CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Tentang Rasa ~ TaMaT

[Copy link]
 Author| Post time 17-11-2015 12:58 PM | Show all posts
Beberapa jam kemudian..

Teksi berhenti betul-betul di hadapan rumah Khaleeda. Khaleeda masuk dengan membawa beg pakaiannya. Sunyi sepi rumah! Hanafi tiada di rumah barangkali. Khaleeda terus masuk ke dalam bilik. Pintu bilik lupa ditutup. Dibiarnya pintu terbuka luas.

Khaleeda mengeluh lalu terbaring di atas katil. Sekejap fikirkan Khairi, dan sekejap kemudian fikirkan Hud. Mungkin dia cemburu Hud sudah tidak tumpu perhatian pada dirinya. Dia bukannya cinta pada Hud!
Khaleeda memandang kipas yang berpusing ligat di atas siling.

“Macam mana kalau abang ada perempuan lain?”

Tiba-tiba Khaleeda terbau sesuatu yang busuk. Terus dia bangun terduduk sambil memandang ke arah pintu bilik. Tentu itu ayah mertuanya!



                                                       **********************



Khairi berjabat tangan dengan Rafiq dan Saida. Projek mereka berjalan lancar. Dua orang dari orang’kenamaan’ telah pun menandatangi borang perjanjian bisness antara mereka.

“Tahniah.” Ucap Rafiq pada Khairi.

“Tahniah juga.” Ucap Saida pula sambil mengeyit matanya.

Khairi tiba-tiba terasa bangga dan ingin meraikan kejayaan tersebut.

“Malam ni apa kata kita makan di tempat biasa. Saya belanja.” Kata Khairi sambil memandang Saida.

“Waaaa..ini sudah bagus!” Rafiq menumbuk bahu Khairi.

“Saya dah lambat ni. Nak jemput isteri balik dari kursus.” Kata Khairi sambil pura-pura pandang jam di tangan.

“Owh. Ok,ok. Malam ni kita jumpa.”

“Ok.”

Khairi tersenyum pada Saida. Khairi terus bergerak balik ke rumah. Nasib baik tak jauh mana!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2015 01:03 PM | Show all posts
Riduan masih memegang tangan Hud. Memang sepatutnya Hud menjadi menantu mereka, bukannya Haikal.

“Arwah dulu macam-macam yang dia dah..”

“Ayah, rasanya tak payah dah kot ungkit kisah arwah. Dia pun dah lama tinggalkan kita kan? Kita doa moga rohnya dicucuri rahmat insyaallah.” Hud potong cakap Riduan.

Riduan mengangguk lemah. Latifah yang duduk di sebelah anaknya, Dayana diam dari tadi memandang Hud. Dia betul-betul serba salah. Dia pernah maki, pukul, baling penyapu lidi pun pernah ke arah Hud suatu ketika dahulu kerana terlalu bencikan Hud angkara mulut Haikal.

“Kita mulakan hidup baru.” Sambung Hud.

Dayana tersenyum. Syukur keluarganya kembali menerima Hud.



                                                         **********************



Khaleeda terus berdiri. Hanafi tersengih sambil masuk ke dalam bilik anak menantunya itu.

“Lebih baik ayah keluar.”

“Jangan la cakap macam tu.”

Hanafi cuba menutup pintu tetapi Khaleeda dengan cepat cuba menolak tubuh badan ayah mertuanya itu namun tidak berjaya. Hanafi dengan kudrat lelaki menolak Khaleeda lalu terjatuh di katil. Peluang baik ni!

“Jangan sampai saya kurang ajar ngan ayah!”

“Jangan la kasar sangat. Cakap lembut-lembut apa salah?”

“Eeeeee.. jijik betul la!”

“Jijik tak jijik tapi ayah suka tengok kamu.”

“Werkkkkk!”

Hanafi cuba mendekati Khaleeda.

“Ayah dekat, Eda bunuh ayah!”

“Apa ni Eda?!” jerit Khairi yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik.

Hanafi terkejut. Terus dia pura-pura buat muka kesian.

“Ayah buat apa dalam bilik saya ni?”

“Khairi, tadi ayah dengar isteri kamu ni jerit-jerit minta tolong. Ayah pun masuk la dalam bilik kamu ni. Tiba-tiba cakap nak bunuh ayah pulak.”

Hanafi terus memandang Khaleeda yang tengah berdiri.

“Pembohong!! Ayah abang cuba nak rogol sayang!”

Khairi tanpa mendengar penjelasan lebih lanjut dari isterinya, terus menampar pipi isterinya tanpa belas kasihan. Khaleeda terkejut dengan tindakan suaminya itu. Dia menggosok pipinya yang sudah merah sambil memandang tajam ke arah Hanafi.

“Jangan hina ayah abang macam tu! Ayah abang..”

“Ayah abang apa?! Orang tua ni nak rogol isteri abang!!”

Khairi memandang ayahnya. Hanafi betul-betul pandai berlakon buat mimik muka kesian.

“Kamu percaya ke cakap isteri kamu tu?” tanya Hanafi dengan penuh sebak.

Khaleeda geram. Terus dia memukul bertalu-talu tubuh badan lelaki tua itu dengan sepenuh hati.

“Setan punya orang tua!!”

“Sayang! Apa ni?” Khairi terus memeluk isterinya.

Hanafi menahan sakit.

“Orang tua gatal nak mampus!!”

Sekali lagi Khairi menampar pipi isterinya.

“Abang tak sangka sayang sanggup fitnah ayah abang macam ni.”

“Eda dah tak tahan lagi tinggal di sini. Eda nak keluar!”

“Eda keluar dari rumah ni, abang akan ceraikan Eda!”

Mereka berdua terus bertentangan mata. Tak sangka perkataan itu terkeluar dari mulut Khairi.

“Eda akan keluar dari rumah ni.” Khaleeda tetap dengan pendiriannya.

“Ok, fine. Abang ceraikan Eda dengan talak satu.”

Khaleeda diam. Kemudian dia terus mengambil beg troli dan habis disumbatnya semua pakaian di dalam almari masuk ke dalam beg tersebut. Hanafi perlahan-lahan keluar dari bilik itu tanpa disedari.

Khaleeda terus menutup zip beg dan terus berjalan keluar dari rumah tanpa pandang ke belakang.

“Sayang! Sayang!”

Panggilan dari Khairi langsung dia tak peduli lagi! Terus berjalan dan berjalan sehingga ke jalan besar. Khairi sebak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2015 04:13 PM | Show all posts
Hud tidur di rumah keluarga Riduan pada malam itu. Keesokkan awal pagi dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Setiap kali masuknya waktu solat, Hud bersama ayah Dayana akan jalan kaki bersama ke surau berhampiran untuk Jemaah. Semasa di dalam perjalanan, tiba-tiba handphonenya berdering.

“Fatma?”

Hud menjawab panggilan dari adiknya itu.

“Abang..”

“Ya.”

“Abang mesej tadi abang balik esok. Betul?”

“Aah. Abang dekat rumah pak cik Riduan.”

