CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3672|Reply: 5

Tiada Dara, Berakhirlah Sebuah Hubungan?

[Copy link]
Post time 3-11-2015 09:55 PM | Show all posts |Read mode

Saya dan tunang bakal melangsungkan perkahwinan 2 bulan lagi. Saya seorang lelaki yang mempunyai teruna dan mempunyai latar belakang agama yang agak kuat.  Baru-baru ini saya terdetik untuk bertanya kepada bakal isteri tentang ‘dara’ si dia. Alangkah terkejutnya saya apabila akhirnya setelah berkali-kali ditanya, tuning saya akhirnya mengaku bahawa dia sudah tidak dara lagi.

Walaupun si dia nampaknya seperti benar-benar sudah berubah dan menyesali masa silamnya, tetapi saya sukar untuk menerima kenyataan ini. Bayangkan setelah 3 tahun kami bercinta, si dia langsung tidak memberitahu kisah lampaunya. Wajarkah saya putuskan hubungan ini? Walaupun saya terlalu mencintai dirinya? Haruskah saya memaafkan si dia dan lupakan segala yang berlaku? Saya tertekan.

Jawapan:

Perit untuk diungkapkan. Tapi itulah dikatakan suratan takdir yang saudara perlu tempuhi. Segala keputusan samada untuk menjadikan si dia teman hidup saudara terletak pada saudara sendiri. Sebagai seorang lelaki,  adakah anda masih akan menjadikannya isteri yang sah walaupun mungkin dia bukan dara lagi?

Walau menangis air mata darah sekalipun, nasi sudah menjadi bubur. Dara yang hilang sudah tidak boleh diganti lagi. Walaupun mungkin si lelaki sudah berkali-kali hilang terunanya, dara seorang wanita tetap menjadi ketentuan. Hari ini mungkin kita agak jarang mendengar persoalan teruna lelaki kerana beberapa sebab. Mungkin kerana hal ini tidak lagi menjadi topik penentuan nilai seorang lelaki. Atau mungkin juga sudah terlalu ramai yang bukan teruna lagi apabila merekabernikahdan membina keluarga.

Tetapi kita sebagai manusia, tidak dapat dijangka dan tafsir apa yang ada dalam kotak pemikiran masing-masing hatta bakal isteri kita sekalipun. Kepercayaan sesebuah perhubungan tidak menjamin ke jinjang pelamin setelah diuji dengan beribu dugaan. Semuanya telah berubah sekelip mata. Percayalah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesunguhnya Allah tidak akan membebani seseorang hambanya melainkan dengan kesangguppannya.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah ayat 216.

Sesungguhnya iblis dan keturunannya akan meraung dan berteriak sekuat hati, tatkala mendengar seorang lelaki dan wanita ingin mendirikan rumah tangga. Kerana itulah kadang-kadang teramat sukar untuk mengambil keputusan berkahwin dengan alasan belum bersedia. Kerana beratus jutaan anak iblis bersarang dalam hati seorang lelaki dan wanita yang ingin berkahwin.


pakarcinta


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada perempuan sekarang yang ada dara lagi dah...semuanya sundal2 belaka tahap pelacur sj...umur 14 tahun pun sudah pandai menyundal...nasib lelakilah kalau dapat pelacur kaki jantan...kalau lelaki baik haruslah dgn perempuan baik...antara tanggungjawab bapa terhadap anak ialah mencari bakal ibu yang solehah untuk your future kids...kalau tak bapa tu yang derhaka pada anak katanyalah...fikir2kanlah wahai lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 03:35 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 4-11-2015 03:50 AM

lelaki dan wanita Islam  memang telah disyariatkan untuk menjaga kemaluan dan kehormatan.

pada saya soal dara ke tak tu bergantung pada  konteksnya.  Dara is just a membrane jer tapi  dalam konteks kehormatan wanita ia bukan merujukkepada struktural anatomi sahaja tetapi perlakuan tu yang kita namakan sebagai akhlak....luas konsep itu. Ini juga bermakna kita tak boleh ada pergaulan yg terlalu bebas zina etc etc tetapi  dibolehkan antara lelaki dan wanita  dengan adanya batas lah dan situasi tertentu .


