CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4036|Reply: 11

Akademi Shaolin Soccer Dibuka Di China!

[Copy link]
Post time 13-11-2015 03:11 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



sumber foto : http://ecx.images-amazon.com/





Kebanyakkan kita pasti pernah menonton filem lakonan Stephen Chow iaitu Shaolin Soccer.




Selain kagum dengan aksi Kung Fu sambil bermain bola yang ditunjukkan, ramai juga teruja dengan semangat berjuang yang digarapkan dalam setiap watak filem tersebut.




Filem tersebut bukan sahaja mendapat sambutan dan kutipan yang amat menakjubkan di seluruh dunia malah sekaligus melonjakkan nama stephen Chow daripada seorang pelakon menjadi pengarah filem yang kreatif.





sumber foto : http://cdn1-a.production.liputan6.static6.com/




Filem tersebut berjaya menggabungkan kedua-dua elemen iaitu Kung Fu dan bolasepak yang menjadi kegemaran kebanyakan orang di dunia ini.



Memang tidak disangka-sangkakan, idea yang diinspirasikan oleh Stephen chow itu telah direalisasikan oleh kerajaan China.





sumber foto : http://cdn.cctv-america.com/



Sebuah Akademi Shaolin Soccer telah dibuka oleh Sekolah Seni Mempertahankan Diri Shaolin Tagou di daerah Henan pada 10 November lalu.




Akademi yang menggabungkan permainan bola sepak dengan Kung Fu itu hanya menerima sekitar 100 orang pelajar dalam lingkungan umur 10 hingga 12 tahun.





sumber foto : http://cdn.cctv-america.com/



Pelajar yang dipilih akan didedahkan dengan kemahiran bola sepak dan seni Kung Fu yang membabitkan elemen-elemen seperti fleksibiliti, stamina, keseimbangan, dan meditasi.




South China morning post melaporkan selain mempromosikan seni mempertahankan diri Kung Fu, matlamat utama penubuhan akdemi berkenaan diharap mampu membantu meningkatkan kualiti bola sepak di China. - CARI Infonet






sumber info : www.astroawani.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2015 04:57 PM | Show all posts
FAM patut hantar player gi sini. untuk 5 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 05:18 PM | Show all posts
Menarik dari pilem jadi reality
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2015 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah.....please....antar tim M'sia berlatih kt sana.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2015 11:25 AM | Show all posts
mcm mane laa gayenye main world cup guna kung fu...hahaha...mau naik kad sesaje..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2015 11:34 AM | Show all posts
mungkin boleh mengalahkan Samba Brazil.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2015 11:40 AM | Show all posts
wahhhhh
cam best je..

p/s: rimau mulaya sila p training sana... ka nk bt silat soccer?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2015 12:07 PM | Show all posts
menarik dan tertarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2015 12:01 PM | Show all posts
realiti dh skg.. ingatkan dlm filem je.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 01:46 PM | Show all posts
malaysia kena buat silat bolosepak la lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 04:10 PM | Show all posts
fuyoooooohhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 09:02 AM | Show all posts
aku malas nak komen lain..cume nak komen..

kesian diorang kene berlatih bawah jerebu yang teruk tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.361784 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list