CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5575|Reply: 3

Sis, Peranakan Jatuh? Bagaimana Cara Mengesannya?

[Copy link]
Post time 20-11-2015 01:44 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Selalu dengar orang-orang tua pernah cakap, "perlahan-lahan jalan, nanti peranakan jatuh". Tapi, fahamkah kita apa yang dimaksudkan dengan peranakan jatuh yang dimaksudkan itu?



Ramai yang tidak sedari peranakan dan rahim ini boleh jatuh. Masalah ini bukan sahaja berlaku kepada wanita yang sudah bersalin malahan anak dara juga berkemungkinan besar akan mengalami masalah yang sama.
Anak gadis yang terlalu aktif kehidupannya seperti polis atau tentera, atlet dan mereka yang selalu mengangkat benda berat semasa bekerja mudah jatuh peranakan ini.  



Punca wanita yang sukar hamil juga mungkin mengalami peranakan jatuh. Ia dikenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, di sebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.



Antara 6 Simptom Peranakan Jatuh

1) Rasa berat di sekitar kawasan ari-ari. Rasa ada benda yang bergayut. Tak pun rasa ada benda nak terkeluar di kawasan pembukaan faraj.

2) Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga.

3) Kencing rasa tidak lawas. Walaupun dah ke berulang kali ke tandas, tapi rasa macam ada lagi air kencing nak keluar. Bila diteran tak ada apa yang keluar.

4) Sakit dan senak semasa melakukan seks bersama pasangan.

5) Sakit pinggang seperti sakit melingkar kawasan pinggang, pinggul dan ari-ari.

6) Waktu petang pula rasa seakan demam, sejuk kaki dan tangan. Peha dan betis pula rasa kebas-kebas.


3 Cara Mengesan Peranakan Jatuh


1) Kedudukan Baring


Letakkan ibu jari di dalam pusat, sekiranya terasa macam ada nadi berdenyut-denyut memberi tanda peranakan kita berada di tempat yang betul. Tetapi sekiranya terasa dari bawah pusat bermakna tandanya perlu berurut untuk menaikkan semula bahagian peranakan ibu.

2) Kedudukan Mencangkung


Semasa memasukkan jari ke dalam faraj dan cuba sentuh objek berbentuk bulat. Ia lembut dan seperti guli. Sekiranya ia dapat dicapai dengan mudah, bermakna peranakan anda sudah mula menggelongsor turun dari kedudukan sepatutnya. Untuk kepastian lagi, boleh ambil cermin dan tengok pada sama ada daging terkeluar atau tidak.

3) Kedudukan Baring dan Urut


Baringkan badan tanpa bantal. Sapukan minyak gamat atau serai dan sebagainya di pertengahan antara pusat dan ari-ari. Gosokkan minyak di keseluruhan tempat dengan perlahan-lahan. Urut dis ebelah kiri dan bawa ke tengah. Kemudian, urut di sebelah kanan dah bawa ke tengah juga. Cuba tekan bahagian bawah pusat, jika terasa sengal dan ada benjolan kecil, sahlah peranakan anda jatuh.
CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2015 10:03 AM | Show all posts
actually haishh  i mean organ peranakan atau reproductive wanita ni tak lah semudah tu nak jatuh , ada ligamen atau tisu  pengikat pun...


yg penting buatlah pelvic floor exercise

how to do it - u seek professional PHYSIOTHERAPIST - yg berkepakaran women's health

depa ni manusia profesional yg you all patut pi untuk khidmat nasihat mengurut , atau apa apa yg berkaitan terapi fizikal  yg bertauliah  okay.



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang jatuh lepas beranak semasa dalam pantang.... 6 minggu tu mmg takleh turun naik tangga... Bersin batuk pun kena kemut dulu... Angkat benda berat pun takleh, kecuali limit sama berat ngn baby baru lahir tu aje... Tak boleh pegang barang & sambil dukung baby... Lepas abis pantang 40 hari tu,, suka ti laaa nak dukung suami ke ape..

Prolapse ni makin teruk bila masuk pregnancy2 seterusnya... Silap2 terkencing tengah solat pun tak perasan dah sbb too weak pelvic floor...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 06:39 PM | Show all posts
tulah pernah sekali dulu jatuh sbb aktif sgt keluar masuk hutan. pastu urut, alhamdulillah dah ok.. tp still rasa sakit kdg2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.051388 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list