“Hah? Serius?”

“A’ah.”

“Waaa..cinta kembali terjalin la tu!”

Mereka sama-sama ketawa.

“Doakan untuk abang.”

“Sukanya Fatma dengar. Fatma doakan yang terbaik untuk abang.”

“Thank you. Eh, abang dah sampai surau ni. Nanti abang call balik erk. Ni, abang balik esok pagi tau.”

“Yelah.”

“Jaga diri.”

“Baik. Bye.”

“Ok, bye.”

Riduan memandang Hud.

“Fatma adik kamu?”

“A’ah.”

“Besar dah agaknya sekarang.”

“A'ah. Dah nak kahwin dah pun.”

“Yeke? Boleh la buat serentak dengan kamu sekali.”

Terus Hud memandang bakal ayah mertuanya itu.

“Hahaha.. jimat kan?” kata Riduan lalu mengambil air sembayang.

Hud hanya tersenyum.



                                                           **********************


Khaleeda menangis di perhentian bas. Dia betul-betul tak sangka kisah cintanya bersama orang yang tercinta berakhir sebegini. Khaleeda anak yatim piatu. Dia dibela ibu angkatnya yang berasal dari Melaka. Namun ibu angkatnya itu telah pun meninggal dunia 3 tahun yang lalu. Selepas peristiwa itu dia terus hidup dengan berdikari sehinggalah dia berjumpa dengan Khairi dan berkahwin.

Sekarang? Ke mana harus dia pergi? Handphone asyik berbunyi. Panggilan dari Khairi sahaja sudah berapa kali. Kerana terlalu tertekan, dia terus off sahaja handphone tersebut.



                                                            **********************



Pada malam itu..

Fatma membuka helmet yang dipakainya lalu diberi pada Husin.

“Baiknya mak ngan ayah, papa..”

Fatma sudah bertemu dengan keluarga Husin dan semuanya berjalan dengan baik.

“Tengok papa la.”

Fatma mencuit hidung Husin.

“Esok pagi papa datang ambil mama erk. Dah, pergi masuk. Jangan lupa kunci pintu tu. Apa-apa call papa cepat!”

“Ok!”

“Luv u, mama.”

“Luv papa jugakk!”

Husin sempat mengusap pipi Fatma. Fatma kemudiannya terus berjalan masuk ke dalam rumah dan Husin terus berlalu pergi dengan motosikalnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2015 04:17 PM | Show all posts
Khaleeda memandang hotel yang tersergam di hadapannya.

“Sehari dua boleh kot check in sini sementara nak dapat bilik sewa.”

Khaleeda masuk ke dalam hotel tersebut dan mendaftarkan diri. Kunci diberi lalu dia berjalan masuk ke dalam lif. Fikirannya kosong! Dia mahu berehat.

Sebaik masuk ke dalam bilik terus badan direbahkan di atas katil. Mata mengadap ke atas siling. Ini bukannya mimpi, ini realiti! Dia mengeluh. Apa pun yang berlaku dia harus hadapinya dengan tabah. Bukannya dia tak pernah hidup sendirian sebelum ini kan?

“Esok kerja. Hmmm.. confirm jantan tu datang nak jumpa aku. Aku rasa nak ambil cuti la sehari dua.”

Khaleeda menghantar mesej kepada ketua pegawainya memberitahu bahawa dia ambil untuk sehari dua ini kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan.

Kemudian dia tengok nombor telefon Hud di skrin.

“Perlu ke aku ceritakan semua ini pada Hud?”

Dia gelengkan kepala, terus mengambil bantal dan zzzzzzz…



                                                          **********************



Bengkak mata Khairi. Dah macam hantu dah rupanya malam itu. Perjumpaan dengan Rafiq dan yang lain-lain terus dibatalkan. Dia betul-betul berserabut. Berkali-kali dia cuba hubungi Khaleeda. Tak dapat! Gila talak dah wei..

“Arghhhhh!!!” jerit Khairi sendirian di ruang tamu tersebut.

Dia mengambil handphone lalu terus menghubungi Hud.

“Hello Hud.”

“Ya, Khairi. Nape call malam-malam ni?”

“Eda ada dengan kau tak?”

“Eda? Tak ada. Aku dekat umah pak cik aku ni.”

“Haihhhh…” kuat Khairi mengeluh.

“Kenapa, Khairi? Eda belum balik ke apa?”

“Masalah besar ni, Hud. Aku menyesal sangat-sangat!”

“Cerita dekat aku.”

Tiba-tiba Hanafi masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang mabuk. Khairi terkejut. Talian terus dimatikan!

“Ayah..”

Khairi menutup hidungnya kerana Hanafi cukup busuk dengan pakaiannya yang tidak berbutang itu.

“Ayah mabuk?”

“Diamlah kau!” Hanafi menolak tubuh Khairi sehingga terundur ke belakang.

“Kenapa sampai mabuk ni ayah?”

Hanafi yang bermata merah itu terus memandang anaknya.

“Aku nakkan isteri kau. Kenapa kau ceraikan dia hah?!!” Hanafi seperti kerasukan.

Khairi semakin bingung.

“Bila kau ceraikan dia, dia takkan duduk sini. Bila dia tak ada dalam rumah ni, macam mana aku nak tengok dia mandi..dia pakai baju.. potongan badan yang mengiurkan… hahahahaha” Hanafi memang masih mabuk.

Khairi menangis. Makna betullah cakap isterinya siang tadi yang ayahnya bukan ayah mertua yang baik.

“Ayah cakap apa ni? Ayah cakap apa ni?!!!!” jerkah Khairi sambil menolak kembali tubuh ayahnya.

“Kau ingat aku tak ada nafsu?”

Khairi terus menumbuk muka ayahnya.

“Ayah memang teruk dari binatang!”

Hanafi bangun. Dia menyeluk dalam saku seluarnya. Kemudian dia tersenyum sambil mengeluarkan pisau.

“Kau nak ni?” Hanafi ugut.

“Ayah..” Khairi mula takut. Orang mabuk ni memang otak tak betul.

“Hahaha..”

Hanafi terus menikam perut anaknya sendiri berkali-kali sambil ketawa berdekah-dekah.

“Ayah..” Khairi terjatuh.

Darah banyak keluar.

“Puas hati aku..hahahaha”

Hanafi keluar sambil membawa pisau yang masih berlumuran darah ditangannya itu. Jiran yang lalu lalang pada malam itu terkejut dan terus hubungi pihak polis yang terdekat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2015 04:18 PM | Show all posts
ok semua.. insyaallah smbung esk
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2015 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
anak bodoh mcn khairi bapak sndiri pn xknal
harap khairi xmati lah..blh blk dgn khaleda..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-11-2015 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
        
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 07:05 AM | Show all posts
morning semua

jom smbung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2015 07:10 AM | Show all posts
Hud keluar dan berdiri di halaman rumah. Dia mula mendail nombor telefon Khaleeda. Tak jawab! Dia cuba hubungi khaleeda sekali lagi.

“Hello. Eda..”

