View: 3397|Reply: 3
|
Bro, Jaga 'Telur' Anda baik-baik!
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
sumber foto : http://soccertrainingcentral.com/
Selalunya kaum adam lebih memikirkan saiz dan bentuk zakar, jarang sekali mengambil berat pasal 'telurnya'.
Sedangkan bahagian itulah yang memerlukan penjagaan yang sebaik betul.
Hubungan seks yang berkualiti bukan sekadar kerana zakar sahaja, tetapi apa yang mampu dihasilkan oleh 'telur' anda.
Berikut ada beberapa maklumat berkenaan testis kesayangan lelaki sekalian.
PASTIKAN 'TELUR' SEJUK
Jangan sesekali meletakkan komputer riba di atas paha anda. Kajian Fertility and Sterility Study menunjukkan, suhu panas komputer riba akan menjejaskan penghasilan sperma yang berkualiti. Menurut kadar pakar urologi, Larry Lipshultz, M.D, eloklah komputer riba diletakkan di atas meja jika anda mahu menggunakannya.
TIDUR UNTUK JAGA 'KANTUNG'
Menurut profesor bidang urologi di Universiti illinoiis Selatan, Tobias Kohler, waktu tidur yang tidak mencukupi atau kurang akan merembeskan hormon stres. Sekali gus ia akan mengurangkan penghasilan sperma.
PERHATIKAN SAIZ 'TELUR'
Menurut journal of Sexual Medicine, lelaki yang berusia mempunyai 'telur' dengan ukur lilit lebih kurang 20 milimeter atau lebih berhadapan dengan risiko serangan jantung. Ini berikutan kerosakan pembuluh darah menyebabkan saiz testis berubah. Oleh itu, anda perlu perhatikan saiz 'telur' anda dari masa ke semasa.
TELEFON BIMBIT DALAM SELUAR
Banyak kajian membuktikan telefon bimbit tidak elok untuk kesihatan 'telur' anda. Seeloknya, jauhkan telefon bimbit daripada diri anda terutamanya pada waktu tidur. Satu lagi, bagi mereka yang suka simpan telefon bimbit dalam poket hadapan seluar, adalah dinasihatkan ubah segera.
ELAK PAKAI SELUAR DALAM YANG LAMA.
Susulan ekonomi merost, kebanyakan berjimat dari segi perbelanjaan sehinggakan seluar dalam yang dah lama pakai pun tak sanggup nak buang. Ini kerana badan kita akan semakin besar dan seluar dalam lama pasti dah tak muat dan agak ketat jika terus memakainya. Dengan memakai seluar dalam yang ketat, ia akan menghalang pendarahan urat di telur kita, sekali gus akan menjejaskan penghasilan sperma. Oleh itu, belilah seluar dalam yang saiznya yang boleh muat dan dipakai dengan selesa, sekiranya anda sayangkan 'telur' anda.
BAHAYA URAT MENGEMBANG
Ramai jantan suka pergi melakukan urut batin di pusat mengurut tradisional, sesekali tidak apa, cuma jika terlalu kerap dia mungkin memberi kesan buruk kepada urat dalam skrotum. Jika urat dalam skrotum mengembang, ia boleh menyebabkan pengecutan testis atau kemandulan. Jadi, adalah tidak dibenarkan untuk terus membersihkan zakar sebaik selepas memancutkn air mani.
sumber info : http://maskulin.karangkraf.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
"lelaki yang berusia mempunyai 'telur' dengan ukur lilit lebih kurang 20 milimeter atau lebih berhadapan dengan risiko serangan jantung. Ini berikutan kerosakan pembuluh darah menyebabkan saiz testis berubah. Oleh itu, anda perlu perhatikan saiz 'telur' anda dari masa ke semasa....."
Dr kecik amik saiz ketinggian nk tgk makin tinggi brp ...dah makin tua amik ukur lilit scrotum pulak...makin kecut ke atau maintain je size...wifey2 boleh tlg ukur |
|
|
|
|
|
|
|
haipp... jangan ditegur wartawan cari...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|