Dalam  hal  perempuan tak ada dara, sekiranya anda one of them, kalau anda memang percaya akan takdir dan redha ALLAH SWT, i tak tahu anda tapi seseorang yg ideally mencintai redha ALLAH akan berlaku jujur sebab cinta itu rezeki dan perlu dihargai dengan kejujuran, keikhlasan dan sangka baik, sebab pada I , be honest because it is kind of safety net  that you cast upon yourself shoulld something bad or undesirable happened in the later part of relationship  at somepoints.

sebab kalau kita be honest kita bukan sahaja protect diri kita malah kita protect dia juga , so dalam konteks ini sakit kan hati si lelaki bila dia dapat tahu ini apabila hubungan dia dengan perempuan ini sudah jauh serious dan terasa seakan akan  barangkali si wanita ini  melengahkan pemakluman ini sehingga si jejaka benar benar sayang padanya - adakah ini beretika - she lets him drown with her love and care and  what  not and then the secret unleash... i mean kenapa tak inform awal awal ? kita takut kita tak dicintai atau kita selfish ketika buat keputusan untuk let him know sebelum pergi jauh dan lebih serious ?

where is the cut off point between truth  and ethics  , for  her / his best interests ???

i know wanita ni buat lagu ni may be untuk buktikan padalelaki ini yg dia adalah seorang wanita yg si and so baik caring  or she wants him to know her deeply for the person she is  - tapi baloikah  ini dan menyakiti  org lain di kemudian hari r ?? adilkah - so let him decide at the earlier stage tu nak go on ke tak kalaulah benar benar si lelaki tu sayang atas dasar  redha ALLAH , may be dia terima dan dialah lelaki yg baik .....sebab dalam dimaklumi kejujuran tentang si perempuan ini , lelaki ini masih menerima -

kita boleh bayangkan ye sakit hati lelaki ni  sebab kekasih dia  tak beritahu lebih awal ketika hati mula jatuh dan ketika decision making - may be dia terlalu menghakimi tapi dia juga berhak dalam sesi taaruf bertanya dengan wanita itu apa apa sahaja dan wanita tu juga memounyai hak untuk bertanya apa apa sahaja semasa sesi taaruf tu.

sebab tu ikut apa islam suruh buat untuk menjamin hak memasing, ni bilajadi macam ni i rasa bukan soal dara ke tak jadi hal tapi integriti atau kejujuran ini terasa ditipu dan tak dihargai. memana lelaki dan wanita yg baik dan beriman  tak akan menzalimi makhluk Allah lain la kalau waras dan mengaku beriman dan tahu pun Allah tengok hati hati itu. Kalau buat jugak maka hmm....jawablah esok depan Allah dengan jawapan yg terbaik...


pada saya si lelaki tu pun patut juga menilai situasi dengan bersangka baik dan  tengoklah - kalau si  pasangan itu benar benar bertaubat dari zina dan berikrar akan jadi isteri yg baik etc etc untuk redha ALLAH...
i rasa simple je- kes ni- cuma i guess pasangan itu terluka sebab dia terasa kejujuran tu macam dipersiakan...tapi kalau dia boleh  melihat hal ini sebagai satu proses pembelajaran bagi dia dan si wanita maka i guess carry on sahajalah mencintai sebab  barangkali ada  hikmahnya yg dia ditermukan jodohnya untuk sebab dan hikmah yg belum tersingkap lagi .

so pada i depends though.


hymen is a membrane but menjaga kehormatan tu konsep dia bukan tertakluk pada struktur anatomi sahaja dan grated jauhi zina itu satu kemestian.

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 01:23 PM | Show all posts
senarionya, mgk ini ujian kpd dia dan TT.

dicadangkan, kena tgk cmne pembawakan dan akhlak dia skg. bawak duduk berbincang. cuba tau msalh dia mse tu smpai jadi camtu. pastu buat sikit check kat mne yg patut utk kepastian dan yakinkan diri. klu dia btul2 mmg dh bertaubat dan istiqamah dgn kebaikan, bermakna dia tlh menyesal dan mgk itulah hikmah dr ujian tu. dan mkg juga ada hikmahnya pd TT.

rasanya 3 thn perhubungan dah cukup utk TT selami hati budi dia.

tp klu dgn TT pun tunggang langgang, ada potensi nk berulang, cubalah cari yg lbh baik.
selanjutnya... terserahlah mau jadi apa, mau bikin masalah, sila teruskan shj...lalalala...

my dua posen. didoakan semua selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2015 02:52 PM | Show all posts
sebab tu lah dalam islam ni di nasihatkan kahwin sekufu

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 10:39 PM | Show all posts
belum kahwin lg dah test tnye, smpai terkantoi lak pmpn tu, ptutnye jwb je masih dara, nnt bile da kahwin tipu pn x pe
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.281058 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list