“Ye.” Pendek jawab Khaleeda.

“Eda kat mane ni?”

“Nape? Khairi ada tanye erk?”

“Please la, Eda. Khairi tengah risau tu.”

“Yeke?”

“Ada masalah pun jangan la buat dia macam ni.”

“Rasanya Hud tak yah masuk campur kot. Biar kita orang selesaikan sendiri.” Khaleeda terus mematikan talian.

Hud mengeluh. Kemudian dia berpaling ke belakang dan Dayana tersenyum padanya.

“Hud ok?”

Hud menggelengkan kepalanya dengan muka yang agak berserabut itu. Dayana jalan ke arah Hud dan mereka berdiri bertentangan antara satu sama lain.

“Hud.”

Lembut Dayana panggil lalu Hud memandang ke arahnya.

“Hud risaukan pasal perempuan tu?”

“Hmm.. Kalau boleh Hud tak nak dia orang gaduh. Laki bini tu kawan Hud jugak. Serba salah dibuatnya.”

“Itu masalah rumah tangga dia orang. Kan lebih baik dia orang yang settle sendiri?”

Ada betulnya kata Dayana pada ketika itu. Baru sahaja mereka hendak berjalan masuk ke dalam rumah, handphone Hud berdering.

“Eda?”

Hud memandang Dayana. Dayana senyum lalu memberi isyarat supaya Hud menjawab panggilan itu.



                                                        **********************



Di Hospital ..

Dayana pada mulanya tak nak masuk campur, tetapi setelah diajak oleh Hud untuk menemaninya akhirnya dia akur juga.

Sesampai sahaja di hospital, kelihatan Khaleeda menangis dihujung pintu.

“Eda..” panggil Hud yang sudah berdebar-debar itu.

Khaleeda terkejut Hud datang. Dia bangun lalu terus berlari ke arah Hud dan terus memeluk Hud dengan erat sekali. Menangis sepuas-puasnya di dalam dakapan seorang sahabat. Khairi masih di dalam wad kecemasan.

Hud memandang Dayana. Dayana hanya tersenyum dan cuba memahami situasi keadaan ketika itu. Dia memberi isyarat supaya Hud dapat memujuk Khaleeda.

“Shhh..”

“Khairi kritikal. Eda takut kehilangan dia..”

Hud dan Khaleeda bertentangan mata.

“Shhh..kita sama-sama doa moga Khairi baik-baik je ok?”

“Takut..”

Hud kembali memeluk Khaleeda.

Dayana perlahan-lahan mengundur diri membiarkan Hud bersama Khaleeda ketika itu. Dia berlalu turun ke kantin bawah hospital tersebut. Dia termenung seketika sambil memandang menu di setiap gerai di hadapannya.

“Perempuan tu perlukan Hud saat ni. Yana.. kau kena banyak belajar bersabar..dan memahami perasaan orang lain.” Dayana bercakap dengan dirinya sendiri sambil cuba menahan airmata dari mengalir jatuh.

“Assalammualaikum.”

Dayana terus menoleh ke arah kanannya.

“Zahrul? Waalaikummussalam.” Dayana terus bangun dan bersalaman dengan Zahrul, rakan sekolah menengahnya suatu ketika dulu.

“Masih comel macam dulu.” Puji Zahrul yang kurus tinggi orangnya.

“Haha.. biasa je. Tak sangka kita jumpa di sini.”

“A’ah.. Yana kat sini buat pe?”

“Owh, temankan..”

“Assalammualaikum.” Tiba-tiba Hud datang mengejutkan mereka berdua.

“Waalaikummussalam.” Jawab Zahrul lalu membalas jabat tangan dari Hud.

Dayana tersenyum.

“Kenalkan, ini Zahrul kawan lama kat sekolah dulu.”

“Owh..” Hud memandang Zahrul sambil tersengih dengan penuh makna. Cemburu?

“Siapa ni? Tak nak kenalkan?” tanya Zahrul yang mula memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

“Owh lupa. Ni Hud, bakal suami saya.”

Hud lega. Zahrul dan Hud bertentangan mata seketika.

“Hud, macam mana dengan Khaleeda? Dia ok ke?”

“Dia tengah berehat dekat surau. Dia cakap nak tenangkan diri kejap.”

“Owh.”

“By the way, selamat bertemu kembali. Umur panjang kita jumpa lagi ya?” kata Zahrul yang mula hendak mengundur diri itu.

“Eh, jom la kita minum-minum dulu ke?” pelawa Hud.

“Tak pe. Saya nak kena temankan nenek dekat wad.”

“Owh..”

“Saya gerak dulu. Bye.”

Zahrul sempat senyum pada Dayana. Hud pula memandang Dayana sambil tersengih geram.

“Nape pandang saya macam tu?”

“Jangan lebih-lebih erk.. lebih kang cubit hidung tu!” Hud memberi amaran manja.

“Hahaha.. cemburu rupanya ye?”

“Maunye tak cemburu..”

Hud memegang tangan Dayana lalu mereka berjalan seiringan menuju ke wad kecemasan kembali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 07:15 AM | Show all posts
Seminggu kemudian..

Di tanah perkuburan.

Hud menutup buku yasin yang baru sahaja selesai dibaca itu. Khaleeda yang duduk di sebelahnya mula memakai kaca mata hitam. Kemudian air mawar mula di siram di pusara arwah suaminya, Khairi.

Dalam tempoh seminggu sebelumnya, Khairi dalam keadaan koma. Memang tak sedar langsung! Dalam tempoh koma itu juga Khaleeda menjaga suaminya tanpa berasa penat dan jemu. Doa tak pernah putus moga suaminya cepat sedar dan sembuh. Namun apakan daya, dia tak berdaya melawan kehendak takdir.

Bapa mertuanya, Hanafi berjaya di tangkap dan akan menerima hukuman. Khaleeda langsung tidak ambil peduli mengenai bapa mertuanya itu!

“Eda..”

Panggilan dari Hud itu mengejutkan Khaleeda dari lamunan. Hanya Hud dan Khaleeda sahaja di tanah perkuburan tersebut pada ketika itu.

“Hud tunggu dekat kereta ya?”

Khaleeda mengangguk lemah. Hud bangun lalu beredar membiarkan Khaleeda menyendiri di tanah perkuburan arwah suaminya. Khaleeda tidak dapat menahan sebak lalu terus menangis dan memeluk pusara suaminya.

Hud dengar tangisan Khaleeda. Dia mengambil kacamata hitam lalu pakai dan masuk ke dalam kereta.



                                                         **********************



Dayana termenung seketika. Dia dapat mesej pagi tadi dari Hud mengatakan bakal suaminya itu akan teman Khaleeda ke tanah perkuburan. Tipu kalau dia cakap dia tak cemburu.

Tiba-tiba handphonenya berdering.

“Hud?”

Dayana menjawab panggilan itu.

“Hello awak..”

“Hai, Yana. Busy ke?”

“Biasa je. Awak kat mane ni?”

“Masih kat tanah perkuburan. Tengah tunggu Eda. Dia masih dekat kubur suami dia.”

