CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 2-12-2015 08:05 PM | Show all posts
okeh sambung. aku pulak yang tak tenang nak keje selagi tak abis tulis.
kali ni penapis bocor sket.

masa 3rd year, aku berenti jadi exco. aku muak ngan perangai budak2 agama yang sibuk dengan politik. aku cuba join grup tarikat kat masjid pulak, dipimpin oleh imam masjid orang uganda. memang best join tarikat ni. bukan cam kat msia, tarikat2 selalunya terpencil. kat sini, majlis2 zikir terbuka kepada orang awam yang nak cari ketenangan hati. yang tukang cat, yang pakai jeans koyak lutut, boleh duk satu bulatan ngan orang kaya pakai kot dan imam beserban. memang humble.selain majlis zikir, kitorang duk tadah kitab sekali ngan imam tu.

tapi, tak lama pun aku join ni... sebab aku rasa cam ada ahli tarikat yang anti ngan aku. bila aku kena puji dalam kelas, dia boleh nangis depan2 aku dan semua orang, macam tunjuk protes. fine. persatuan, gitu. grup tarikat, gini... aku pun kembali memencilkan diri dari dunia luar dan masuk ke dimensi aku. berkawan ngan diri sniri yang cam bagus.

masa tu, aku dah start langgan internet kat tipon. kat uganda nun, internet sangatlah murah dan laju. memang heaven. takyah nak beli plan ke apa. basic pun dah boleh tengok video kat tpon.

hukamak kata, nafsu ni kalau tak disibukkan ngan amal soleh, dia akan sibuk ngan kerja batil. tulah keje aku.

cerita pasal ketagihan 'pop corn' ni, aku taktau kalau rasanya sama ngan ketagihan arak atau dadah. tapi, kesannya sama... iaitu otak kau mintak tambah lagi dan lagi tanpa menemui titik kepuasan. melainkan kau berenti atau mati dengan hina.

memula aku layan tengok pop corn je sampai abis kredit. sampai sakit kepala. sakit kepala. okey. sakitnya tu kat mana, kat bahagian depan kepala, tempat aku sujud kepada Allah. aku dah cuak takut kepala aku meletup tapi tangan aku takleh berenti skrol dan skrol lagi. gila tak gilanya.

takyah ceritalah 'tindakan susulannya' lepas tu. dalam diari pun aku tak pernah tulis. watpe nak tulis kat sini.

lelama, apa yang aku tengok dan baca tu menghantui minda. aku pandang orang pun aku nampak dia tak pakai baju. pandang sana-sini aku nampak adegan tak senonoh. nak tido, bangun tido, aku lapar pop corn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2015 08:29 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 06:42 PM
makton replied at 2-12-2015 11:25 AM
pening aku baca benang dia ni..

masa buat tak reti nak jijik. time nak taip sini mula la jijik me ...

ayat ko sangat harsh makton. tapi aku suka nak quote sebab itulah yang berlaga dalam diri aku.

masa buat, memang tak reti nak jijik. aku rasa cam slut pun ade. kalau tak dapat memang boleh mati berdiri gamaknya.

tapi lepas semuanya berakhir, aku hantuk2 kepala marah ngan diri sniri. tetiba rasa nak muntah, rasa nak minum klorox supaya itu jadi kali yang terakhir.

cam aku cakap sebelum ni, aku tak biasa dan tak suka ngan laki. pada waktu normal kalau takde dorongan seksual tu, aku rasa mual membayangkan perkahwinan.

tapi once dia start, aku terus hilang diri. waktu tu masuklah ayat quran hadis apapun aku tak peduli. sebab tu sekarang aku sangat memahami situasi manusia2 yang terbabas ni. kalau kita tak pernah terbabas, toksah la cakap kencang nak kondem orang.

ketagihan 'pop corn' ni buat fungsi otak aku merosot. jadi lembam dan disorganize. selebihnya boleh la korang gugel tengok apa akibat ketagihan ni.

aku pernah ter'makan pop corn' pada siang bulan Ramadhan. Pastu sniri fade up sebab batal puasa wajib. Aku ingat lagi pada waktu tu tetiba bilik aku berbau busuk yang amat sangat, xtau mana datang.

waktu ketagihan teruk tu, aku sangat mudah terangsang dengan apa-apa saja benda yang bernada, berupa, berbau, berkaitan, seksual. even sesimple perkataan po*n pun boleh buat aku mengaruk cari internet nak lepas gian. sebab tu aku taknak tulis perkataan tu banyak2 kali kat sini. kalau ada yang terbabas sebab baca thread aku ni kang, AKU yang kena jawab depan Allah.

