View: 1508|Reply: 1
|
Tahap Emosi Kamu Cerdas Atau Tidak?
[Copy link]
|
|
Emosi boleh dikenal pasti sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.
Perubahan pada emosi ini akan mempengaruhi komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkahlaku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu.
Apakah tanda-tanda perubahan emosi?
Tanda-tanda atau perubahan emosi seseorang itu boleh dilihat jika seseorang itu mudah marah jika bertanya perkara yang remeh temeh, mudah terasa hati jika ditegur, cepat down apabila ditimpa masalah, terlalu memandang sesuatu yang kecil menjadi perkara yang rumit dan bercakap sesuka hati tanpa memikirkan emosi atau perasaan orang lain.
PERLU TAHU!
Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Manakala individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus perasaan negatif serta kurang mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang lain.
KESAN-KESAN PERUBAHAN EMOSI
1)Menahan marah
2)Memendam rasa
3)Amalan kepada sikap negatif dan menyimpan sesuatu
4)Tekanan yang melampau di dalam hati
5)Ketegangan emosi
6)Minda yang tidak bertolak ansur
7)Kekesalan yang melampau
8)Mudah menyesal
9) Mudah merungut perkara remeh temeh
10)Tidak boleh memikirkan penyelesaian dengan bijak
BAGAIMANA MAHU MEMBENTUK EMOSI YANG BAIK?
1)Sentiasa berdampingan dengan orang-orang positif
2) Jangan tunggu sehingga sesuatu perkara menjadi teruk
3) Fikir sebelum bercakap
4) Tarik nafas panjang-panjang
5) Belajar untuk menerima kekurangan orang lain
6) Belajar untuk menjaga air muka, contohnya berfikir positif dengan berkata “ saya tahu awak baik
7) Jangan bertekak atau suka bercakap mempertahankan diri
8) Jangan cakap apa yang anda rasai, tetapi sebaliknya berfikir apa yang bakal terjadi
9) Jangan menyalahkan orang lain atau membuat orang berasa bersalah.
10) Elakkan bercakap dalam tempoh yang terlalu lama
UNTUK KAKI INTERNET
Tarik nafas dan tundalah sejenak sebelum membalas e-mail, sms atau tweet di Twitter yang mengganggu anda. Tariklah nafas dan lakukan semua urusan tersebut sesudah anda tenang. Jangan terburu-buru menekan butang ‘hantar’ di saat anda emosi untuk mengelakkan perkataan yang menguris hati.
Fakta emosi:
Istilah emosi menurut Daniel Goleman (1995), seorang pakar kecerdasan emosional, yang diambil dari Oxford English Dictionary memakna emosi sebagai setiap kegiatan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu, setiap keadaan mental yang hebat dan meluap-luap.
Smith ( 1995) mendefinisikan kematangan emosi menghubungkan dengan karakter orang yang bekeperibadian matang.
Menurut pandangan Skinner ( 1977), kematangan emosi melibatkan mengawal emosi yang bererti seseorang mampu memelihara perasaannya, dapat mengawal emosi, tidak membalas dendam, tidak dapat mengubat moodnya dan tidak mudah berubah pendirian.
remaja
Share on facebookShare on twitterShare on print
|
|
|
|
|
|
|
|
emosi aku bercelaru sejak akhir2 ni..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|