CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4251|Reply: 1

Menu Serantau Ubi Keledek Rebus Gula Merah

[Copy link]
Post time 24-11-2015 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Ubi keledek juga dikenali sebagai ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela, ubi setela dan ubi rambat ataupun nama saintifiknya Ipomoea batatas ialah sejenis ubi yang manis dan boleh didapati di pasar. Ia terdapat dalam dua warna, oren kekuningan dan ungu.



Apakah resepi yang selalu anda masak dengan ubi keledek ini? Biasanya, ramai yang akan rebus dan makan dengan gula, kelapa mahupun sambal.

Kali ini nak kongsikan dengan anda, ubi keledek yang direbus dengan gula merah. Menu kali ini pastilah manis. Sesuai jika dihidangkan ketika minum petang atau musim hujan. Dimakan ketika masih panas, pasti menambah-nambah anda nikmati Ubi Keledek Rebus Gula Merah.



Kenapa ia dikatakan menu serantau? Ubi keledek ini bukan sahaja terdapat di Malaysia, di kebanyakan negara juga ubi ini ditanam dan mudah didapati. Bezanya, cara dan masakan sahaja. Ubi Keledek Rebus Gula Merah ini boleh dimakan begitu sahaja, atau makan dengan keju mahupun madu atau kelapa.



Bagaimana penyediaannya?

Bahan-bahan

1 bekas ubi keledek

1 keping gula melaka

1 cubit garam

2 helai daun pandan

Air secukupnya


Cara penyediaan

1) Rebus ubi keledek dengan daun pandan dan air sehingga mendidih dan ubi empuk.

2) Masukkan gula merah dan garam. Biarkan beberapa minit sehingga gula sebati sepenuhnya.

3) Tutup api dan hidangan dah pun siap untuk dijamu.

Jika anda ingin menggunakan selain ubi keledek pun boleh seperti ubi kayu. Selamat menjamu selera! - CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Manisss sangat laa TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.251422 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list