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 08:36 PM | Show all posts
berat... mmg berat melawan nafsu ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2015 09:08 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 06:46 PM

sedih tau. aku tak enjoy langsung hidup camtu. setiap kali mintak ampun kat Allah, pastu berlaku lagi.

aku berusaha ambil langkah proaktif lawan ketagihan ni. aku kenal pasti apape yang boleh trigger keinginan tu, aku jauhi.

aku jaga makan. fast food, jajan, megi, memang takde tempat dalam perut aku. satunya, sebab dah biasa sejak skolah tahfiz aku dilarang makan benda2 tu. duanya, aku dapati dorongan seksual aku sangat kuat bila aku makan benda tak tentu ni. aku tak tuduh yang diorang letak apape dalam jajan K. aku pun takmo cakap jajan apa yang aku pernah terkena tu. tapi tulah kebenaran hadis Nabi, betapa makanan haram dan syubhat tu bleh rosakkan hati.

satu ketika ni, aku buat keputusan nak denda diri aku puasa dua bulan straight, untuk puasa Ramadhan yang batal sebab 'makan pop corn'. alhamdulillah aku berjaya sampai hari ke 29. waktu berbuka tu aku makan keropok ______ yang sangat femes ni. teringiiiiin sangat nak makan sebab siang tu nampak member makan. keesokan harinya aku punya gian macam kena rasuk. last2 hari ke30 tu batal puasa aku. tak jadi nak buat 2bulan straight. punyalah fade up.

bukan jajan je. makanan semulajadi yang boleh merangsang syahwat cam oyster ngan garlic pun aku elak. guna sikit2 buat tumis je.

tipon pun aku tukar. pakai tipon cikai je yang takde internet. dalam bidang matematik ada satu formula namanya 'sadduz zarai'e' iaitu menutup peluang-peluang kejahatan yang ditakuti berlaku. so aku minimakan penggunaan internet kat cc je.

yang paling aku cuak bila tiba waktu tak solat. masa tulah segala disiplin aku roboh. masa tulah semua nak jadi. bila dah boleh solat aku kena susun balik batu-bata tu dari bawah.

ada masanya aku terlalu fade up sampai dah malas nak minta ampun pada Allah. Aku lantakkan jer apa nak jadi. Tapi lepastu ada jelah macam-macam kesialan menimpa sampai ego aku lumpuh dan kembali cari tempat sujud.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2015 09:27 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 06:48 AM

waktu tu dalam masa yang sama, aku alami mimpi pelik2.

satu malam ni, waktu aku tak solat, aku mimpi mengandungkan bayi. tak lama pastu mimpi lagi benda yang sama, cuma aku dah bersalin. anaknya takde dalam mimpi tu. tau2 housemate suh aku rehat sebab aku baru lepas bersalin.

dah terjaga tu perasaan aku sangatlah cuak. sebab mimpi tu rasa sangat real. bila masuk toilet lagi aku terkejut tengok darah aku berketul macam hati ayam. bukan macam darah normal.

aku pun menggatal cuba amalkan ayat ruqyah kawan aku Nurul. Masa jaga dia sakit haritu aku sempat salin. takdelah apape kesan nak pitam ke apa, melainkan aku jadi panas baran dan serba tak kena. Nyampah tengok rumet dan rasa nak pijak-pijak muka dia. jenuh jugak la aku tahan sabar masa tu. sebab dah dari kecik aku memang baran, so takde la terpikir kalau perasaan tu keluar akibat ruqyah yang aku baca.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 10:10 PM | Show all posts
mimpi bayi bermaksud ada saka nak cari tuan
atau
ada jin asyik minat kat tt

sbb pada awal post, tt cakap
Baru perasan rupanya kat dalam selimut tu, kain aku terselak sampai pinggang. Dalam SD aku pulak rasa sangat xselesa dan berlendir.

that's y tt selalu ter*ngsang & n*psu menggila
sbb campur tgn dari jin asyik ni kot

kalo tt cikc*p, make sure duk dalam selimut
sbb takot jin join bersetub*h

dalam isle pon ada adab bersenggama..
kena baca doa.. ML dalam selimut  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-12-2015 06:50 AM | Show all posts
bellaa replied at 2-12-2015 10:10 PM
mimpi bayi bermaksud ada saka nak cari tuan
atau
ada jin asyik minat kat tt

thanks, MOD bella. tapi aku belum kawen. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2015 07:12 AM | Show all posts
naik 4th year aku kembali menyibukkan diri kat luar umah. aku takleh teruskan duk menyepi dalam rumah sebab tah apape yang aku buat. aku join semula grup tarikat yang aku tinggalkan taun lepas. tapi join kalini aku low profile je, tak menonjol sangat cam taun lepas. kang ada lagi orang dengki.

