CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anyclassything

Aku Ni Kenapa? #142 #145 [Updated 25/03/23]

  [Copy link]
Post time 25-11-2015 02:23 PM | Show all posts
yg kisah coffee reader tu samalah mcm diri i..

ipun ada 6th sense..boleh dpt dr mimpi. penah mimpi jumpa sorg bomoh ni ..lepas agak lama mgkn dlm dua atau tiga thun apa yg berlaku dlm mimpi tu terjadi. masa tu i tak pandai lg nak faham apa2..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 02:42 PM | Show all posts
Edited by whadda at 25-11-2015 02:46 PM
anyclassything replied at 25-11-2015 01:52 PM
OMG YESSSSS! NI LAH FOR REAL! HAHAHAHA
Ok thankssss misteri terbongkar, tu lah hoodie man  yang m ...

mesti ko ade dlm video tu kan... cer tunjuk yang mane satu..
video ni baru lalu kat news feed fb pagi tadi... bile tekan play je trus teringat cite ko...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:07 PM | Show all posts
anyclassything replied at 25-11-2015 01:54 PM
Yesss aku rasa geng ni cuma yg prank tu hoodie man yg kurus tu.
Ada yg whadda share tu yg for rea ...

ahahha.. tengok video tu trus teringat pasal hoodie man yg u cite..

i pon ada kat sane 25hb.. tp tak terserempak plak ngan hoodie man ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 10:03 AM | Show all posts
anyclassything replied at 25-11-2015 01:52 PM
OMG YESSSSS! NI LAH FOR REAL! HAHAHAHA
Ok thankssss misteri terbongkar, tu lah hoodie man  yang m ...

haha...prank ropenye, terjawab akhirnye persoalan

btw, ko yg mane?
tudung hitam, tudung merah, freehair @ yg pegang anak tu?
hehehh

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 03:30 PM | Show all posts
anyclassything replied at 26-11-2015 01:10 PM
Hahahaha gigih mencari, sila cuba lagi tetttt!Aku nampak mcm semut hitam je dlm tuh hahaha nasib b ...

adakah TT yg tgh tgk directory tu? ada 3 org pompuan kat situ. iols syak itu TT and the geng.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 03:34 PM | Show all posts
anyclassything replied at 10-11-2015 01:51 PM
#2 The Hoodie Man

Hello people, updates pasal coffee cup nanti kita sambung okkayhhh

ok
ni mesti derang tgh buat teaser utk film star wars
skrg video tu tgh hangat circulate kat fb
ramai pelakon dia...

org yg x tau siap ada yg lari lagi

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2015 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts
kinakoyuki replied at 25-11-2015 02:07 PM
ahahha.. tengok video tu trus teringat pasal hoodie man yg u cite..

i pon ada kat sane 25hb.. t ...

Ooo eh? Kebetulan time dia buat prank u bkn dlm area tu kot hahahaha gila real prank dia seriusss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2015 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
ygarif replied at 25-11-2015 01:23 PM
yg kisah coffee reader tu samalah mcm diri i..

ipun ada 6th sense..boleh dpt dr mimpi. penah mimp ...

Hii.. u pernah jumpa coffee reader jugak?
Ahaa tu lah bab mimpi tu no komen sbb i x pnh buat apa2 pun, mimpi tu dtg for no reason. Bukan mintak ke apa pun kan..

Tp dapat rasa kalau mimpi tu mimpi mengarut, mimpi yg sebab I overthink or mimpi yg for real(mostly betul2 jadi)

So.. now mmg mimpi tu betul2 jd ke? Ada apa2 yg you leh share pasal mimpi yg betul2 jd ni? Share lah I jarang jumpa org yg mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2015 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ehh btw.... Iols dapat credits lerrrr thanks @BabeYSHa

Comments

sesamer.. ^_^  Post time 1-12-2015 04:11 PM
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2015 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya terjawab persoalan yg 1 neh

Tt, kalau ada cita menarik blh share lg ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2015 01:19 AM | Show all posts

#4 - Jam 9

Edited by anyclassything at 31-1-2016 03:12 PM

Okay tiba-tiba teringat cerita ni.. Masa aku study dulu.. Cite ni takdelah seram mana cuma macam biasa aku akan tertanya-tanya haha

Aku ni bukan budak kolej, oleh sebab budak degree dah dianaktirikan pihak U suruh duk luar, kalau nak jugak kena merayu.. So aku decided nak stay luar je dari sem 1 sampai sem 6. Sebab fikir-fikir balik setiap sem nak kena merayu, angkut segala barang so takpelah bye. Jadi dari Sem 1, aku sorang-sorang survive tanpa kawan2 sebab dorang decide nak kawasan yg aku tak berapa berkenan. Tapi sem 2 aku joined cousin aku kat rumah lain, so rumah tu apartment best sebab sejuk je. Musim panas terik kemarau ke apa sejuk je takde problem.Then musim2 Selangor catu air, rumah kitorang takde problem langsung. So kira best la rumah tu hehe dah la murah pastu tak ramai.

