CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3996|Reply: 4

Laluan Baru Puncak Kinabalu Disinari Pemandangan Yang Memukau

[Copy link]
Post time 3-12-2015 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy


Terdahulu, negara kita digemparkan dengan gempa bumi yang berlaku di Sabah dan telah mengakibatkan runtuhnya puncak tertinggi gunung Kinabalu yang sentiasa menjadi mercu tanda gunung ini.




Sekian lama ditutupi akibat insiden tersebut, gunung Kinabalu kini telah dibuka sepenuhnya dengan laluan baru. Laluan baru ini juga dikhabarkan agak jauh daripada laluan sebelumnya.


Laluan baru ini sangat mencabar dan memerlukan stamina yang tinggi serta tubuh badan dalam keadaan sihat dan kuat. Mengikut pendapat pendaki yang telah berkunjung ke sana baru-baru ini, masalah kekejangan kaki adalah masalah utama bagi pendaki-pendaki.


Namun, pendaki tidak perlu risau kerana pemandu pendakian menyatakan bahawa laluan baru ini membolehkan anda menikmati pemandangan kiri dan kanan yang sangat cantik yang tidak dapat dirasai oleh pendaki terdahulu. - CARI Infonet  































Kredit Foto : Google

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by imransulaiman at 3-12-2015 07:04 PM

Cukuplah sekali aku naik Gunung Kinabalu ni... Penat 10 tahun dulu masih terasa... Huhu...!
Tapi ianya satu pengalaman yang cukup indah! Cuma tak 'sanggup' nak naik lagi... Huhu...!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 06:13 PM | Show all posts
ye ke? citer la sikit kepayahan nak mendaki tuh. Teringin sgt nak mendaki..cuma nak tau tahap mana kepayahannya tu hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 09:43 AM | Show all posts
rindunya nak daki kinabalu lagi..tangga pn dah ganti baru..hikmah selepas gempa..teringat pemandangan yg cantik spjng pendakian dari Timpohon ke low's peak..Subhanallah...Moga keindahan alam ini akan terus terpelihara utk generasi kita akn dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2016 04:11 PM | Show all posts
aku and team from company akan naik kinabalu pada 28 mei - 1 jun ni..
doakan kami Berjaya ye!

InshaAllah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.055884 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list