masa join grup tarikat ni hati aku tenang sangat. seminggu sekali join majlis zikir. alhamdulillah memang hilang la ketagihan aku tu sekejap. dalam setahun tu rasanya bape kali je aku terbabas. tapi lain pulak yang jadi.

lagi teruk2 mimpi yang aku dapat. daripada mimpi sampai jadi sakit fizikal. contohnya, aku mimpi ada kucing nak cakar aku. aku cekik leher dia dan jauhkan dari muka aku. tapi kucing tu dapat gak cakar tangan aku. yang peliknya sakit dia rasa kat tengkuk. ngilu sangat rasa urat saraf dalam tulang tengkuk ni sampai aku terjaga. dan sakit tu kekal sampai seminggu.

satu malam yang lain, aku mimpi tangan aku dibaham buaya. punya real mimpi tu sampai aku boleh rasa daging2 lembik dalam perut si buaya. bila terjaga, aku tercungap2 ketakutan dan terus pegang tangan rumet yang tido kat sebelah. aku pegang tangan dia sebab nak hilangkan rasa lembik perut buaya tadi kat tapak tangan aku. rumet aku pun pelik sebab aku tengah gaduh ngan dia, tetiba bangun malam pegang tangan plak. haha.

berkali-kali aku mimpi orang kejar nak tembak aku. satu malam tu aku mimpi bebetul kena tembak kat kepala belah kanan. terasa-rasa lagi darah aku panas kat kulit kepala. dalam mimpi tulah.

yang paling takleh blah bila aku mimpi lawan ngan syaitan. mimpi tu macam dalam game. aku ngan sorang malaikat ditugaskan bunuh sekor syaitan ni. kitorang kena bagi dia minum sejenis air warna hijau. ending mimpi tu, aku tengah berbincang2 ngan malaikat tu cemana nak perangkap si syaitan. tak lama tu aku perasan rupanya malaikat yang tengah borak ngan aku ni ialah syaitan menyamar. malaikat sebenar yang tolong aku tu dah kena bunuh pun.

syaitan tu gelakkan aku. dia angkat pedang dia yang besar gila dan ready nak bunuh aku. dia tanya "sekarang kau nak buat apa?"

aku terdiam hopeless dan helpless.

Tetiba aku terpandang kat belakang syaitan tu ada dinding marmar warna putih. kat situ ada tulisan "Bismillahirrahmanirrahim." Aku terus baca bismillah tu banyak-banyak kali sampai terjaga dengan mulut terkumat-kamit baca bismillah.

Sejak tu aku cuba amalkan baca Bismillah selalu kat alam realiti pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2015 07:35 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 09:59 AM

Masa 4th year ni juga aku banyak enjoy melancong merata tempat.

Kat sekitar bandar kediaman aku ni ada banyak tapak tinggalan sejarah tamadun purba. Ada kubur, kuil, tempat mandian awam, ada tembok kota, ada masjid lama, kubu perang, cistern... Semua tempat ni pulak dekat ngan jalan utama dan boleh pergi ngan public transport je. Aku grab satu peta arkeologi dan khatamkan setiap tempat yang ada dalam peta tu.

Aku gi sensorang. Cam biasa la aku ngan kawan baik aku dalam diri ni.

Tapak2 arkeologi ada yang masih dalam proses penggalian, ada yang dah repair elok2 untuk lawatan, ada yang terbiar gitu je. Antara yang best ialah kubur bawah tanah. Orang zaman dulu tebuk bukit dijadikan kompleks kubur bertingkat2 kat dalam tanah. Sempat la aku perasan jadi Indiana Jones kejap masa merayap dalam tu. Masa aku gi tu ramai pelancong. So takde la seram.