“Owh.”

“Dah makan ke?”

“Dah. Awak?”

“Belum. Tadi siap-siap terus jemput Eda kat rumah. Jap gi lepas hantar dia balik baru ingat nak balik rumah masak.”

“Kalau tak larat, beli je tapau makan kat rumah.”

“Itulah. Tengok macam mana nanti.”

“Eda ok ke?”

"Memang diam je dia. Sepatah tanya, sepatahlah jawab.”

Dayana diam kembali.

“Yana..”

“Hmm..”

“Yana ok ke ni?”

“Ok. Ok je.”

“Tak sihat ke?”

“Eh, Yana ok je la.”

“Yana, Eda dah on the way ke sini. Nanti Hud call balik ok?”

“Yelah.”

“Bye, sayang.”

“Bye.”

Panggilan dimatikan. Dayana mengeluh kecil.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 07:18 AM | Show all posts
Semasa di dalam perjalan pulang ke rumah sewa Khaleeda..

“Eda nak Hud singgah mana-mana kedai makan dulu ke?”

Khaleeda menggelengkan kepalanya.

“Hud hantar balik rumah terus erk?”

Khaleeda diam sambil memandang permandangan dari luar tingkap kereta. Dia berasa sangat berdosa pada suaminya. Tak sempat dia memohon ampun, Khairi telah pun meninggalkan dunia yang fana ini.

Sebaik sampai di depan rumah Khaleeda, dia terus membuka tali pinggang keledar.

“Eda.” Hud memegang lengan Khaleeda.

Khaleeda memandang Hud lalu meleraikan pengangan tangan Hud itu.

“Apa-apa call Hud tau.”

“Thanks for everything. Pasal Eda, Hud tak payah risau. Eda boleh jaga diri sendiri.” Khaleeda terus keluar dari kereta tanpa menoleh memandang ke arah Hud lagi.

Hud betul-betul simpati dengan nasib Khaleeda. Kadang-kadang dia hampir terlupa akan Dayana kerana terlalu fikirkan Khaleeda.



                                                  **********************



Fatma cuti pada hari tersebut. Dia sudah siap masak nasi lemak dan dihidangkan diatas meja makan. Dipandangnya jam di dinding.

“Sampai la jap gi tu.” Fatma bercakap sendirian lalu ke sinki membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakannya tadi.

“Assalammualaikum.”

“Kan dah cakap. Waalaikummussalam.” Jawab Fatma lalu berhenti membasuh pinggan dan berjalan menuju ke ruang tamu mendapatkan abangnya.

Hud rebah badannya di sofa bertentangan dengan tv itu. Dia kelihatan begitu penat sekali. Matanya dipejam rapat.

Fatma terus duduk di sebelah abangnya.

“Fatma dah masak. Kalau abang lapar boleh la gi makan.” Lembut Fatma berbicara sambil memegang tangan abangnya.

“Thank you.” Hud masih memejamkan matanya.

Fatma kesian melihat abangnya. Semenjak Khairi dimasukkan ke dalam wad sehinggalah sekarang, Hud begitu sibuk sekali berulang alik ke hospital sampai ke pengurusan jenazah. Tidur, makan tak tentu. Namun tak pernah Hud bersungut!

“Pergilah tidur dalam bilik, abang. Rehatkan diri dulu.”

Perlahan-lahan Hud membuka matanya lalu memandang Fatma. Hud mengusap kepala adiknya lalu tersenyum.

“Abang naik atas dulu erk.”

Fatma mengangguk. Hud bangun lalu masuk ke dalam bilik. Fatma ke dapur kembali mengemas dan membasuh apa yang patut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 07:22 AM | Show all posts
Khaleeda menangis sendirian di dalam bilik. Gambar Khairi masih lagi kuat digenggamnya.

“Abang… Eda rindu dekat abang..”

Khaleeda menatap wajah suaminya di gambar. Menangis sampai tiada lagi airmata yang mahu mengalir. Makan pun dah tak menentu. Kadang sehari suntuk dia tak makan, hanya minum sahaja. Hanya tidur ubat untuk dia melupakan apa yang berlaku ketika itu. Bila terjaga, dia mula ingat kembali apa yang berlaku dan dia akan menangis semula.

Khaleeda baringkan tubuhnya di atas katil sambil memeluk baju Khairi yang masih belum dia basuh itu. Bau-bauan badan Khairi masih tersemat di baju tersebut. Dikucupnya dan dipeluknya erat baju arwah.



                                                   **********************



Dayana sibuk masukkan nama tetamu hotel ke dalam sistem yang telah disediakan. Dia tak sedar dirinya ketika itu diperhatikan. Lelaki itu makin lama makin dekat mendekati Dayana di kaunter pendaftaran tersebut.

“Hai…”

Dayana memandang ke hadapan lalu terkejut.

“Zahrul? Hahaha.. hai!”

Zahrul membuka kaca mata hitamnya.

“Keje kat sini rupanya..”

“Ye. Datang sorang ke?”

“Tak. Tuuu..”

Zahrul memuncungkan mulutnya ke sofa di tengah lobi. Seorang nenek tua duduk di atas kerusi roda sambil tersenyum ke arah mereka.

“Owh..”

Dayana terus memberitahu Lydia, rakan setugas bahawa dia nak ke depan berjumpa dengan nenek tersebut. Dayana tersenyum sambil berjalan ke arah nenek sambil diekori Zahrul.

“Assalammualaikum nek..” Dayana mengucup tangan kanan wanita tua itu.

“Waalaikummussalam.” Kepala Dayana disentuh.

“Kawan sekolah Arul.” Zahrul jelaskan pada neneknya.

Dayana dan nenek itu berbalas senyum.

“Eh, belum booking bilik lagi kan?”

“Belum.”

“Bagi kad pengenalan pada Yana. Yana uruskan.”

Zahrul keluarkan kad pengenalannya dari dompet lalu terus beri pada Dayana.

“Berapa malam?”

“3 hari 2 malam.”

“Ok. Jap Yana uruskan dulu. Nanti Yana bagi kunci erk.” Dayana sempat senyum pada nenek itu dan terus ke kaunter pendaftaran.

Zahrul duduk di sebelah neneknya sambil mata mereka berdua memandang Dayana dengan kusyuk sekali.

“Nampak macam baik perempuan tu.”

“Memang baik pun.” Jawab Zahrul sambil bertentangan mata dengan neneknya.

Nenek itu mengusap lengan Zahrul.

“Tapi dah berpunya.” Jawab Zahrul agak sedikit kecewa.

Nenek menepuk lemah bahu cucu kesayangannya itu manakala Zahrul kembali memandang Dayana.

Zahrul memang dari kecil di asuh dan dijaga oleh neneknya. Satu-satunya cucu tunggal. Kedua-dua orang tua Zahrul telah lama bercerai dan masing-masing tak nak menjaga Zahrul. Nenek Zahrul sendiri yang membuat keputusan menjaga Zahrul. Dan Zahrul ada juga mencari kedua-dua orang tuanya namun masih belum berjaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 07:26 AM | Show all posts
Jam menunjukkan hampir pukul 2.30 petang. Hud masih belum keluar dari biliknya. Fatma berasa tidak sedap hati lalu dia bangun dari sofa dan menuju ke bilik abangnya.

