CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6838|Reply: 15

Kenapa Perlu Letak Wang Hantaran Ikut Kemampuan?

[Copy link]
Post time 7-12-2015 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Nak bina masjid atau jual anak? Kasar bunyinya, tapi itulah realitinya.



Situasi A

"Keluarga 'Gadis' minta RM15,000 untuk wang hantaran." kata 'Jejaka' kepada ibunya.

Si ibu hanya mampu tergamam mendengarnya.

Situasi B

Mak, ayah... 'Gadis' tak kisah berapa pun wang hantaran. Janji yang wajib ditunaikan. Ibu dan bapa gadis cakap, dia bukan nak jual anak mereka. Cukuplah sekadar yang termampu dan sanggup bahagiakan anak mereka kelak.

Mak dan ayah saling berpandangan lantas mengucapkan tanda syukur kepada Allah.



Kedua-dua situasi di atas sering kita dengar dan adakalanya ia berlaku dalam keluarga kita sendiri. Hantaran yang terlalu tinggi diletakkan oleh pihak keluarga perempuan, sudah pasti memberi tekanan kepada pihak lelaki.

"Mak ayah 'Gadis' nak kahwinkan saja, suruh bina masjid, dapat pahala. Bukan nak jual anak perempuan dia"


Jika semua ibu bapa seperti itu, pasti ramai lelaki yang mudah masuk meminang dengan perempuan pilihan mereka tanpa sebarang tekanan dan kesusahan.

Betul, wang hantaran yang diberikan adalah untuk menampung segala perbelanjaan semasa kenduri nanti. Namun, bersederhana mengikut kemampuan sangatlah diharuskan.  


Tidak perlu mengikut taraf pendidikan


Tetapkanlah wang hantaran mengikut kemampuan si lelaki kerana ;

Perkahwinan bukanlah suatu bebanan. Jika, masing-masing mampu, letaklah wang hantaran setinggi mana pun, ia adalah hak individu tersebut. Tetapi, jika pihak lelaki hanya bergaji kecil, hanya mampu bersederhana sahaja, kenapa memaksa untuk meletakkan wang hantaran yang tinggi? Sehinggakan si lelaki terpaksa berhutang dengan bank semata-mata untuk memuaskan hati pihak perempuan dan akhirnya kesempitan selepas berkahwin.

Tidakkah kita terfikir, bahawa perbelanjaan perkahwinan yang tinggi sehingga mencecah puluhan ribu itu jugalah yang menyebabkan perjalanan rumah tangga terganggu di kemudian hari? - CARI Infonet














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2015 04:15 PM | Show all posts
kadang2 lebihan belanja akan pulang balik kpd anak dan menantu tersebut
ada juga sengaja letak angka tersebut...padahal sebahagian drp nilai tersebut keluarga mertua akan sapot
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 04:52 PM | Show all posts
ditambah pula dengan gaji yang ciput, kalo gaji 10k memang xda hal la
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 05:54 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 7-12-2015 05:56 PM

1st time baca thread...berkenaan topik yg membuat lelaki tertekan...
Thread berkenaan topik yg membuat wanita tertekan pulak? x terkira jumlahnye...ahahhaah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2015 07:39 PM | Show all posts
ala lelaki pun.. nk beli kereta puluh ribu yang berkarat akhirnya bole pulak.. ni sah2 isteri yang membantu anda ke syorga... xkan xbole kuar duit... haih.. org kata kawin kerana mampu... xmampu jangan mengamok nk kawin.. huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 10:27 AM | Show all posts
ala kawin je kat siam xyah hantaran2 ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2015 11:59 AM | Show all posts
emmmm baru2 ni ahli keluarga sy kawen mggu lepas
pompuan tu lepasan UPSR je hehehhe  hantaran 10k hehehhe

emmm xleh nk ckp pe la

emmmm yg best nye dpt jumpe pelakon lame
yg lame dh x blakon

nk taw sape

jeng...jeng..jenggggg

@LAILANASIR hahahhaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 09:05 AM | Show all posts
my cousin salah sorang drp kes di atas..

mak pak belah pompuan minta RM15K..

terkedu mak sedara I.. bajet dlm RM10K jer...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 11:45 AM | Show all posts
klu korang nak letak brapa
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 12:03 PM | Show all posts
aku letak rm8k je
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 03:08 PM | Show all posts
parents tak metetapkan wang hantaran.. tp atas perbincangan ngan boifren, mintak dia bagi rm12000.. and husband setuju... pastu parents aku sponsor majlis kahwin.. mak aku mmg kata tugas dia sponsor... ikut apa yg dia mampu.. simple yet elegence.. husband pun mak pak dia sponsor kenduri kahwen.. rezekii
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 10:45 AM | Show all posts
comel91 replied at 7-12-2015 07:39 PM
ala lelaki pun.. nk beli kereta puluh ribu yang berkarat akhirnya bole pulak.. ni sah2 isteri yang m ...

bukan xmampu sis.. isunya hantaran yg tggi je.

setakat mas kawin nikah tu mampu jek dorg
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 10:46 AM | Show all posts
bLuEsKy replied at 10-12-2015 09:05 AM
my cousin salah sorang drp kes di atas..

mak pak belah pompuan minta RM15K..

dorang punya plan 15k tu nak pakai tuk apa
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:40 AM | Show all posts
qronaldo7 replied at 15-12-2015 10:46 AM
dorang punya plan 15k tu nak pakai tuk apa

untuk belanja kahwin - sewa dewan katanya, katering dan lain-lain.

untuk mas kahwin dan barang kemas lain plak...

hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2015 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku x pernah pulak tanya parents aku nak berapa
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 05:15 PM | Show all posts
Nabi kita ada buat tak?

Hantaran dari amalan agama mana?

Nak ikut mana satu kalo bukan dari Al - Quran dan Sunnah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.457658 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list