
Untuk menutup kekejaman mereka, Barat terus-menerus menyembunyikan siapa sebenarnya Dracula.  Mereka berusaha agar sejarah  jati diri Dracula yang sebenarnya tidak terkuak.

Dan, harus diakui bahawa usaha Barat untuk mengubah sejarah Dracula dari fakta menjadi fiksyen ini cukup berhasil.

Utusan Sultan Mehmed II

Ukuran keberhasilan ini dapat dilihat dengan kebanyakan masyarakat di dunia, khususnya umat Islam sendiri yang tidak mengetahui tentang siapa sebenarnya Dracula. Masyarakat umum hanya mengetahui bahawa Dracula adalah merupakan lagenda vampire (pontianak) yang kehausan darah, tanpa mengetahui kisah yang sebenarnya. Selain membongkar kebohongan yang dilakukan oleh Barat, dalam bukunya Hyphatia juga mengupas makna salib dalam kisah Dracula.
Seperti yang telah diketahui umum  bahawa penggambaran Dracula yang telah menjadi fiksyen tidak boleh dilepaskan dari dua benda, iaitu bawang putih dan salib.  Konon hanya dengan kedua benda tersebut Dracula akan takut dan boleh dikalahkan.

Menurut Hyphatia penggunaan simbol salib merupakan cara Barat untuk menghapus jejak sejarah pahlawan tentera Islam dalam perang salib, sekaligus untuk menunjukkan kehebatan mereka. Sultan Mahmud II (di Barat dikenal sebagai Sultan Mehmed II) dan juga dikenali sebagai Al- Fateh dalam sejarah Islam, yang mengalahkan Dracula.

Sultan ini merupakan penakluk Konstantinopel yang sekaligus penakluk Dracula, adalah insan yang telah mengalahkan dan memenggal kepala Dracula di tepi Danua Snagov. Namun barat berusaha memutar belit fakta ini.

Mereka berusaha agar merekalah yang kelihatan mengalahkan Dracula. Maka diciptakan sebuah fiksyen bahawa Dracula hanya boleh dikalahkan oleh salib.
Tujuan  hendak mengaburkan peranan Sultan Mahmud II juga sekaligus untuk menunjukkan bahawa merekalah yang paling hebat, yang boleh mengalahkan Dracula si Haus Darah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2015 11:28 AM | Show all posts
Edited by reeny at 3-11-2015 11:38 AM

Siapa Muhammad Al-Fatih?
Sangat panjang jika semua harus dituliskan, namun cuba kita ulas secara singkat tentang peribadi beliau :

   1) Muhammad Al Fatih merupakan pemuda berusia kurang dari 21 tahun saat penaklukkan.
   2) Muhammad Al-Fatih boleh menguasai 7 bahasa
   3) Sudah mempelajari strategi peperangan sejak kecil
   4) Hafal semua peta kerajaan-kerajaan di Eropah beserta sejarah mereka
   5) Belajar Sirah nabawiyah dan sejarah-sejarah generasi sahabat dan generasi selanjutnya
   6) Seorang pemuda yang tidak pernah meninggalkan Shalat Tahajjud dan Shalat Rawatib lainnya seumur hidupnya termasuk dalam keadaan perang sekalipun.
   7) Pemuda yang sangat percaya dengan bisyaroh rasulullah bahwa sebaik-baik pemimpin ialah yang memimpin penaklukan Konstantinopel dan Rome


Siapa Dracula?

Beberapa sumber menyebutkan bahawa Dracula sebagai figura nyata telah diterbalikkan secara sengaja dengan wujudnya kisah fiksyen vampire karya novelis Inggris abad-19, Abraham Bram Stoker, yang diterbit pada tahun 1895. Sehingga kini tidak ramai yang mengetahui bahawa Dracula itu ‘benar-benar’ wujud, dan bukan vampire penghisap darah. Walaupun mungkin kekejamannya telah menginspirasi berbagai kisah selama berabad-abad bahawa dia adalah peminum darah.

Dracula hidup sezaman dengan Muhammad Al-Fatih, dia hanya setahun lebih tua dari penakluk Konstantinopel ini. Dracula lahir tahun 1431 (Al-Fatih tahun 1432). Dia adalah salah seorang penguasa Wallachia (sekarang bahagian selatan Romania). Nama asalnya adalah Vlad. Dalam sejarah dia adalah Vlad III. Bapanya juga bernama Vlad, lebih tepat lagi Vlad II. Bapa Dracula ini digelar Dracul (Rumania: Draco = Naga), kerana dia adalah salah satu dari anggota Ordo Naga. Dracul-ae bermakna putra Dracul.

Dracula merupakan putera Wallachia, keturunan Vlad Dracul. Dalam huraian Hyphatia tersebut sosok Dracula tidak boleh dipisahkan dari menjelang tempoh terakhir Perang Salib. Dracula dilahirkan ketika peperangan antara Kerajaan Turki Ottoman-sebagai wakil Islam-dan Kerajaan Hungary sebagai wakil Kristian -semakin memuncak. Kedua kerajaan tersebut berusaha saling mengalahkan untuk merebutkan wilayah-wilayah yang boleh dikuasai, baik yang berada di Eropah maupun Asia. Kemuncak dari peperangan ini adalah jatuhnya Kerajaan Konstantinopel- benteng Kristian ke dalam penguasaan Kerajaan Turki Ottoman.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 01:29 PM | Show all posts
artikel yang sangat menarik dan berguna

betul..selalunya dracula dikaitkan dengan penghisap darah
dan takut pada salib, benda perak, bawang putih dan cahaya matahari

nampaknya semua tu dikaitkan dalm perang salib

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2015 02:16 PM | Show all posts
Ipo replied at 3-11-2015 01:29 PM
artikel yang sangat menarik dan berguna

betul..selalunya dracula dikaitkan dengan penghisap darah ...