“Abang…” panggil Fatma sambil mengetuk pintu bilik.

Diam.

“Abang..”

Masih diam. Fatma cuba memulas tombol pintu. Tak berkunci! Fatma terus membuka pintu dan kelihatan Hud masih terbaring di atas katil.

“Abang..” panggil Fatma sambil berjalan kearah abangnya.

Fatma kejutkan Hud dengan cara menggoncang bahu abangnya itu. Dah mula rasa sedikit bahang panas. Hud terjaga namun hanya matanya sahaja yang kelihatan bergerak. Sebaik sahaja Fatma hendak bangun, tangannya tersentuh tangan abangnya. Memang panas!

“Panas?”

Fatma memegang dahi abangnya.

“ Ya Allah.. abang demam ni.”

Fatma nak bangun tetapi cepat Hud capai tangan adiknya.

“Nak ke mana?” lemah Hud bersuara.

“Nak ambil kain basah lap abang.”

“Tak payah. Abang ok je. Cuma ambilkan abang air suam. Dahaga sangat rasa..”

Fatma mengangguk.

“Yelah.”

Fatma berlalu pergi ke dapur. Mengambil sebesen air, tuala dan segelas air. Kemudian dia kembali ke bilik abangnya.

Hud bangun lalu bersandar di kepala katil. Matanya dah kemerahan menahan panas badan.

“Nah.” Fatma menghulurkan segelas air pada abangnya.

Kemudian Fatma membuka baju abangnya lalu mengambil tuala basah itu dan terus mengelap badan abangnya.

“Jap, abang.”

Fatma membuka laci lalu mengambil Panadol.

“Nah.”

Fatma menghulurkan dua biji Panadol. Hud hanya akur lalu makan. Fatma kembali mengelap badan abangnya yang panas itu.

“Abang letih sangat ni. Abang rehat ok? Nanti Fatma bawakan makanan masuk dalam bilik abang.”

“Abang ok la.. nanti abang keluar makan sendiri.”

“Jangan la macam ni, abang. Abang kena banyak berehat.”

Hud memegang tangan Fatma supaya berhenti mengelap badannya.

“Abang sayangkan Fatma tak?”

Hud terus memandang adiknya.

“Mestilah sayang.”

“Dah sayang dengar cakap Fatma. Abang kena rehat tau!”

“Yelahhh..” Hud cuba bangun.

“Adoi.. abang nak ke mana pulak?”

“Abang nak mandi. Nak tunggu Fatma lap sampai esok tak sejuk.” Sempat lagi Hud kenakan adiknya.

“Hamboi..”

Fatma cubit lengan abangnya.

“Awww..” Hud gelak lalu mengambil tuala mandi.

Fatma memandang abangnya sehingga abangnya itu masuk ke dalam bilik air.

“Sian, abang.. Ya Allah, lindungilah abangku..” bisik hati Fatma.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 07:31 AM | Show all posts
Zahrul sengaja memunculkan dirinya pada Dayana yang ketika itu tengah bersiap untuk bertukar shift dengan rakan setugas yang lain.

“Hai..” teguran Zahrul mengejutkan Dayana.

“Eh, hai..” Dayana zipkan handbegnya lalu sama-sama berjalan dengan Zahrul ke ruang tamu lobi.

“Dah nak balik ke?”

“A’ah. Tukar shift.”

“Owh..” Zahrul sedikit kecewa.

“Nenek mane?”

“Rehat dalam bilik. Eh,  thanks tau sebab uruskan semuanya tadi.”

“Kicik punya hal la.”

Zahrul tersenyum memandang Dayana menyebabkan Dayana kurang selesa.

“Best jugak erk rehat-rehat di sini. Sebenarnya saya saja-saja bawa nenek bercuti di sini.Dah lama tak luang masa dengan dia.”

Dayana hanya diam mendengar dan tersenyum.

“Yana masih cantik macam dulu.” terus Zahrul tukar topik.

“Erm.. Rasanya Yana dah lambat. Yana balik dulu la erk.” Dayana malas nak layan.

“Cepatlah pulak. Yelah, Ok.”

Dayana sempat berbalas senyuman dengan Zahrul sebelum berlalu pergi dari situ. Zahrul kemudian sempat bersiul memandang gadis housekeeping yang agak comel sedang mop lantai di lobi.

Dayana tersenyum sendiri. Dia dengar siulan Zahrul itu. Ya, dia kenal Zahrul. Zahrul memang baik, tetapi nakal mengusik gadis comel masih kekal sehingga kini!



                                                       **********************



Hanya dua mulut nasi sahaja dapat Hud jamah. Dia betul-betul rasa lemah. Mungkin betul kata Fatma, dia perlukan rehat ketika itu.

Fatma mengambil tuala kecil lalu lap mulut abangnya yang ada beberapa butir nasi.

“Makan comot macam baby. Sampai nak kena lap!” Fatma ketawa kecil lalu duduk sebelah abangnya.

Hud pun turut ketawa sambil menyandar badannya di kerusi kayu itu.

“Sian abang..”

“Ambil handphone abang jap. Abang nak call kak Eda kamu.”

“Kak Eda? Kak Yana tak nak call?” tanya Fatma sambil berjalan masuk ke dalam bilik abangnya mengambil handphone.

“Kak Yana kamu wanita hebat. Dia pandai jaga diri.”

Hud mengambil handphone dari tangan Fatma.

“Jangan macam tu, abang. Walaupun dia tak kisah di luar, di dalam hati Tuhan aje yang tau apa dia rasa.” Fatma bisik di telinga abangnya lalu terus berjalan ke ruang tamu.

Hud terdiam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 07:37 AM | Show all posts
Dayana menghidupkan enjin kereta. Wajah Hud bermain di kotak fikirannya ketika itu. Sesekali muncul wajah Khaleeda menyebabkan dirinya tercabar!

“Macam mana kalau Hud pilih…”

Tiba-tiba handphonenya berdering mengejutkan dirinya dari lamunan. Dayana pandang pada skrin tersebut dan muncul nama Hud. Rasa sebak pun ada. Betapa rindunya dia pada lelaki itu!

“Hello..”

“Hello, sayang..”

Panggilan sayang membuatkan Dayana terus sebak dan nangis. Dia tahan dari di dengar Hud suara tangisnya itu.

“Sayang..”

“Hmm..”

“Sayang ok ke ni?”

“Hmm.. ok,ok!”

“Sayang tak sihat ke?”

“Eh, ok je la!” Dayana mengesat airmatanya. Sedaya upaya dia cuba mengawal suaranya.

“Sayang jangan buat Hud risau tau.”

“Saya ok. Hud dah makan ke?”

“Baru lepas makan.”

“Akakkkkkkkkkk.. abang Hud demammmmm!!!” jerit Fatma dari belakang.

