CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4839|Reply: 30

[Tempatan] Datuk Hamidah dipecat dari Umno

[Copy link]
Post time 25-11-2015 10:09 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman diumum dipecat daripada keahlian dan jawatan dari parti Umno.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara oleh barisan ahli mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada hari ini.

"Dalam soal disiplin parti, Majlis Tertinggi sebulat suara memecat (Datuk) Hamidah Osman daripada keahlian kerana pelanggaran disiplin.

“Perkara lain ada dibincang, tetapi tidak ada ambil keputusan,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat itu selesai," kata Najib pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Hamidah sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib dan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, selain mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengulas lanjut mengenai lokasi mesyuarat, Najib berkata, perkara itu disebabkan Dewan Rakyat masih bersidang.

Sementara itu, Najib berkata, barisan ahli mesyuarat turut membincangkan perjalanan Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada 8 Disember hingga 12 Disember depan.
Menurut Najib, Persidangan Wanita Umno, Puteri Umno dan Pemuda Umno pada Perhimpunan Agung Umno nanti akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing.

"Ini adalah cadangan oleh sayap masing-masing dan majlis memutuskan untuk menghormati kehendak mereka," katanya lagi.


-sinar harian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun Mahatdir, bila nak pecat?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:15 AM | Show all posts
kak midah kena pecat..

tercalar lg imej najib..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok la tu jadi kera sumbang la.puak puak pembangkang pun tak hingin kat dia..padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:36 AM | Show all posts
dia nie ke yg cakap pasal lembu tu? tak ingat dah apa ayat dia..tapi tuju khas tuk jibby la
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak per la kena pecat......
Dah kayo rayo hasil berkhidmat untuk umno
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2015 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg lain x berani pecat la sbb ada kerusi mp or dun..

Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kena pecat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 10:48 AM | Show all posts
muhyiddin dgn sapie bedal pun sama tp tak dipecat...takut lettew!


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 11:07 AM | Show all posts
sapa soal pasal 1mdb, kena pecat.....
parti makcik pakcik kampung dan orang duduk hutan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 11:16 AM | Show all posts
Dia ni ke dulu bersama rombongan umno Perak sajo sajo melawat rumah-rumah di kawasan di Gua Musang untuk menunjukkan kemiskinan rakyat Kelantan di bawah Pas. Agaknya pasal  jalan nak ke Gua Musang dekat melalui Gopeng-Simpang Pulai-Cameroon Highland-Lojing-Gua Musang tu yang melawat kawasan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:38 PM | Show all posts
http://www.sinarharian.com.my/po ... ta-hamidah-1.389201


IPOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerima realiti isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap Umno terjejas.

Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman berkata, kemelut 1MDB termasuk kontroversi pembelian asetnya oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) menyebabkan ahli akar umbi dan rakyat resah dengan kredibiliti pentadbiran negara.

“Saya rasa tidak perlu cakap apa-apa, semua orang merasai bagaimana isu ini meletakkan Umno dalam satu keadaan yang mencabar.

“Kita lihat realiti hari ini, kita jangan hidup dalam penafian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Najib yang tidak akan meletakkan jawatan selagi mendapat sokongan rakyat.

Hamidah berkata, sebagai seorang pemimpin yang benar sayangkan parti, Najib perlu melihat perkara itu dengan serius.

Katanya, isu tersebut menyebabkan rakyat dan ahli Umno diletakkan dalam suasana getir.

“Memasuki 69 tahun Umno ini, kita mengharapkan Umno terus mencapai kecemerlangan di puncak kejayaan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata kat berita  tv 2, mandrin ada kuar berita yg beberapa ahli umno dr johor meminta najib letak jawatan. Berita lain x nampak pun...betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:14 PM | Show all posts
Makcik ni pun ada kes gak dulu ala2 gengster..Ramai org tak puas hati..Kira cash jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 01:41 PM | Show all posts
Hamidah sebelum ini lantang mengkritik pentadbiran Najib dan mendesak Perdana Menteri meletak jawatan, selain mempersoalkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


najib kan maksum... manaleh kritik dia... kan dah kena
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:19 PM | Show all posts
demokrasi sungguh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 03:32 PM | Show all posts
dah tau u tu kerja bawah syarikat 1mdb (umngok mmg pekerja 1mdb)
lagi mau persoal taukeh ka?

teross pecat la jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:34 PM | Show all posts
buat kepala sendiri gini la hasilnya

tambah lagi termakan dakyah
cina DAP

elok la midah join DAP0 ka amanah ka
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:53 PM | Show all posts
dizek replied at 25-11-2015 03:34 PM
buat kepala sendiri gini la hasilnya

tambah lagi termakan dakyah

bagusla.. rasis giler makcik midah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 04:55 PM | Show all posts
zorro replied at 25-11-2015 03:53 PM
bagusla.. rasis giler makcik midah ni.

UMNO mana yang x rasist....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.055674 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list