CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1924|Reply: 5

Mohon Pendapat

[Copy link]
Post time 3-11-2015 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Salam... and good evening to non-Muslim users.

Masalah saya ni rasanya tak kena dgn thread nie, tapi sebab saya rasa thread ni popular, jadi saya post dekat sini. saya hargai masa tuan/puan/cik membaca 'masalah' saya dan sebarang pandangan dan cadangan sangatlah dialu-alukan.

Saya nie, belajar tu takdelah pandai mana. I don't know ppl measre intelligence, but mine is way down the par. really. I believe that, because for me, degree is just a piece of paper. Well, mungkin menampakkan sesuatu, tapi kecerdikan seseorang takdelah boleh ukur dgn degree semata-mata. Bagi saya begitu. Mungkin tidak bagi anda. Tak mengapa saya kira, sebab perbezaan dalam berpendapat itu biasa.

Masalah saya, saya selalu rasa saya tak cukup 'hebat'. Hebat dari segi personal achievements, maksud saya. Bererti, antara saya dan kawan2 saya, biasanya saya yang terkebelakang. Saya ada kalanya, tak bohong, biasanya cemburu dengan kawan2 yang saya kira ada semuanya. Mereka muda, tapi mereka ada sesuatu yg membanggakan. Paling penting, mereka lakukan bukan untuk tunjuk2, tapi untuk kepuasan diri sendiri. Saya nak jadi begitu. Nasib saya, kawan saya hebat2. Sekurang-kurangnya hebat di mata saya.

Untuk itu, saya cuba macam-macam benda, tapi biasanya sekerat jalan. Sebab? Sebab biasanya saya takut. Contoh, saya beria-ia nak join programme, tapi berakhir dengan saya menarik diri bila saya lihat mereka2 di situ dahsyat2. Saya kecewa dgn diri sendiri. sungguh2 kecewa. Antara sebab saya sambung belajar, adalah kerana saya tak mahu kahwin muda. Trasisi keluarga "kalau perempuan, tak kahwin, apa lagi? Kahwin". Mohon tidak disalah ertikan, tapi saya kira, manusia berbeza. baik lelaki, baik perempuan. Mungkin ada yg ok tentang kahwin, tapi saya, buat masa ini, selesa begini.

Saya tak tahu samada 'therad' ini adalah masalah di kaca mata pembaca, atau saya yg over-thinking. saya tak mahu menyesal di usia tua, tanpa berbakti dan tanpa berbuat sesuatu yg bermakna (itupun jika saya panjang umur). saya selalu ada to-do-list, but barely stick with it, though i might have the chance. Reason? sebab bila berhadapan dgn org yg saya kira hebat, saya cuak.

I curse myself everyday over this failure. People at my age ave achieved so much, while I am still in my tiny little world. It is killing me. Really. Pernah saya bersuara dgn keluarga, tapi mungkin kami tak sependapat. mak abah saya rasa saya tak perlu kejar apa-apa sgt, kerana akhirnya saya akn berkahwin, dan hidup saya untuk suami dan anak2. Saya pula tak fikir begitu. kerana org tua, saya diam dan tak pernah bangkitkan isu ni lagi sebab takut saya tersalah ckp. Bimbang nanti merka berkecil hati. Kawan2 saya pula, masing2 dah sibuk ke gerbang alam rumah tangga. ada yg bujang, tapi sibuk mencari. bkn salah mereka, usia saya memang sudah patut mencari. Jadi, perbualan dgn mereka biasanya sekitar lelaki, yg juga bkn minat saya. Tak bererti saya tak bercakap ttg lelaki, tapi saya kurang bercakap ttg mereka. Situasi itu membuatkan saya draw a fine line with my friends. mungkin worldview kami berbeza. Kalau biasa jumpa saya tak selesa. biar jarang2 jumpa, baru excited. Kalaupun ada bnd yg tak sebulu, saya boleh pejam mata dan pekakkan telinga.

