CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1614|Reply: 2

[Tempatan] Hari Tandas Sedunia - 19 Nov 2015

[Copy link]
Post time 19-11-2015 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin ramai tidak tahu hari ini adalah Hari Tandas Sedunia. Kita mungkin menganggap tandas ini benda remeh. Tapi bayangkan jika tiada tandas di rumah atau di pejabat anda rosak. Sungguh sengsara bukan?




http://www.bernama.com/bernama/v ... eral.php?id=1191069

Tahap Kebersihan Tandas Awam Milik PBT Masih Rendah


Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman meneliti kemudahan yang terdapat di tandas awan Batu Burok yang memenangi anugerah emas tandas terbersih selepas merasmikan majlis pelancaran sambutan Hari Tandas Sedunia peringkat kebangsaan di Batu Burok hari ini.


KUALA TERENGGANU, 19 Nov (Bernama) -- Hasil audit yang dilakukan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak enam bulan pertama tahun ini mendapati hanya 39 peratus daripada 10,257 tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mencapai taraf lima, empat dan tiga bintang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata lebih 61 peratus lagi tandas berada dalam keadaan kurang memuaskan walaupun boleh dipertingkatkan lagi kebersihannya.

"Adakah kita boleh berbangga dengan statistik ini, hanya 350 atau 3.14 peratus tandas seluruh negara mencapai status lima bintang, " katanya dalam ucapan pelancaran sambutan Hari Tandas Sedunia 2015 peringkat kebangsaan di Pantai Batu Buruk di sini hari ini.

Teks ucapannya dibaca Timbalan Ketua Setiausahanya Datuk Halimi Abd Manaf.

Menurutnya pada tahun 2014 dan 2015 kerajaan pusat memperuntukkan RM50 juta untuk menaik taraf tandas awam PBT seluruh negara.

"Rekod kita menunjukkan 2,620 tandas awam milik PBT seluruh negara, hampir 60 peratus masih diberi taraf tiga bintang di bawah program penarafan bintang tandas awam KPKT," katanya.

Katanya dengan peruntukan itu sebanyak 750 tandas awam berjaya dinaik taraf agar dapat memberi keselesaan kepada pengguna di seluruh negara.

Beliau berkata usaha untuk meningkatkan kebersihan tandas ini tidak boleh ditangguh lagi sebagaimana yang disarankan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu dalam perutusan hari tandas sedunia pada tahun lalu.

Statistik PBB katanya menunjukkan hampir 2.5 bilion negara sedang membangun masih mengamalkan pembuangan najis secara terbuka dan Malaysia tidak menghadapi masalah berkenaan.

Menurutnya dengan adanya kemudahan tandas yang terbaik masalah penyakit berjangkit seperti cirit birit, jangkitan cacing dalam kalangan kanak-kanak ataupun kolera kini dapat dikurangkan berbanding pada awal tahun 70-an.

-- BERNAMA














Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2015 06:59 PM | Show all posts
semua benda ada hari sedunia
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 07:04 PM | Show all posts
Tahniah Indon berjaya mengalahkan Malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.104216 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list