Edited by d_dalia at 19-11-2015 03:03 AM
EDLIN AF2 TERTEKAN DITANYA SOAL JODOH
Penyanyi Edlin yang dilahirkan menerusi program Akademi Fantasia musim kedua (AF2) dilihat sering memuat turun gambarnya bersama kekasih dilaman instagramnya. Wanita kecil molek ini mengakui telah menjalinkan hubungan dengan jejaka tersebut setahun yang lalu.
Memandangkan usianya yang sudah mencecah 32 tahun, terdetik di hatinya untuk menamatkan zaman solonya tetapi lebih selesa menyerahkan soal jodoh ini pada takdir. Namun dia akui sedikit tertekan apabila banyak pihak yang bertanyakan soal jodoh setelah mengetahui dirinya sudah mempunyai kekasih, tambahan adik perempuannya baru sahaja mendirikan rumah tangga.
"Siapa tidak mahu kahwinkan lagi-lagi melihat adik sendiri yang sudah berkahwin. Bila orang asyik bertanya perkara ini, saya sedikit tertekan kerana perkara ini melibatkan tentang jodoh. Buat masa ini saya dan kekasih masih belum ada tarikh dan berbincang hal ini lagi. Ini kerana saya takut apa yang dirancang, tidak jadi pula," ujar Edlin.
Tetapi Edlin mahupun kekasihnya sepakat tidak mahu bercinta dalam tempoh yang lama bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku. Jika tidak ada aral melintang kemungkinan pasangan ini mahu disatukan pada tahun hadapan.
"Kekasih saya seorang yang kuat bekerja dan kami jarang berjumpa tanpa tujuan. Sebenarnya saya lebih selesa untuk tidak bercinta dalam tempoh terlalu lama kerana lebih suka bercinta selepas nikah. InsyaAllah doakan jodoh saya sampai pada tahun hadapan," ujar Edlin yang mengimpikan sebuah majlis berkonsepkan tradisional Melaka.
|