So standard biasa lah, satu rumah 6 orang.. Rommate aku kwn aku dari zaman asasi, Deanna. Deanna selalu balik jadi aku selalu tido sorang(lagi best haha) Rumah dekat sangat dengan pagar depan U. Kadang-kadang aku balik jalan je dari kelas sebab bas mcm siput babi lambat nak mati. Walau pun agak jauh (Takdelah jauh sangat kot dalam 20 minit jalan plus bukit-bukit).. So dijadikan cerita, pada suatu hari macam biasa aku habis kelas awal berbanding orang lain (Sebab aku selalu pandai2 fix time table kadang2 sampai rabu je kelas, khamis dah start weekend huhu).. Oh ya housemate aku 4 orang course sama(Accounting), and aku course lain.. Rommate aku Deanna pun course lain.

Jadi aku sampai rumah, kosong. Deanna aku rasa time ni dia balik Kajang. Then yang lain, ada class. Gerak sekali, g kelas sekali, makan sekali balik sekali biasalahkan dorang satu course, satu kelas.. Jadi aku plak balik rasa penat je, masuk bilik, tutup pintu, main phone and zzzzz.. Tertidur! Maybe aku tertidur time tu almost 5 p.m dah kot.. Tido punya tido punya tido..Aku pun mcm tersedar tapi macam yang sedar-sedar ayam camtu.. Tengok sekeliling bilik gelap, so aku aware dah gelap ni.. Aku pun pejam mata lagi (U know the feeling tido petang otak bebal badan lemah) Pejam mata tapi tak lelap sangat,cam mamai la kot? Then terasa ada orang mundar mandir slowly kat hujung kaki.Kat katil la. Bukak mata pun dalam keadaan mamai, bilik gelap.. Nampak dalam gelap tu macam susuk tubuh manusia berdiri tapi gelap je la. Bayangan gelap..Dia sentuh kaki kiri tapi macam cuit je, then dia macam cakap “Bangun, bangun dah pukul 9..”

Aku pun respon “Hmmmmmmmm..” sekadar respon je la. Dalam kepala aku, aku pikir salah sorang housemate la ni.. So takpelah. Mata berat,badan lemah so aku tak dapat nak bangun terus, mata automatic berat (banyak setan skipping atas mata aku bak kata member2 aku hahaha) Tapi dalam mamai lembab tu sempat aku terpikir, apasal dia(housemate) yg kejut aku ni masuk nak kejut aku dalam keadaan tutup pintu? Apasal dia biarkan bilikku diselubungi kegelapan, then aku hanyut tido lagi.

Tak lama lepas tu aku tersedar yang betul-betul tersedar,sedar yang terus rasa nak bangun tu. So bila tersedar aku ambik phone tengok jam. Ehhh pukul 9?? Bukan tadi seseorang datang kejut aku dah pukul 9 ke, asal pukul 9 lagi?? Heran dah disitu. So aku bingkas bangun, capai towel nak gi mandi. Bukak je pintu bilik, ada 4 orang tu tengah melayan TV. Semua pandang aku

“Ehhh kau ada dalam bilik ke??"
“Kitorang balik tadi rumah gelap gelita ingat kau takde kat rumah tak balik lagi!”
Aku pun hairan lagi.
“Aku tertido dari petang.. So korang tak tahu ke aku ada kat dalam?” Aku tanya dorang.
Semua geleng muka melopong tengok aku. (Tak tahulah dorang melopong sebab terkejut ngan perangai aku tido dari petang sampai malam dalam gelap atau pun melopong sebab apa)

“Tapi.. Tadi sape kejut aku? Cakap bangun,bangun dah pukul9??” Aku terus tanya lah gila ke aku tau ada orang pegang kaki kiri aku tadi!

“Manade! Kitorang gi dinner terus, balik pun dah 8.30 rumah gelap gelita ingatkan kau keluar gi dating ke apa.. Takde sorang pun gi bukak bilik kau sebab memang ingat takde orang terkunci rapat”

“Serious la, tadi ada orang gi kejut aku suruh bangun siap gitau dah pukul 9 lagi”

Buntang la mata sekor-sekor! Siap pesan “Wehh gi labaca-baca sikit bilik tu! Aku takuttt!”

