CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2230|Reply: 10

[Dunia] Ugut bunuh diri, suami tak mahu makan mi

[Copy link]
Post time 23-11-2015 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Ugut bunuh diri, suami tak mahu makan mi
22 November 2015


Wanita ini memanjat tingkap kediamannya dan mengugut bunuh diri kerana suaminya enggan makan mi

HENAN-CHINA. Seorang wanita warga emas memanjat tingkap kediamannya dan mengugut untuk terjun keluar tingkap apabila berselisih faham dengan suaminya.

Memetik laporan sebuah portal, saksi mengatakan pada mulanya wanita itu memberi pilihan kepada suaminya untuk memilih sama ada mi atau nasi sebagai menu tengahari mereka.

Bagaimanapun wanita tersebut berang selepas suaminya memilih nasi dan enggan memilih mi sebagai menu makan tengahari pasangan tersebut.

Keadaan bertambah tegang apabila keduanya mula bertengkar sebelum wanita itu memanjat tingkap dapur dan mengugut untuk terjun ke bawah.

Sekumpulan anggota bomba dikerah ke tempat kejadian, di mana anggota bomba terpaksa menghabiskan masa sehingga satu jam untuk memujuk wanita tersebut turun dari tingkapnya.

Pada awal tahun ini, seorang gadis muda dari Guangdong mengugut untuk terjun dari tingkat 19 kediamannya selepas kecewa dengan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 20. --Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 10:31 AM | Show all posts
hahahaha... aduhai.. lain kali masak je la ikut suka..
laki nak makan ke tak mau makan ke, lantak la asoh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 10:49 AM | Show all posts
sengal jugak ko ni. macam tu baik xyah wat pilihan!!

cakap suh pilih mi @ nasi. orang pilih nasi ko xpuas hati
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 10:54 AM | Show all posts
pompuan ni psiko
sikit2 ugut bunuh diri
lame2 laki tu pun bosan n blah
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 11:31 AM | Show all posts
sbb hal kecik.... mesti ada hal lain yg lama terpendam... sbb tu hal kecik cmni pun jd rajuk yg semakin buruk...

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 12:54 PM | Show all posts
adoiii china mmg macam2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2015 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Leluhur jinjang ke....no surprise


Next.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 01:05 PM | Show all posts
Habis tu kenapa dia suruh laki dia pilih? adoiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2015 01:08 PM | Show all posts
lain kali masak mi babi...mesti laki lu makan 3 mangkok kasi licin...

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..pelik betul kelakuan beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 03:23 PM | Show all posts
warga emas ni kadang2 kelakor pun ada (err.. kita pun satu masa nanti tua... )

contohnya.. satu hari mak aku takde kt rumah sbb gi rumah kawan dia ada aktiviti makcik2 pelda..

then ayah aku ajak aku gi keluar gi bandar berdekatan beli barang dapur etc...

balik rumah dah malam.. tengok mak aku tengah lipat kain mulut moncooooong sedepa.. sikit pun tak tegur ayah aku...

esoknya, kitaorang pun keluar juga, tapi kali ni mak aku ikut la.. masa tunggu mak aku masuk keta, ayah aku dah masuk dulu.. sambil sengih2 kambing, ayah aku cakap mak aku majuk sebab tak diajak hari semalamnya..

i was like.. what the fish???  kelakar pun ada.. well.. orang tua sensitip lain kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.107728 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list