CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3265|Reply: 12

4 Taman Tema ‘Best’ Yang Bakal Dibuka Di Malaysia

[Copy link]
Post time 9-11-2015 08:42 PM | Show all posts |Read mode


Setelah penat bekerja, kegembiraan menghabiskan masa di taman tema adalah sangat menakjubkan.

Apa pun, di bawah ini adalah 4 taman tema menarik yang bakal diwujudkan di Malaysia. Tak sabarnya!

1. 20th Century Fox World, Genting Highlands

Taman tema 20th Century Fox yang pertama di dunia ini bakal beroperasi di Genting Highlands dan akan dibuka pada 2016. Sabar jap je lagi, nanti bila dah siap kita serbu Genting Highlands ramai-ramai.. siapa nak ikut?

2. Taman Tema Ubisoft, Kuala Lumpur

Bagi peminat video game Assassin Creed, taman tema ini pasti menarik minat anda. Taman tema yang akan diadakan secara indoor ni khabarnya akan dibuka pada 2020. Kalau jadi.. boleh la anak cucu kita yang minat Assassin Creed serbu tempat ni beramai-ramai nanti.

3. Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh

Taman tema Movie Animation Park Studio (MAPS) ini merupakan taman tema pertama seumpamanya dibuka di Asia dan ia berada di Malaysia atau lebih tepat lagi di negeri Perak. Wowww! Ia akan dibuka pada Disember 2016. Nantikan!

4. Jurassic Park, Melaka

Malaysia diserang dinasor? Alamak! Alaa dinasor-dinasor yang kat dalam filem Jurassic Park tu.. pernah tengok kan? Bawalah adik-adik atau pun anak-anak ke sini, confirmdiorang gembira sampai terbawak dalam mimpi. Ia terletak di Melaka akan dibuka pada 2016. Tak lama dah!

Apabila kesemua taman tema ini dibuka, bermakna makin banyaklah tempat bercuti menarik terdapat di Malaysia untuk dikunjungi bukan? Lebih jimat, lebih menggembirakan dan paling best tak payah berhabis banyak duit pergi luar negara lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Fatin



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2015 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukak setahun, lepas tu semua ada harapan nak jadi sendu
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2015 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Besnyee. Xsaba
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 08:08 AM | Show all posts
Ok la tu..perabih duit melepaskn stress
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 09:41 AM | Show all posts
Yang kat Genting tu mungkin dapat lama bertahan, yang lagi tiga tu hanya masa je menentukan tapi kalau masih rajin maintain boleh le bertahan lama.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 11:23 AM | Show all posts
Mesti panas berdenting mcm USS, tak sanggup aku , sblm tuh dah pernah pegi USJ kat jepun time early winter n movieworld gold coast time sejuk gak, tetiba gi USS terus aku tobat  😜  Alaaaa tetap nk gi oversea gak larr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2015 12:07 PM | Show all posts
the question is, rakyat malaysia mampu bayar ke? kalu BRIM masih hrp gomen...tak payah masuk taman tema la...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:13 PM | Show all posts
wow ... ubisoft,menarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2015 12:50 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 10-11-2015 09:41 AM
Yang kat Genting tu mungkin dapat lama bertahan, yang lagi tiga tu hanya masa je menentukan tapi kal ...

hahahahah!! aku baru nak ckp benda yg sama. Genting mmg blh bertahan psl maintenance regular. Yg lain2 tu aku sceptical sikit
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2015 12:51 PM | Show all posts
ifanonline replied at 10-11-2015 12:07 PM
the question is, rakyat malaysia mampu bayar ke? kalu BRIM masih hrp gomen...tak payah masuk taman t ...

BR1M tu suruh beli beras dan bahan keperluan lain. Klu nak msk taman tema kena kuar duit sendirilah. Sendu je tak mampu punyalah. Duit pun harap BR1M.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 08:32 PM | Show all posts
buat la indoor yg best punye..tak koser la berpanas2....
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 11:52 PM | Show all posts
pokokbunga replied at 10-11-2015 11:23 AM
Mesti panas berdenting mcm USS, tak sanggup aku , sblm tuh dah pernah pegi USJ kat jepun time early  ...

Legoland JB pun serupa, panas tak blh tahan.Theme Park kena p tempat yg  cuaca sejuk.i went Disneyland Anaheim whole day sampai tak tau nak stop balik.. main2 sampai last ride jam 11.45 mlm... balik hotel lepak abis
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2016 09:13 AM | Show all posts
hopefully gempak lah...jgn hanya sekadar nama ja..tp dalam tu hampeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.739548 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list