Perasaan? Saya ada suka lelaki. sepanjang saya hidup, cuma dua. satu di bangku sekolah, satu lagi lepas sekolah sampai sekarang. Saya suka, tapi mereka tak tahu. Yg lepas sekolah tu, kami pernah ada sesuatu, tapi tak lama. Saya suka & sayang dia, tapi saya tak boleh lihat hidup dgn dia. Dia dah kahwin, ada anak sekarang. Saya menangis, tak mkn seminggu bila dapat tahu dia dah berumah tangga. Tapi, lepas tu, saya ok. Sekarang masih bersisa, tapi saya betul2 ok. Dan saya tak menyesal sebab tak sungguh2 dgn dia. Mungkin ada, sikit. Tapi, saya rasa saya akan lebih menyesal sekiranya saya tak gapai impian saya dulu.

Kadang2 saya menangis mengenangkan kebobrokan sendiri, dan bila saya berkawan dgn mereka2 yg seiring pendapat, saya jadi sgt tak slesa, bukan kerana mereka, tapi kerana saya rasa saya bodoh dan tak tahu apa2. saya jadi rendah diri krn bagi saya, mereka 'sesorang'. Apa yg saya nak, saya sendiri tak tahu. Yg saya tahu, saya nak buat macam2. Tapi nak buat macam2 dalam waktu yg singkat, sgt terhad.


Jika ada yang boleh bagi cadangan, silakan.  

Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2015 01:32 AM | Show all posts
Askm. Several points:
Rugilah kalau kita dlam hidup ini tidak berbakti kepada people around.
Rugilah jika kita dok rasa rendah diri sampai Tarik diri dari urusan urusan yang ada unsur unsur competitive; hidup hanya sekali. Compete lah. Jika kalah, apa salahnya.
No, hidup wanita bukan hanya untuk suami dan anak anak aje. Ada tuntutan ke atas masyarakat, Negara, agama; semua ni u kena contribute. Orang kampong yg tua zaman dulu je yg berfikiran idup  hanya untuk suami dan kids; ikut ajaran RSAW la, dan tgk wanita di zaman Baginda.. ada yg berperang sampai ke Roman Empire, ada yang jadi peniaga besar, semua membantu kearah kepentingan Negara islam.
U untung kerana dapat kawan yg bijak bijak. Cuba u tgk org yg kwan depa entah apa apa; ruginya depa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2015 10:51 AM | Show all posts
First off... panjangnyaaaa....!!!

Secondly, you have an inferiority complex mixed with kiasuism.  That's why you compare yourself to others.  That being said, WTF are you comparing yourself to others?  Pretty strange to see kiasuism in a person with an inferiority complex.  If being above others makes you happy, then sweetie, you have an even bigger problem than just an inferiority complex.  Being kiasu is good to a certain extent.  It's makes you competitive & drives you towards your life goals.  But too much kiasu and you're just being an a$$hole.

Do you want people here to tell you what to do or do you just wanna let off some steam?  My suggestion is for you to refocus on what you really want.  Not what you think others expect of you.  Get info on how to achieve it.  Plan your moves.  And stick to it unless other options pop up.  Disregard this advice if you just wanna let off steam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 10:15 AM | Show all posts
Malas nak bagi komen membina.

Tidak dinafikan terdapat kebodohan yang nyata.
Bersetuju dengan @ecchipr0n dan @ipes2 .  

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 03:45 PM | Show all posts
Emperor95 replied at 5-11-2015 10:15 AM
Malas nak bagi komen membina.

Tidak dinafikan terdapat kebodohan yang nyata.

heh heh kami dah amik semua poin poin bagus, tak tinggal satu haper pon kat awak
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2015 03:47 PM | Show all posts
ipes2 replied at 4-11-2015 01:32 AM
Askm. Several points:
Rugilah kalau kita dlam hidup ini tidak berbakti kepada people around.
Rugil ...

thank you @mziskanda for giving us ratings
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.059374 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list