Satu tempat lain, diorang tebuk bukit buat kuil pulak. Bersimpang-siur jalannya dalam tanah. Kat dalam tu diorang pasang lampu spotlight untuk kemudahan pengunjung, siap ada ventilator. So boleh jalan selesa je la. Sampai kat satu poin tu ada tangga turun lebih jauh ke dalam bukit. Aku cuba turun. Tangga tu habis separuh jalan je. Depan lagi tu ialah lubang gelap, diorang dah tak restore dan tak letak lampu. Aku pun patah balik keluar takut kalau terjatuh dalam lubang nanti takde orang sedar. Dahlah aku sorang dan tempat tu terlalu jauh dalam bukit.

Masa keluar tu buat cool jer walaupun aku rasa cam berjuta2 benda perati kat sekeliling, mahupun ikut dari belakang...

Kat bukit yang sama, ada satu bilik bertulis 'sanctuary'. Aku intai tengok ada apa kat dalam. Takde apa pun, cuma lorong kosong yang hujungnya gelap. Masuklah, tengok. Makin ke dalam, aku rasa makin seram. Bila dah separuh jalan baru nampak kat hujung lorong yang gelap tu ada berhala lembu hitam! Aku terus angkat kaki keluar dari situ.

Hi~~~ berani camne pun, aku tak kuasa nak dekat2 ngan berhala hitam yang dah tersorok dalam bukit selama ribuan tahun. Ko agaklah bape bilion setan bertenggek kat situ... Dah sampai kat pintu, aku berenti dan snap gambar berhala tu dari jauh. Tengok gambar pun dah terasa keseramannya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2015 07:54 AM | Show all posts
Dalam banyak-banyak tempat, yang paling seram aku pergi ialah sebuah bukit kat tengah oasis. Bukit ni pun sama orang zaman dulu buat kubur. Tapi usianya lagi lama dari kubur2 yang aku pergi sebelum ni. Sezaman ngan Firaun kat Mesir atau Babil kat Iraq. Diorang buat banyak2 bilik pastu dalam bilik tu ada lagi lubang2 untuk simpan mayat. Agaknya bilik mayat zaman moden tiru style diorang ni la kot.

Dah takde apa tinggal pun kat bukit ni, cuma lubang-lubang kosong je. Peti mayat pun dah takde. Kalini aku pergi ngan rombongan, bawak Nurul sekali jalan2. Kitorang sampai situ tengahari rembang. Matahari terpacak atas kepala. Kitorang semua bersepah merayap2 sekitar bukit tu tengok bilik2 yang ada.

Aku singgah bergambar kat satu 'bilik' ni. Aku berdiri kat depan dan bilik tu di belakang aku. Kalau tengok bilik tu nampak biasa je. Tapi bila aku pusing belakang dan ready nak tangkap gambar, rasa macam...................................................................

aku takleh nak explain la cemana seram dia

Rasa macam banyak sangat benda perati aku kat belakang.
Tak, lebih seram dari tu.

si Nurul pun time tulah kamera lambat respon. Yang aku ni rasa nak cabut lari dah. "Wei cepat la, aku seram ni!" aku sound Nurul. Dalam hidup aku, bape kali je aku tunjuk takut depan orang. Ni salah satunya. Kat kubur lama, tetengahari buta.

Lepas snap je gambar aku terus blah. Tapi still melangkah dengan bajet cool sebab aku tau makhluk2 halus ni suka kalau manusia takut kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu jer nk tnye ngn TT. Lepas ko mkn pop corn tu ko buat smbil beronani ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2015 08:32 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 3-12-2015 09:52 AM

Pada kali yang lain, aku ziarah makam raja Muslim yang terkenal kat negara tu. Makam tu pun usianya dah beratus tahun. Diorang dah restore jadikan tapak lawatan. Kali pertama aku jumpa makam tu secara tak sengaja. Kamera pun tak bawak. Singgah bacakan Fatihah jelah.

Kali kedua ni aku datang bawak kamera nak tangkap gambar. Elok snap sekeping dua, tetiba pakcik penjaga makam sergah dan halau aku. Tah apa yang dia cakap dalam bahasa tempatan, aku tak faham. Cuma yang aku faham dia sebut "Ifrit... Ifrit...!

Ade jin ifrit ke kat situ? Lantaklah. Yang penting dia tak muncul dalam gambar. Haha.

Masjid2 lama pun aku suka explore jugak. Kat uganda ni Islam dah lama bertapak. So masjid2 dia pun ada yang dah berusia seribu tahun lebih tapi masih hidup sampai sekarang. Aku kagum tengok senibina orang zaman dulu ni... cemana diorang angkat blok2 batu yang besar tu tanpa guna kren? Pastu ukiran penuh sampai ke menara-menara masjid. Cemana diorang mengukir tu?