Hud tunjuk tanda isyarat penumbuk pada adiknya. Fatma terus ketawa.

“Awak.. awak demam??” Dayana terus risau.

“Eh, Fatma tu saje je.”

“Awak jangan tipu saya!”

Hud diam.

“Awak demam awak tak bagi tahu saya pun kan?”

“Alaaa demam biasa je.”

“Sampai hati awak.”

“Adoi.. benda kecik je. Dah makan Panadol dah pun. Jap gi ok la ni.”

Dayana diam merajuk.

“Yana..”

Dayana masih diam.

“Sayang, jangan lah macam ni.”

Dayana betul-betul kecil hati.

“Yana, awak tunggu sana. Saya siap terus jumpa awak.”

“Awak! Awak!”

Hud yang bangun terus duduk kembali. Dia betul-betul serius nak bersiap dan nak jumpa Dayana di Cameron.

Masing-masing mendiamkan diri buat seketika. Hud dengar tangis Dayana yang berselang seli dengan lagu di yang dipasang di dalam kereta. Hud berasa bersalah. Dia tidak memahami perasaan Dayana.

“Saya minta maaf ya, sayang..”

“Kenapa pula Hud nak minta maaf?” Dayana mengesat airmatanya.

“Hud banyak habiskan masa dengan Eda berbanding Yana semenjak dua menjak ni.”

“Tak pe, Yana faham.”

“Nanti saya pegi sana erk jumpa sayang.”

“Tak pe. Hud settle dulu apa yang patut.”

Hud bertambah bersalah. Dayana cukup memahami dan menjaga hatinya.

“Yana, awak baik sangat. Terima kasih kerana memahami keadaan saya ketika ini.”

“Saya cuba buat yang terbaik untuk kita.”

“Saya sayang awak!”

“Saya pun..” terus terdengar suara tangis Dayana. Dia sudah tidak dapat menahan sebaknya lagi.

“Janganlah nangis.. awak tahu kan saya tak boleh dengar awak nangis, Yana.”

Dayana mengesat airmatanya.

“Awak jaga diri tau.”

“Ye. Awak pun.”

“Nanti saya call lagi erk.”

“Ok.”

“Bye, sayang.”

“Bye..”

Hud mematikan talian. Dayana terus bergerak pulang ke rumah.



                                                      **********************



Hud terus memandang adiknya dengan perasaan dendam.

“Ape?!” Fatma tersengih.

“Sengaja cari pasal erk?”

“Hahaha.. betul ape? Ingat abang oiiii.. bermanja biar kena pada orangnya!”

“Tahu.”

“Tahu la sangat! Sikit-skit kak Eda.. sikit-sikit Kak Eda.. Alahaiiii, kalau saya jadi kak Yana pun mau gaduh bertumbuk agaknya dengan abang.”

“Eh, masalahnya awak tu Fatma. Bukannya Yana.”

“Memey lerrrr.. tapi abang tu cuba la belajar memahami perasaan orang yang sayangkan kita. Nanti terlepas kat orang lain, menyesal tak sudah kang!”

“Hamboi mulutttt! Rasanya senduk nasi ni dah lama tak masuk dalam mulut orang.”

“Hahahaha tu dah baik demam la tu erk nak menyenduk orang?”

Hud bangun sambil membawa senduk nasi lalu berjalan laju ke arah adiknya. Fatma takkan nak tunggu serah diri pulak kan, dah tentu dia pun lari menyelamatkan diri.

“Hahaha kejar lah kalau dapat! Werrrkkkk!!!”

“Yang lari nape? Meh la kalau bran!”

Tok! Tok! Tok!

Hud dan Fatma diam. Mereka saling berbalas pandangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 09:38 AM | Show all posts
Khaleeda cuba kuatkan semangat. Membina semangat sendirian. Dia yang baru lepas mandi itu, berjalan ke ruang tamu. Handphone sengaja di off kan.

Dengan mata yang lebam kesan dari hari-hari menangis, akhirnya dia membuka tv lalu menonton drama yang sedia ada. Wajah Khairi sesekali berselang seli dengan wajah Hud bermain di fikirannya.



                                                        **********************



Husin duduk bertentangan dengan Hud. Dia datang bersendirian. Fatma menghidangkan dua cawan air teh di meja kecil hadapan mereka berdua. Hud masih diam tunggu Husin memulakan perbualan.

“Dengar khabar, abang tak sihat.”

Hud terus memandang adiknya.

“Hihi.. Fatma watsup Husin tengah hari tadi.” Fatma sekali lagi mencabar kesabaran abangnya.

Hud menggelengkan kepala.

“Adoi la.. demam biasa je pun. Habih di kecohnye!” tajam Hud memandang adiknya.

“Jangan lah mareeee”

“Abang..” panggil Husin dengan nada serius.

Hud memandang bakal adik iparnya itu.

“Saya dah bincang dengan keluarga saya. Insyaallah kalau tiada apa-apa halangan, rombongan masuk meminang Fatma akan sampai ke rumah abang ni dua minggu dari sekarang.” Ujar Husin tanpa ragu-ragu.

Hud diam sebentar. Matanya masih bertentangan dengan mata Husin. Memang berat dia hendak lepaskan satu-satunya adik yang dia ada. Namun, demi kebaikan bersama dia harus akur dengan jalan yang telah ditentukan.




                                                          **********************



Khaleeda ke bandar Kuala Lumpur bersendirian dengan fikiran yang kosong. Dia naik teksi lalu turun di KLCC. Buang masa bersendirian dengan mencuci mata di kedai baju, di kedai makan. Sehinggalah sampai lewat malam dia di situ menonton wayang seorang diri.

Kebetulan Hud ke KLCC pada malam itu kerana mengambil dokumen dari rakan setugas sambil makan-makan di situ. Dia pun seharian tidak hubungi Khaleeda. Dia rasa biarlah Khaleeda tenangkan diri disamping dia menjaga hati Dayana.

Dalam tengah sibuk berbual di food court, dia ternampak Khaleeda berjalan seorang diri menuju ke eskelator bawah.

“Eda?”

“Oii.. Eda mana plak?” tanya Fakrul yang pelik tiba-tiba Hud sebut nama perempuan.

“Tu.. kawan satu ofis aku.”

“So?”

“Aku rasa aku gerak dulu la. Fail ni aku pinjam dulu erk. Nanti aku pulangkan.”

“Yelah.”

“Thanks.”

Hud terus jabat tangan dengan Fakrul dan terus berlari anak ke arah Khaleeda. Makin dekat dan makin dekat sehingga dia terus memaut lengan Khaleeda. Khaleeda terkejut dan mereka bertentangan mata.

“Eda buat apa sorang-sorang kat sini?”

Khaleeda diam dan kelihatan nafasnya turun naik seperti menahan marah.

“Jangan ganggu Eda.” Khaleeda serius dengan matanya yang masih lebam itu.

Khaleeda hendak berlalu pergi tetapi masih di halang Hud.

“Bahaya kalau Eda jalan sorang-sorang macam ni. Dah la lewat malam!”

