CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1481|Reply: 0

Suami Suka 'Berkira'?

[Copy link]
Post time 12-11-2015 12:38 PM | Show all posts |Read mode


Sebagai wanita, punya suami yang cukup berkira memang menyesakkan dada. Apa yang mahu dibeli diteliti terlebih dahulu, wang diberi cukup-cukup malah selalunya kurang hingga menyebabkan anda tertekan apatah lagi anda hanya suri rumah tangga yang tiada pendapatan lain. Jadi bagaimana berdepan suami begini. Ini saranannya.

Yakinkan anda tidak boros
Langkah pertama yang harus anda lakukan adalah menilai diri sendiri. Sebabnya anda mungkin salah faham sifat hemat pasangan kerana andalah yang terbiasa hidup berlebihan atau terlalu boros.

Bezakan antara jimat dan kedekut
Jika anda suami asyik berkira dengan anda ada baiknya anda tidak terus menilainya sebagai kedekut dan tidak menyayangi anda. Suami mungkin ada sebab untuk berkira dalam hal ini, mungkin kerana mahu membuat tabungan anak, rumah dan sebagainya demi masa depan anda berdua.  

Terus terang
Jika anda merasakan bahawa suami memang seorang yang kedekut maka ada baiknya anda berterus terang dengan suami terutama pada perkara yang akan menyukarkan anda. Misalnya, anda selalu tidak cukup duit membeli barang dapur atau pun belanja sekolah anak. Jangan simpan sendiri kerana kelak anda juga yang stes.

mingguanwanita

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.056788 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list