Reen pun baru tau kisah sebenar ttg Dracula nie lepas beli buku Al-Fateh VS Dracula...

selama ini kita ingat Dracula tu cuma makhluk vampire... rupanya ada cerita tersembunyi disebaliknya..

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh teruknya seksaan dracula ke atas umat islam...sedih plk baca...x terbayang seksa saitya org yang menanfgung termask bayi ;( ;( ;(
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
reeny replied at 3-11-2015 02:16 PM
Reen pun baru tau kisah sebenar ttg Dracula nie lepas beli buku Al-Fateh VS Dracula...

selama  ...

Bagi gambar sikit buku tu. Nak cari di kedai nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-11-2015 10:22 AM | Show all posts
Edited by reeny at 16-11-2015 10:28 AM

winamp05 replied at 13-11-2015 08:50 PM
Bagi gambar sikit buku tu. Nak cari di kedai nanti.



nie bukunya..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 10:26 AM | Show all posts
sorry.. gmbr tk keluar pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 11:41 AM | Show all posts
rasanya da bnyak kali laa cerita legenda vlad the impaler dlm bod LMS ni
dari tahun 2007 ~lagi mungkin kebanyakan linknya da rosak.....
kalao kita pi googlin ni hasil nye...
Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula - Lagenda,Mitos & Sejarah ...
mforum2.cari.com.my › ForumTranslate this page
Oct 8, 2014 - 25 posts
kisah Dracula sebenarnya merupakan pembesar Wallachia , berketurunan Vlad Dracul. Dalam huraian Hyphatia tersebut, kisah Dracula tidak ...
Sultan Al Fateh Pemburu Dracula - Lagenda,Mitos ...
21 posts
15 Jan 2015
DRACULA UNTOLD - Filem & Wayang - Hiburan ...
25 posts
28 Aug 2014
Sejarah Dracula....? - Cari
25 posts
19 Aug 2007
Thread Tahukah Anda ...(merged: lady_bee) - Lagenda ...
25 posts
11 Jun 2005
More results from mforum2.cari.com.my
Sejarah Dracula....? - CARI Infonet - Powered by Discuz!
mforum.cari.com.my/forum.php?mod...action...Translate this page
Feb 20, 2013 - Misteri: Vlad Si Penyula inspirasi Dracula Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my) Pemimpin kejam Romania gemar seksa mangsa untuk balas ...
Kisah Sebenar Disebalik Lagenda Dracula
8 Oct 2014
Indah, unik dan misteri istana-istana lama...
8 Feb 2013
10 manusia paling kejam di dunia
17 Feb 2012



oka let ..summrize it!
Dracula yg ditulis oleh Bram Stoker tu cuma amik Vlad the Impaler sbg sumber inspirasi memandangkan Vlad the Impaler diakui manusia yg amat kejam...nama beliau Vlad Dracul.. beliau dibesarkn di turki bersama adknya.. kedua2nyta membesar bersama2 sultan AlFateh..

beliau juga fasih berbahasa turki dan mempelajari al quran.. malangnya beliau tidak menganut islam..tetapi adiknya menjadi penganut islam y setia.

beliau mjadi ganas dan suka kn darah dan membunuh dgn sewenang2nya..beliau mempunyai masalah split personality akibat melihhat ahli2 kluarganya dibunuh dgn kejam pd masa kcil shingga mbentuk split personlity dlm dirinya.

akhirnya mati dibunuh adik,nya sndiri y berkhidmat dgn alfateh dlm peperangan dgn turki uthmaniyah.

ini baru lah Untold History.
kesimpolan nya vampir  dan drakula itu sama. Dracula dan vampir itu tak ada bedanya, yang satu folklore, yang satu cerita fiksi yang berdasarkan pada vampir.

Vampir ialah sebuah cerita rakyat (folklore) —atau ada yg bilang mitologi— mengenai makhluk yang menyedot darah entah itu darah makhluk idop atau darah dari org mati

istilah “Dracula” baru muncul saat tahun 1897 di dalam novel horor fiksi karangan Bram Stoker.  Pak Stoker membuat karakter Count Dracula berdasarkan cerita rakyat vampir tadi. Begitulah ceritanya.Dracula adalah merupakan lagenda vampire yang kehausan darah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2015 02:28 PM | Show all posts
bluezink replied at 16-11-2015 11:41 AM
rasanya da bnyak kali laa cerita legenda vlad the impaler dlm bod LMS ni
dari tahun 2007 ~lagi mun ...

sorry reen tk perasan yg kisah dracula nie pernah ada dlm mps...

terima kasih atas semua info dan link.

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
reeny replied at 16-11-2015 10:22 AM
nie bukunya..

Gambar keluar la. Trimassss.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057861 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list