View: 26239|Reply: 67
|
Asal Usul Jack Sparrow - Satu Tinjauan
[Copy link]
|
|
Masih Ingatkah Anda Akan Filem Pirates of The Carribean...?
Filem Yang Mengambarkan Sebuah Keagungan Pelayar-pelayar Yang Digelar Lanun Oleh Mereka...
Tahukah Anda...
Oleh Disebabkan Ketakutan Mereka Pada Masa Lampau Menjadikan Ia Satu
Tragedi Yang Tak Dapat Dilupakan...
Kenalkah Anda Dengan Captain Jack Sparrow...??
Apa Kaitan Kapten Jack Sparrow Dengan Kapten Barbossa...??
Siapakah Mereka Berdua...?
Apabila disebut Barbossa, Saya yakin
ramai dalam kalangan kita akan
terbayangkan Watak Seorang Lanun
memakai penutup sebelah Matanya
seperti yang terdapat dalam filem
Pirates of The Carribean....
Namun tahukah Kita, Sebenarnya watak Hector Barbossa Adalah watak yang diadaptasikan dari Watak tokoh Islam yang popular dalam Dunia peradaban Islam dahulu kala...
Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali...
Hanya terdapat tiga tokoh
besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom
(1123-1190) dan dua orang adik-beradik
iaitu Aruj dan Khairuddin atau disebut
dengan Hayreddin, kedua-duanya dari
Turki.
Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains)
dan teknologi (terutama infrastruktur dan senibina) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut...
Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris)....
Sebuah gunung berhampiran
dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu...
Sebermulanya era Perang Salib, Eropah
telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M...
Manakala...
Siapakah Pula Watak Utama Didalam Filem Tersebut...?
Captain Jack Sparrow : Pelayar
Melayu...?
Kajilah Sejak Bila Empayar Melayu Islam Mula Menggunakan Senjata api...?
Adakah Melayu Hanya Tahu Berpencak Bersilat Semata-mata...?
Tahu Kapten Jack Sparrow Itu Diilhamkan Dari Mana...?
Senjatanya...?
Tahu Apa Itu Terakol...?
Terakol atau Tarkul adalah Antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu...
Ia juga tergolong Diantara Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Sejarah .
Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini
membolehkan ia membakar serbuk bedil Secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.
Terakol berbentuk seperti pistol dan ia
adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras Yang dikecilkan...
Terakol digunakan di dalam
peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke...
Terakol juga digunakan di Patani dan
Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan... Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock ( kancing batu
api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack
Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol...
Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy".
Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British...
Karekter Captain Jack Sparrow ini diinspirasikan daripada Raja Pelayar Dunia yang berketurunan Melayu
suatu ketika dahulu...
Manakala Nama karekter
Barbossa juga diinspirasikan
daripada seorang Pelayar asal Turki,
Hector Barbossa Dalam filem Pirates
of the Carribean : At World End (Di
Penghujung Dunia)
Semua Watak Hebat Ini...
((( Diilhamkan Dari Tokoh Islam )))
Dipenghujung Dunia...?
Masih Ingatkah Anda Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi
Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan
semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai
'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas...
Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negara kota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir...
Ia Juga Mengelar Negara Dipenghujung Dunia...
Jadi Apa Kaitan Empayar Melayu Islam Melaka Dengan Empayar Islam Uthmaniah Di Turki...?
Akhir Kalam, Tiada Yang Lebih Mengembirakan Dari Melihat Saudara Ku Memahami Apa Maksud Tersirat Dengan Ucapan :
" TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"
Sumber: Ekspedisi Panji-Panji Hitam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by koboi at 26-6-2012 14:48
Sumber: Ekspedisi Panji-Panji Hitam |
|
|
|
|
|
|
|
aku x tau nak rase bangga ke rase sedih.. x sangke topik ni jadik cult culture |
|
|
|
|
|
|
|
aku x tau nak rase bangga ke rase sedih.. x sangke topik ni jadik cult culture
unekspekted_XII Post at 26-6-2012 15:20
Mr unekspekted_XII, boleh lontarkan persepsi anda bagaimana utk rasa Bangga dan bagaimana pula untuk Sedih tu... |
|
|
|
|
|
|
|
best topic... teruskan lagi .. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan topik ini Uneks yang mula2 buka di laman maya ini? |
|
|
|
|
|
|
|
tu la ... payah sbb dalam alam maya ni tak da copyright ....
tapi apa apa pun dah tau sebab Unex dah cete dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik la ko koboi tak kena lahar dengan uneks.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# alphawolf
hehehehee setujuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
dah ler cedok artikel uneks pastu letak watermark nama sendiri pulak tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun aku masih tak setuju dengan andaian uneks yang kata Jack Sparrow diilhamkan dari lanun melayu tapi aku lagi tak setuju orang angkat kerja orang lain tapi tak bagi kredit |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
copy paste punya lah jauh sanad dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# system_failure
p/s: teringhin nak nengok tandatangan uneks yg bengkang bengkok bila dia guna paint
aku ade syndrome "xboleyfokus" |
|
|
|
|
|
|
|
dah ler cedok artikel uneks pastu letak watermark nama sendiri pulak tu...
system_failure Post at 27-6-2012 02:33
maaf system_faiilure, watermark tu bukan saya yg letak, automatik diletakkan oleh forum cari bila saya uplod. maaf unek, saya jumpa dalam fb Ekspedisi Panji-Panji Hitam, dan mmg sy ada tulis kat bawah tu reference.
maaf, mod, kalau ini menjadi satu dosa, mohon deletekan thred ini |
|
|
|
|
|
|
|
yo ko cedok dari nternet ni adelah karya asal unek.
winamp05 Post at 26-6-2012 21:01
walaupun aku masih tak setuju dengan andaian uneks yang kata Jack Sparrow diilhamkan dari lanun mela ...
alphawolf Post at 27-6-2012 07:41
maaf system_faiilure, watermark tu bukan saya yg letak, automatik diletakkan oleh forum cari bila saya uplod. maaf unek, saya jumpa dalam fb Ekspedisi Panji-Panji Hitam, dan mmg sy ada tulis kat bawah tu reference.
maaf, mod winamp05 dan alphawolf.
saya tidak tahu ini dari unek, mcm saya kata, saya baca dari fb Ekspedisi Panji-Panji Hitam, dan mmg sy ada tulis kat bawah tu reference. yg gambar tu ada watermark nama saya tu bukan saya yg buat, tapi otomatik bila uplod kat forum cari, watermark tu ada.
maaf, mod winamp05 dan
alphawolf., kalau ini menjadi satu dosa, mohon deletekan thred ini
kalau ini menjadi satu dosa, saya berikrar utk tidak lagi tulis thred dalam Lagenda, Mitos & Sejarah dan berikrar utk tidak buat apa-apa posting lagi lagi selepas ini.
bukan salah saya sepenuhnya melainkan berlaku sbb kebodohan saya sahaja, dan saya mohon maaf atas kebodohan ini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 18# koboi
relaks la koboi. setiap manusia ada khilaf. kalau aku terjumpa maklumat ni, aku pon taktau yg hasil karya ni uneksp punya. sebab aku kadang2 je dok ikut bod ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Asal Usul Jack Sparrow - Satu Tinjauan
Reply 18# koboi
rilek arr koboi.. Nada suare mcm pompuan merajuk sbb tak dapat jer.. Aku lempang lelaju kang... hahahahaha
Emm, tak tau le pulak skrg ni bila upload gmbr dia terus embed watermark si peng upload.. So aku pun bersalah gak arr tuduh ko camtu..
:’(
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
| |
|