|
Ada seorang pomen yang tak dak kerja.. Dalam dok pikir nak buat kerja apa, lalu dia pun bukak la satu klinik walaupun dia bukan doktor atau ada kelulusan doktor... supaya orang datang, dia pun buat satu iklan: kalau sembuh bayar dekat dia RM300 dan kalau tak sembuh, dia akan bayar RM1000.
Ada seorang doktor terbaca iklan itu dan berasa nak cuba.
Pomen: sakit apa?
Doktor: tawar mulut, tak berasa apa-apa
Pomen: eh assistance tolong beri obat kotak 22, 3 titik dalam mulut.
Doktor: weh! Minyak petrol ni!!!
Pomen: hah, boleh berasa dah. Bayar RM300.
Doktor tu tak puas hati, selang seminggu dia pi pulak.
Pomen: sakit apa pulak?
Doktor: saya hilang ingatan.
Pomen: eh assistance tolong beri obat kotak 22, 3 titik dalam mulut.
Doktor: weh! tak mau tu minyak petrol kan ?
Pomen: hah, dah boleh ingat dah? Bayar rm300 .
Doktor tu dok serabut perut sebab tak puas hati lagi. Lepas seminggu dua pi pulak dah.
Pomen: sakit apa pulak ni?
Doktor: mata rabun tak nampak apa sangat dah.
Pomen: maaflah, saya tak dak obat hat ni. Ambiklah RM1000 ni( sambil hulur RM500 shj)
Doktor: woii! ni RM500 saja ni.
Pomen: hah, nampak terang dah ? Bayar RM300.
--- sumbangan: Chak
gelihati.blogspot
|
|