CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16807|Reply: 98

"Saya Buka Tudung Kerana Cari Rezeki" - Normah Damanhuri

[Copy link]
Post time 4-12-2015 09:40 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Pelakon Normah Damanhuri menyedari ada pihak yang kurang senang melihat dia membuka tudung dalam sesebuah drama sedangkan dia sudah berhijab sejak pulang mengerjakan umrah pada 2011.

Normah, 61, berkata, dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah mengikut kesesuaian watak.

"Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak," katanya kepada mStar Online.

Normah diminta mengulas mengenai kekeliruan peminat melihat imejnya yang adakalanya bertudung dan ada masanya tidak.

Terbaharu, menerusi drama Tuan Anas Mikael (saluran Astro Ria), Normah juga dilihat tidak mengenakan tudung dan ada masanya dia hanya memakai selendang di kepala.



Dalam pada itu, Normah berkata, imej tanpa tudung yang ditampilkan dalam drama-drama lakonannya itu bukan kerana paksaan oleh mana-mana pihak, tetapi atas kerelaannya sendiri.

"Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik," ujarnya.

Sementara itu, kata Normah, dia bersyukur masih lagi diterima penerbit drama dan filem yang memerlukan khidmatnya berlakon meskipun usianya semakin lanjut.

Ia disebabkan sikapnya yang dapat memberikan komitmen kerja yang tinggi dan seorang berdisiplin.

"Saya seorang yang sangat mementingkan kualiti kerja. Ertinya, bukan sekadar perlu datang awal dan menghafal skrip semata-mata, tetapi kita perlu membuat persiapan awal, iaitu tidur dan rehat secukupnya sebelum memulakan kerja-kerja lakonan.

"Kalau tak, nanti persembahan yang disampaikan tidak cantik, sekali gus menyusahkan orang sekeliling untuk membuat rakaman semula.



"Itu yang saya pegang sehingga kini dan Alhamdulillah, saya masih lagi relevan dalam industri," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Normah bakal muncul menerusi filem Langit Cinta, arahan Osman Ali pada Januari tahun depan selain drama Tentang Hati, terbitan Global Station.

- mstar



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 09:42 AM | Show all posts
hmm apa  nak komen kalu gini. iyo kan ajo lah makcik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk ketum nenek ni dh pkai tu pkai je la ape pulak nk wt alasan tuntutan watak.klo tak ready jgn pkai nti lg rmai yg mnghencap sedih pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:44 AM | Show all posts
cliche sungguh ayat makcik..tp satu je nk puji,cantik lagi body makcik
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:46 AM | Show all posts
lantak ko lar mokcik... kubur masing2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:49 AM | Show all posts
hehe...matlamat tak menghalalkan cara nenek oiiiii.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2015 09:49 AM | Show all posts
cfa replied at 4-12-2015 09:46 AM
lantak ko lar mokcik... kubur masing2...

makcik apa....nenek dah....

Normah, 61


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:52 AM | Show all posts
De ni sayang sgt kt anak2 dia kalau usha ig
Wpun kdg2 mcm x sesuai je gamba anak2 de kt ig yg de up tu
Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 09:55 AM | Show all posts
aiyarkk semoga makcik sentiasa beristiqomah la ye..
tudung tu part rambut ok da molek, tpi part dada tu..
tlg labuhkan skt.. hehehehehhe
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke watak umur tahap nenek yang tak memerlukan tudung. Aku musykil disitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:57 AM | Show all posts
kalau camtu, toksah la pakai langsung....dah awak pun masih laku dlm industri ni...

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 09:58 AM | Show all posts
Nenasketum replied at 4-12-2015 09:56 AM
Ada ke watak umur tahap nenek yang tak memerlukan tudung. Aku musykil disitu

dia berlakon jadi pelajar kolej kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:00 AM | Show all posts
hai lah nendaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam TAM dia macam kurus sket. Diet ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:08 AM | Show all posts
kentel replied at 4-12-2015 09:49 AM
makcik apa....nenek dah....

eh...

lantak ko lar nenek.. kubur masing2...








Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:15 AM | Show all posts
Nenasketum replied at 4-12-2015 09:56 AM
Ada ke watak umur tahap nenek yang tak memerlukan tudung. Aku musykil disitu

hahahha...betul jugak kan....ke dia ngidam watak datin vogue cam datin E?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 10:20 AM | Show all posts
dia ada adik kan nama Arifah Damanhuri..pelakon juga..muka diorg nak sama..elok saja..tak perlu nk buka2 tudung..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:23 AM | Show all posts
semoga di beri hidayah kembali untuk tutup aurat patuh syariah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:38 AM | Show all posts
Kelakar tol dia ni.. Bonda2
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Posing x hengatt..
Nak lawan che ta kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.182534 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list