“Kau sape hah nak halang aku itu ini?!” Khaleeda menolak bahu Hud dengan suara yang bole orang tingkat atas dengar.

Orang ramai yang lalu lalang mula memerhati gelagat mereka berdua.

“Ikut Hud balik!” Hud menarik lengan Khaleeda.

“Ishhh!! Boleh tak jangan ganggu aku? Aku bukannya adik kau, kakak kau, bini kau pun kan?!!” jerit Khaleeda.

Hud menahan geram. Orang ramai mula berkumpul melihat apa yang akan berlaku seterusnya.

“Ok, fine!” Hud terus pusingkan tubuhnya ke belakang dan terus beredar dari situ meninggalkan Khaleeda sendirian.

Khaleeda pun terus berpaling dan berjalan dan terus berjalan sendirian membawa diri yang masih dalam keadaan sedih itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-11-2015 09:43 AM | Show all posts
Khaleeda duduk diperhentian bas. Dia menangis. Cuaca pada malam yang gelap itu kurang baik. Guruh mula kedengaran dan kemungkinan hujan akan turun tidak lama lagi.

Bas bersilih ganti. Namun yang menuju ke rumahnya masih belum muncul. Airmata sengaja di biarkan mengalir. Kadang-kadang rasa mahu terbang jauh tinggalkan bumi. Sementara melihat bas datang, tiba-tiba muncul motor Hud lalu berhenti di perhentian itu. Khaleeda bangun dan hendak lari dari situ.

“Eda! Eda!!!” jerit Hud sambil kejar Khaleeda.

“Jangan ganggu aku la!”

Hud berjaya tahan Khaleeda.

“Jom Hud hantar Eda balik.”

“Aku tau jaga diri aku. Aku bukan budak-budak lagi la!”

“Kau kawan aku, Eda.”

Khaleeda gelengkan kepalanya lalu terus berjalan dan meninggalkan Hud.

“Degil betul perempuan ni.” Hud terus naik motor dan tinggalkan Khaleeda bersendirian. Dah degil, nak kata apa lagi kan? Lantaklah.

Khaleeda memandang Hud berlalu pergi meninggalkan dirinya sendirian. Dia menangis.

“Aku tak nak susahkan hidup kau lagi, Hud..”

Khaleeda berjalan sendirian menuju jalan pulang ke rumah. Kalau ada teksi, dia tahan. Kalau tak ada teksi, naik bas. Tak ada bas, dia teruskan berjalan sehingga sampai ke rumah. Dia seperti orang hilang kewarasan.
Hud bukan sekejam itu. Dia tetap ikut Khaleeda dari belakang sehinggalah Khaleeda selamat sampai di rumah. Sebaik Khaleeda masuk ke dalam rumah, baru dia berasa lega dan terus pulang ke rumahnya. Nasib baik ada teksi yang sudi bawa Khaleeda pulang pada malam itu!

Sesampai sahaja Hud di rumah, dia terus masuk ke dalam biliknya. Fatma yang masih belum tidur hairan dengan perangai abangnya. Selalunya Hud akan duduk rehat di ruang tamu dahulu.

Hud tutup pintu lalu merebahkan badannya di atas katil. Letih tak payah cakap la kan? Nak buat yang terbaik perlu banyak yang harus dikorbankan.

Dia tengok handphone. Tiada call atau mesej dari Dayana. Kadang-kadang dia terfikir, adakah Dayana betul serius dengan dirinya ataupun tidak?

“Hmm..”

Hud mengambil bantal lalu terus menerkup muka.



                                                                **********************



Dayana masih belum boleh tidur. Nak hubungi Hud risau ganggu pulak nanti. Padahal rindu tu tak payah cakap la! Kalau boleh terbang ke Kuala Lumpur, nak aje dia terus sampai ke rumah Hud.

Siaran tv pun dah tak menarik. Nak tidur tak mengantuk pulak. Mak dan ayah dah lama tidur tinggal dia sendirian di ruang tamu itu.

Brip! Brip!

Dayana terus memandang handphonenya. Dia terus tersenyum kerana Hud sedang hubunginya ketika itu. Tunggu apa lagi?

“Hello..”

“Hai Yana. Dah tidur ke?”

“Belum.”

“Laaa nape belum tidur?” Hud yang tadi baring terus bangun dan duduk di kepala katil. Tak jadi tidur!

Dayana diam malu hendak bagi tahu dia rindukan Hud ketika itu.

“Rindu saya erk?” Hud mula menyakat Dayana.

Dayana tersipu malu.

“Kalau rindu cakap la. Sebab… saya pun rindukan awak.”

Bertambah malu la Dayana ketika itu.

“Awak sabar ya, Yana. Insyaallah tak lama lagi kita akan dijodohkan untuk hidup bersama.”

“Saya sentiasa akan bersama dengan awak.”

“Thank you, sayang..”

Mereka berdua berbual agak lama jugak la pada malam itu. Saling bertukar cerita antara satu sama lain. Melepaskan rindu!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 09:46 AM | Show all posts
Hari isnin, hari bekerja.

Di pejabat.

Hud meletakkan helmetnya di dalam laci rak belakang tempat duduknya. Sambil membuka jacket kulit, dia terpandang Khaleeda sedang menyelak beberapa fail di hadapan meja.

Khaleeda seperti manusia biasa ketika itu. Seolah tiada masalah yang berlaku pada dirinya. Sambil memakai tali leher, Hud berjalan ke arah Khaleeda.

“Assalammualaikum.”

Khaleeda memandang Hud yang berdiri di hadapannya.

“Waalaikummussalam.” Khaleeda tersenyum seketika apabila terpandang wajah Hud. Kemudian dia kembali menyemak fail tersebut.

“Ada meeting ke pagi ni?”

“Tak ada. Tapi Dato Farid minta aku carikan surat dari Syarikat Sinar Harapan mengenai tender tiga minggu yang lepas.”

Hud tersenyum.

“Ada dekat aku. Jap aku pergi ambil.”

“Hah? Macam mana boleh ada dekat kau?”

Khaleeda mengikut Hud dari belakang ke tempat Hud.

“Minggu lepas aku ada bincang dengan Dato Farid bab ni dah.”

“Owh yeke?”

Hud menghulurkan surat itu pada Khaleeda. Mereka sama-sama melihat surat tersebut. Hud sesekali terbau minyak wangi Khaleeda yang cukup mengharumkan itu.

“Minyak wangi baru erk?”

Khaleeda tersenyum sambil mengangguk. Kemudian dia berjalan kembali ke tempat duduknya.

“Wangi!” sempat Hud puji lalu mengambil wallet dan kembali ke tempat duduk Khaleeda.

Khaleeda memandang Hud yang dari tadi asyik ganggunya dari buat kerja.

“Jom, makan.” Ajak Hud.

“Aku dah makan. Kat rumah pagi tadi.”

“Alaaa.. yeke?”

Hud cuba menggembirakan hati Khaleeda. Dia nak Khaleeda seperti yang dulu.

