CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2971|Reply: 3

Si Dia 'Kaki' Vape? 5 Rawatan Ini Untuk Hentikannya

[Copy link]
Post time 17-11-2015 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Trend menghisap vape semakin popular dan dikatakan penggunaannya lebih sihat dan menjimatkan.

Namun, yang tidak sihatnya apabila mereka menghisap di tempat-tempat yang mengganggu ketenangan orang lain. Baunya memanglah sangat enak dihidu tetapi hembusan asap ini diihat tidak sensitif dan tidak menghormati orang di sekeliling.




Bagaimana nak rawat si dia taksub dengan vape?

1) Tetapkan kawasan yang boleh hisap vape. Contohnya, dalam tandas rumah sahaja. Di tempat awam, dalam kereta dan tempat lain tidak dibenarkan.

2) Tukarkan perisa vape seperti epal, bandung, vanilla dan sebagainya kepada buah atau air yang asal. Perisa epal ditukarkan kepada buah epal. Kan kenyang kalau dinikmati bersama. Secara tidak langsung boleh menjaga kesihatan.

3) Ingatkan dia bahawa hisap vape boleh mempengaruhi anak-anak kecil. Kan, dah tunjuk perangai yang tak elok di situ.

4)  Pembaziran. Buat kira-kira untuk si dia dan tampal pada dahinya agar ingat selalu dah berapa jumlah wang sudah dibazirkannya.

5) Tukarkan vape kepada air jus. Beli botol yang sama seperti vape dan hisaplah sepuasnya. Bezanya, tiada asap.

Bukanlah nak menentang mereka yang menghisap vape ini. Tip di atas ini boleh digunakan jika si dia dah ketagih tahap tak boleh diselamatkan.  Si 'kaki' rokok juga harus amalkan tip yang sama.

Kalau tak jadi kesemua tip tersebut, suruh sahaja si dia pinang, kahwin dan tinggal terus dengan vape tersebut. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2015 05:12 PM | Show all posts
Bunuh jer terus...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2015 02:47 PM | Show all posts
Nak perli le tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.039613 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list