View: 2958|Reply: 3
|
Masam Manis Jus Sunquick Susu
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Dari kecil sehinggalah besar, air oren berjenama Sunquick memang cukup terkenal di negara kita. Apatah lagi kepekatan orennya sangat menyedapkan lagi selera anak tekak. Minum pada tengah hari, dengan air batu sesejuk mungkin, melegakan haus kan?
Penulis nak kongsikan dengan anda resepi Jus Sunquick Susu. Biasa buat tak? Sedap tau!
Nah, resepi dan cara penyediaan semudah ABC Masam Manis Jus Sunquick Susu untuk anda.
Bahan-bahan untuk segelas jus
2 sudu besar Sunquick
2 sudu besar susu pekat manis
1 cawan ais
1 cawan air masak
Cara penyediaan
1) Masukkan Sunquick bersama susu pekat manis ke dalam gelas.
2) Masukkan air masak atau sejuk dan kacau sebati.
3) Akhir sekali, masukkan ais dan siap dihidangkan.
Anda boleh main agak-agak sahaja sukatan bahan-bahan tersebut. Jika suka manis, lebihkanlah susu. Jika sukakan masam, lebihkan Sunquick.
Selamat mencuba! - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
*Sudu
Maaf 'typo'. Terima kasih kerana komen
|
|
|
|
|
|
|
|
dah pernah buat.. boleh tahan lahh rase dia..buat smoothies lagi best.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|