CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 4

Benarkah Suami Orang Lebih Menggoda?

[Copy link]
Post time 3-11-2015 09:56 PM | Show all posts |Read mode

Saya tertanya-tanya kenapa wanita zaman sekarang lebih cenderung untuk memiliki lelaki yang telah berkahwin berbanding mereka yang bujang? Adakah mereka seronok merampas kebahagiaan rumah tangga orang lain? Jika tidak, mana mungkin aktres jelita Angelina Jolie boleh terpikat dengan aktor kacak Brad Pitt sewaktu lelaki tersebutmasih berstatus suami kepada Jennifer Aniston satu ketika lalu?

Jawapan:

Persoalan ini mungkin mengundang rasa bimbang kepada wanita bergelar isteri di luar sana.  Namun jika difikirkan kembali, mungkin ada kebenarannya. Senario dunia memaparkan beberapa contoh yang bukan sedikit tentang isu ini.  Misalnya mana mungkin Angelina Jolie terpikat dengan Brad Pitt, Seniwati Norizan malah Seniwati Agung Saloma  terpikat dengan Seniman Agung P. Ramlee dan yang terkini Fasha Sandha dan mantan buah hatinya Jejai sedangkan mereka telah tahu dan maklum lelaki yang disebut itu merupakan suami orang.(Mengemukakan contoh selebriti kerna mereka dikenali umum).


Realitinya, bukan hanya Angelina, Norizan, Saloma mahupun Fasha yang memiliki perasaan sedemikian terhadap suami orang.  Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan didapati wanita atau gadis sememangnya lebih tertarik dan tergoda pada lelaki yang sudah berumahtangga.


Bagi merungkai persoalan mengapa ini terjadi, seorang pakar psikologi bernama Anthony Little melakukan ujikaji dengan menggunakan ikan sebagai objek.  Didapati  ikan-ikan betina lebih tertarik kepada ikan jantan sewaktu pasangan nya berada disamping ikan jantan tersebut.    Melihat kepada dunia realiti keadaan yang sama juga sebenarnya berlaku.  Berdasarkan satu lagi kaji selidik yang diterbitkan dalam sebuah laman web didapati wanita yang diberikan foto lelaki tertarik kepada foto lelaki yang sudah beristeri.


Sementara itu kaji selidik lain yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Transactions of the Royal Society menemui satu jawapan yang agak berbeza namun motifnya masih sama.  Hasil kaji selidik tersebut mendapati lelaki kelihatan lebih hebat dan menarik saat bergambar sambil dikelilingi wanita berbanding bersendirian atau bersama-sama kawan lelakinya.


Benarkah lelaki beristeri lebih menggoda…bukti dan contoh di atas jelas membuktikannya.

Fikir-fikirkan…

pakarcinta


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2015 10:29 PM | Show all posts
Selaku suami kepada Puan Botakchinpeng, Spidey mengaku teori ini adalah benar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 04:09 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 4-11-2015 04:20 AM

i guess   the attraction comes from the  confidence and  personality factors , both of which , I think ( i think jelah ) basically  enhanced by the experience of being groomed emotionally and ??physically by the wife ( and children) through out the marriage.


hahahahaaaaaa.... astaghfirullah, kan? hmm...haha i dunno why i am grinning ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 04:30 AM | Show all posts
tapikan  i guess lelaki yg  bukan suami org ke atau yg pernah menjadi suami  pun boleh being attractive if beriman , soleh, mature , wise , intelligent , pi haji, boleh main piano like Kygo  in firestone?? okay gak
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 05:04 PM | Show all posts
kenkadang aku rasa boss aku (suami orang) pun menarik, terutama bila citer bab famly..
Rasa dia loving sgt.. tp cecpt aku sedarkan diri..mungkin kagum aje..bkn la tertarik mana pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.163553 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list