Aku pun tak cakap apa gi mandi then teruskan kehidupan macam biasa.  

(Okay aku namakan dorang as Danny, Al, Iqa and Deeb and 4orang ni pun memang dikenali sebagai penakut pernah sekali ada bomba datang nak bakar sarang tebuan dorang jerit2 dalam rumah ada orang nak bakar rumah. Sekali aku gi intai laa bomba rupanya.. Gila ke apa lol)

Pernah jugak 4 orang tu pegi camping, bawak balik gangguan ke rumah tu 3 hari berturut-turut (Aku tak kena teruk aku just dengar kerusi kena seret padahal kerusi tu betul2 belakang aku, apa lagi aku terus call member ajak lepak mamak sampai 5 pagi baru balik haha). To be honest dorang ni memang jenis terpekik-pekik, gelak tak ingat dunia tak kira kat mana. So aku duk syak sebab tu la ada benda mengikut.

Malam first lepas balik camping, si Danny kena tepuk dahi.Dia tersentak la, terus dia duk ingat Al(roommate dia) tu tido lasak ke mengigau so dia tepis la tangan kat dahi. Sekali dia bukak mata tengok Al tu tido jauh dari dari dia siap berpaling kearah lain lagi tu. Dia dah panic. Trytido balik, pejam mata baca semua ayat.. Then selimut plak kena tarik. Dia cakap dia betul2 sedar tapi dia pilih untuk tak bukak mata, dia takut kalau tertengok apa-apa sebab selimut memang kena tarik.. damn

Malam kedua pun sama sesi tarik menarik selimut. Dia sedar jugak baca apa yang patut tapi kuatkan diri untuk taknak bukak mata. Malam yang sama, aku tido lewat siapkan keje kat depan TV. Sliding door balcony takyah cakap la 24 hours tak pernah tutup! Aku pun gi kat area rak buku, depan pintu bilik master (Bilik Iqa and Deeb) tiba-tiba je pintu bilik dorang slow je macam dibukak dari dalam. Aku pun tunggu je la, sapa nak keluar ni tak tido lagi?(Dorang ni budak pandai pointer semua dean so agak skema la lifestyle tido awal keje siap awal2 tak pun buat kat library so agak pelik kalau tak tido lagi pukul2 pagi) Sekali pintu stop separuh je terbukak, takde sape keluar. Cuak plak,aku terus tutup TV tutup kipas and masuk bilik. Pukul 4 pagi tersedar nak gi toilet je, sekali aku tengok TV tu on! Hello I dah off tadi, bukan guna remote(TV lama remote rosak) aku guna jari je manually tutup. Masalahnya yang bikin seram lagi, TV tu display yang macam dalam cite hantu tu yg kelip2 notransmission tu.. Paham tak? Boleh bayang tak yang jalur-jalur kosong kelabu macam kelip-kelip.. Siot je.. Dalam cuak, hairan and seram, aku berjaya jugak tutup TV tu and kembali ke bilik. Bilik Master tu? Aku biar je terbukak macam tu.

Esok tu macam biasa tak sempat sembang pagi sebab semua kelam kabut gi kelas. Balik tu baru Deeb tanya aku, ada aku masuk bilik or bukak pintu tak sebab malam tu dia tersedar ada bunyi tombol dipulas-pulas and dia tunggu sape nak masuk tapi takde sape masuk. Aku pun bukak cerita aku pulak nampak pintu dibukak dari dalam, aku tunggu je sapa nak keluar.. Eee nasib baik aku tak tunggu lama. Danny plak cerita pasal sesi merebut selimut yang hardcore tapi dia tak bukak mata. Habis Day 2.

Day 3 aku rasa dah hari Khamis. Al and Iqa dah balik. So tinggal kat rumah Deeb, aku and Danny. Deeb pegi tempat akak dia kat UM. Danny keluar so aku sorang kat rumah time tu. Time tu dah almot 12 malam. Depan TV ada kerusi. Aku time tu tengah sibuk kemas something membelakangkan kerusi tu.TV off tak bukak, duk sibuk mengemas.. Sretttt srettt.. Bunyi kerusi belakang macam kena alih or tolak. Aku pun tak tunggu lama lari masuk bilik! Bilik aku tak payah nak bertentang dengan kerusi tu, straight je dari tempat aku mengemas kat rak tu. Ada bunyi kerusi lagiiiiiii.. Lepas tu jugak aku call salah sorangkawan aku ajak gi Mamak, then sempat aku mengintai kat ruang TV.. Nasib takde nampak apa-apa. Kawan aku sampai je, terus aku turun and lepak sampai pagi.Danny plak? Dia balik dah almost 3 pagi. Dia assume aku ada dalam bilik tido,so dia mandi tukar baju semua. Terus bukak bilik aku dengan harapan nak ajak aku tido dengan dia dalam bilik dia, bukak je kosong. Ye la aku kat mamak time tu, batt mati.