“Kalau macam tu, aku gerak dulu la.”

“Ok.”

Hud terus berlalu pergi ke kantin berdekatan. Khaleeda memandang Hud sehingga hilang dari pandangan matanya. Bila dia bersendirian, dia akan teringat akan arwah suaminya. Namun semangat Khaleeda makin lama makin baik kerana dia cuba melawan perasaan dengan tabah. Lagipun sebelum ini dia telah menempuh dugaan yang sama. Jadi, dia cuba mengambil balik semangat yang dulu untuk mengharungi cabaran yang mendatang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 09:53 AM | Show all posts
insyaallah settlekan ari ni gak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2015 10:00 AM | Show all posts
Hari berganti hari..

Empat bulan kemudian. Dalam masa empat bulan ni, dah macam-macam yang berlaku. Dalam diam!

Akhirnya Hud mengambil keputusan untuk berkahwin serentak bersama adiknya, Fatma. Kenduri dibuat sekali di dewan hotel. Ramai tetamu yang datang memeriahkan hari bahagia mereka termasuk Khaleeda.

Khaleeda datang bersendirian. Sambil membawa hadiah lalu di letak di atas meja yang penuh dengan hadiah untuk pengantin tersebut. Kemudian dia mengambil tempat duduk sambil memandang pengantin sedang bersanding di atas pentas. Dia tersenyum sendirian. Dia memang tak makan. Hanya datang semata-mata untuk tengok Hud bersanding. Tipu kalau dia tak cemburu! Ya, Khaleeda sekarang bukan macam Khaleeda yang dulu.

Khaleeda bangun lalu berjalan ke pentas utama. Hud perasan. Khaleeda berhenti lalu mula tersenyum pada Hud.

“Tahniah.”

“Terima kasih.”

Khaleeda memandang Dayana lalu bersalaman. Semasa berlaga pipi, Khaleeda sempat berbisik.

“Tahniah. Tapi ini baru permulaan.”

Dayana terdiam. Apa maksud Khaleeda? Khaleeda tersenyum.

“Tak boleh la kacau Hud malam ni.” Khaleeda pandang Hud.

Dayana mula berasa ada sesuatu yang tidak kena pada Khaleeda. Namun dia cuba bersangka baik. Mungkin Khaleeda tidak bermaksud yang bukan-bukan. Khaleeda memandang Dayana kembali.

“Jangan la risau. Eda main-main je. Hud ni dah macam adik-beradik dengan Eda dah. Kan Hud?” Khaleeda jeling memandang Hud.

“Ya. Betul tu.” Hud memegang tangan Dayana.

Khaleeda jeling memandang tangan Hud yang erat memegang tangan Dayana. Geram rasa! Seperti mahu sentap tangan Hud dan tolak Dayana! Dia kembali senyum.

“Selamat pengantin baru. Jumpa lagi nanti.”

“Ok. Terima kasih sudi datang.”

“Sama-sama. Demi Hud.. dan demi isteri Hud yang tercinta..”

Khaleeda sempat senyum pada Dayana sebelum beredar dari situ. Khaleeda berjalan dan terus berjalan menuju ke keretanya.

Sebaik masuk ke dalam kereta, stereng dihempuk dengan kuat!

“Arghhhhhh!!!!”

Semua orang yang dia sayang telah pergi meninggalkan dirinya. Termasuk Hud yang telah dimiliki oleh Dayana.

“kenapa semua orang harus biarkan aku sendirian??? Teruk sangat ke aku ni hah?!”

Brip! Brip!

Panggilan dari Dato Maarof, majikannya sendiri. Dia menjadi kekasih gelap kepada Dato Maarof hampir sebulan. Semua ini tanpa pengetahuan Hud. Bermula dari hutang yang perlu dilangsaikan, dia perlukan pertolongan. Dengan pertolongan Dato ini perlulah dibalas, bukannya percuma. Khaleeda terpaksa! Terpaksa demi menyelamatkan dirinya. Hutang bekas bapa mertuanya yang membuatnya dirinya terpaksa gadaikan maruah kepada Dato miang tersebut.

Selain itu, Dato tersebut berjanji akan mengambilnya sebagai isteri. Dia berharap, tetapi janji itu seperti hanya tinggal janji. Tetapi yang bagusnya, setiap kali dia melayan Dato tersebut dia akan diberi wang yang cukup lumayan. Namun perasaan gembiranya itu hanyalah seketika. Jiwanya tetap tak tenang. Kadang-kadang dia dapat rasa isteri kepada Dato tersebut seperti menghantar orang untuk mengekorinya.

“Hello.” Khaleeda jawab panggilan itu.

“U call isteri I ke tadi?”

Sebelum sampai ke dewan tadi, Khaleeda ada hubungi isteri Dato Maarof. Sengaja dia kacau hidup Datin Maria. Siap dia hantar voicemail bunyi-bunyian antara dia dengan Dato Maarof semalam di hotel.

“Ya.”

“How could u?”

“U janji nak kahwin dengan I.”

“Hei, boleh bersabar tak?!”

“Sabar sampai bila?”

“U tunggu dekat rumah. I on the way ke sana now!”

Panggilan dimatikan. Khaleeda mengetap bibir menahan geram. Dia juga tidak boleh tengok orang lain bahagia terutama Hud!

Pada mulanya Khaleeda boleh terima nasib yang menimpa dirinya, tetapi semenjak muncul along dan bisikan-bisikan syaitan, Khaleeda seperti tidak waras adakalanya. Kadang-kadang terpaksa makan ubat untuk mengurangkan sakit yang ditanggungnya.

Khaleeda juga telah dirujuk ke pakar sakit jiwa baru-baru ini oleh Hud. Itupun setelah dipujuk berkali-kali oleh Hud. Semuanya kerana suatu hari Khaleeda seperti bercakap sendirian di pejabat. Hud berasa mula ada sesuatu yang tidak kena pada Khaleeda. Gelak, menangis dan pernah cuba hendak membunuh diri di pantry. Hud sentiasa bantu Khaleeda jika diperlukan. Sesiapa pun tidak tahu sakit yang ditanggung Khaleeda kecuali Hud.

Setiap kali Khaleeda akan cuba yakinkan Hud bahawa dia tidak sakit. Cuma kadang-kadang tertekan menyebabkan dia bertindak diluar batasan. Dia tak mahu Hud jauhkan diri darinya! Dia tak mahu lagi rasa kehilangan.

Perkahwinan Hud bersama dengan Dayana bukan semudah itu sebenarnya. Berlaku pergaduhan antara Hud dengan Khaleeda pada malam sebelum akad nikah itu. Khaleeda merayu agar Hud tidak berkahwin dengan Dayana. Dia siap fitnah Dayana bukan perempuan yang baik. Hud pujuk dan terus pujuk Khaleeda dan membawa Khaleeda berjumpa dengan pakar.

Nasib baik pada majlis bersanding tadi Khaleeda tidak buat perangai luar jangkaan dia itu. Hud takut juga tetapi dia berdoa agar semuanya dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.072784 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list