Yang masjid-masjid ni pun tak kurang jugak auranya. Hendaknya kalau dalam masjid tu suram, atau kat dalam tu ada makam. Tengok dari luar pun boleh rasa seram.

Ada satu masjid kecik ni, beriya2 aku cari sebab nak gi ziarah makam orang soleh kat situ. Silap pulak tertanya arah kat bystander wahabi. tak pasal2 aku kena ceramah pasal sembah kubur. apa punya orang la. dia tak pernah ziarah kubur tok moyang dia ke? kalau gi ziarah tu, dia sujud ke kat kubur tu? mesti tak, kan. sama la ngan ziarah kubur orang soleh. tambah pulak aku datang dari benua yang jauh, mestilah aku nak ambik kesempatan tu ziarah orang2 soleh walaupun diorang dah meninggal.

sudahnya aku cari sniri berpandukan peta arkeologi yang aku beli tu. rupanya masjid ni dah kena timbun di sebalik body kereta lama. ada kedai spare part kat sebelah tu. diorang bleh gi timbun besi buruk sampai dah tak nampak kubah masjid.

dalam masjid tu... lain macam je rasa dia. banyak sangat jin Islam ke? entah la. aku solat tahiyatul masjid atas simen yang tak beralas pastu terus pergi ke bilik makam dia. Situ lagi seram. Kecik je biliknya tapi snagat seram. Aku berdiri kat pintu je hadiahkan Fatihah kepada si penghuni makam. Sementara nak habis tujuh ayat Fatihah tu rasa menggigil2 hati aku berdiri kat situ.

Tapi kebanyakan masjid lama ni tenaaaaaannnnnggggg sangat aura dia. Yalah dah bape ribu manusia solat dalam tu kan.

Selalu aku pergi tempat2 camni tak ingat pun nak baca doa. Sebab dah terbiasa tengok orang sini tak takut ngan syaitan jin. Dalam kubur purba pun diorang boleh gelak ketawa macam dalam rumah sniri. So aku pun takdelah rasa perlu sangat nak baca doa @ pendinding ke apa. Cuma bergantung ngan instinct je. Kalau rasa tempat tu cam takbest, aku ciao.

Tapi adab sopan memang jaga la. Takde la aku nak ambik @ usik apape sembarangan. Lepas tengok, pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 09:46 AM | Show all posts
TT bole post gambar2 yg tangkap tu...kalau ada simpan lg la...tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2015 09:53 AM | Show all posts
Mestilah simpan. Aku teringin sangat nak share kat sini tapi kang kantoi plak aku ngaji kat mana. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 10:48 AM | Show all posts
best bace citer TT pasal tempat2 sejarah ni
lebih2 lagi masjid2 lame
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:12 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 3-12-2015 09:53 AM
Mestilah simpan. Aku teringin sangat nak share kat sini tapi kang kantoi plak aku ngaji kat mana. Ha ...

apa salahnya kami tau tempat study sis.
mai lah syare gambar2 tu  ...plss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 11:17 AM | Show all posts
seronok join halaqah tarikat

rasa enjoy dan puas berzikir.


zikir sorang2 bukan tak best, best jugak...tapi, kalau join tarikat, dia macam ada satu aura yg tak boleh dapat kat tempat lain.

sebab tu ada yg sampai ter emosi, terjoget, terlompat. (sebenarnya tak salah pun bagi yg faham)

tapi tarikat kat tempat saya ...sunyi sepiii..mcm dalam kubur
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 11:20 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 2-12-2015 07:39 PM
waalaikumsalam. aku bukan ustazah la.

aku cuma pendaki gunung yang berkali2 tergolek masu ...

about this,
I always remember what Miley said

There's always gonna be another mountain


I'm always gonna wanna make it move


Always gonna be an uphill battle


Sometimes I'm gonna have to lose


Ain't about how fast I get there

Ain't about what's waitin' on the other side


It's the climb

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 12:15 PM | Show all posts
er.. masih tak jumpa kaitan dengan jin.. tapi best jugak citer tt untuk difollow..

ekceli klu xdek gmbr pun iols mcm boleh teka la tt blaja kat mana.. mcm kat italy jer..

tapi tak taula betul ke tak, huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 12:27 PM | Show all posts
bunga_lestari replied at 3-12-2015 12:15 PM
er.. masih tak jumpa kaitan dengan jin.. tapi best jugak citer tt untuk difollow..

ekceli klu xde ...

bukan Italy laa rasanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.135930 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list