Seram sejuk lah dia tapi takde pilihan, duk dalam bilik sorang2. Aku plak dalam pukul 4 lebih balik then terus tido. Bangun subuh tu dia duk bising “Apasal kau takde semalam!! Aku tido sorang2” Eleh dia yang tinggal aku sampai pukul 3 pagi bleh plak aku dari petang duk sorang-sorang. Eee.. Then weekend, then kitorang balik rumah. Balik Ahad tu, dah tak ada benda pelik dah berlaku. Fuhhh Sorry ni je cite zaman study, aku tak duk asrama so takde experience kisah mistik asrama hehe. Oh aku pernah duk hostel zaman asasi tapi takde benda mistik terjadi. So ni je la zaman study aku

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernab tengok movie Water Diviner. Orang tu Ereb ke Iran entah, dia tilik nasib sebijik guna method ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2015 11:18 AM | Show all posts
terbaik la cerita ko.. best aku baca.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2015 03:19 PM | Show all posts
terbaik lah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 02:23 PM | Show all posts
baca kisah ko ni teringat aku zaman study dulu
masa tu aku 1st semester n pergi pesta buku kat pwtc tu
tgh aku duk tunggu train nak balik u aku pasan ada sorang uncle india ni duk perati aku...tp aku buat dek je
bila train sampai aku masuk n dpt seat...actually byk seat kosong
rupanya uncle tu ddk dekat2 dgn aku n keep on perati aku
tp x lama pastu dia dtg ddk dekat sebelah
uncle tu ckp dari tadi aku sgt menarik perhatian dia
dia kata lagi bila tgk aku dia sgt teringin nak tahu apa yg tertulis pd tapak tgn aku
so dia minta izin untuk baca palm aku
aku pun mcm ye tak ye je hulur tapak tgn
dia pun baca la bla bla bla...sumpah aku x ingat
dia kata dia dah agak it must be something nice written for you here...aku senyum je
dia kata jugak lagi bukan semua org dia boleh baca...hanya org yg menarik perhatian dia je dia boleh baca
puas aku cuba ingat apa yg dia baca tp mmg aku x ingat
apa yg something nice pun aku x ingat
cuma dlm samar2 tu dia mcm ada sebut ttg accident...tp x sure pasal apa
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 02:32 PM | Show all posts
Edited by lilyallen at 1-12-2015 02:33 PM

Question... that Iranian lady, her name starts with A? has one daughter college age?

sorry tak click reply tadi.. @anyclassything
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 02:41 PM | Show all posts
Coffee reading is actually more of Greek/Turkish/Eastern Europe tradition... tea leaves reading also the same.. this is like tea time activity among ladies over there.. but some people are gifted with psychic ability and they can interpret the cup... ada yang buat professionally..

I know someone who does coffee reading too but hanya untuk tolong kawan2 saja la.. can be very helpful at times...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 03:41 PM | Show all posts
Edited by joz_a at 1-12-2015 03:43 PM

Best cerita. Menarik tersusun dan menghiburkan. Nak tunggu balik rumah nk tgk vid kt NU sentral tu. Pakai data tgk youtube nanti mmg insyaallah akn innallillah data esok lusa.

BTW yg kata cerita yg tak habis kt thread lain (nana?) tu ada link? Yg mana satu? nak baca jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 04:57 PM | Show all posts
da tengok da video kat Nu sentral tu
serius la diorang ni
prak2x besar besaran
aku cuba nak sport ko n the geng
tapi aku pun x tahu yang mana satu. haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2015 09:23 AM | Show all posts
arrowtotheknee replied at 29-11-2015 09:23 AM
Aku pernab tengok movie Water Diviner. Orang tu Ereb ke Iran entah, dia tilik nasib sebijik guna met ...

Ye ke? Aku before ni tak pnh tau lgsung pasal cup reading ni..
Ni baru tau bila dia buat hari tu.. Actually it's more to tradition dorg
rasanya chinese buat tea cup reading
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 1.127838 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list