CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1986|Reply: 2

Penyumbang AS salur jutaan dolar kepada peneroka Yahudi

[Copy link]
Post time 9-12-2015 10:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by uniq61 at 15-12-2015 11:07 AM

Penyumbang AS salur jutaan dolar kepada peneroka Yahudi






BAITULMAQDIS: Penyumbang persendirian Amerika Syarikat (AS) menyalurkan lebih AS$220 juta (RM937.74 juta) bagi pembinaan penempatan Tebing Barat Yahudi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia dilakukan menerusi sumbangan dipotong cukai, secara berkesan memberi subsidi terhadap dasar yang ditentang pentadbiran negara itu selama berdekad, menurut satu siasatan diterbitkan dalam akhbar Israel semalam.



Akhbar harian The Haaretz mendapati, kira-kira 50 organisasi tanpa keuntungan dari seluruh AS mengumpul dana untuk membina penempatan di Tebing Barat, satu kawasan yang bakal dijadikan ibu negara akan datang Palestin, di sepanjang Timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza.
Israel menawan semua tiga kawasan itu dalam perang Timur Tengah 1967.Akhbar berkata, status dipotong cukai bermaksud kerajaan AS "memberi insentif dan secara tidak langsung menyokong pergerakan penempatan Israel," walaupun Washington membantah pembinaan penempatan dan menganggapnya sebagai halangan perdamaian dengan Palestin.
Siasatan The Haaretz mendapati, sesetengah wang yang dihantar penyumbang AS termasuk menyediakan bantuan guaman kepada pelampau Yahudi menerusi kumpulan Israel digelar Honenu.
Laporan juga mengatakan, sesetengah wang dibelanjakan untuk membayar pemimpin peneroka Menachem Livni, seorang rakyat Israel yang dipenjarakan berikutan aktivitinya dalam kumpulan radikal Yahudi yang menjalankan serangan ke atas rakyat Palestin pada tahun 1980-an.
Selain itu, wang sumbangan turut digunakan untuk tujuan membeli bangunan di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis selain memperbaiki keadaan hidup peneroka Yahudi.
Akhbar berkata, laporan itu meneliti dana disumbangkan antara tahun 2009 dan 2013.
Rundingan damai runtuh tahun lalu dan satu gelombang keganasan Israel-Palestin memasuki bulan ketiga.
Serangan hampir setiap hari rakyat Palestin, kebanyakannya insiden tikaman, mengorbankan 19 rakyat Israel, sementara lebih 108 penduduk Palestin dibunuh tentera Israel.
Israel menuduh pemimpin politik dan agama Palestin menghasut keganasan, namun Palestin mengatakan ia adalah akibat hampir 50 tahun penjajahan Israel dan harapan semakin pudar mendapat kemerdekaan.
Palestin mendakwa, pembesaran berterusan penerokaan Yahudi di tanah yang dirampas membuktikan Israel enggan berdamai.
Hampir 600,000 peneroka haram Yahudi tinggal di timur Bailtulmaqdis dan Tebing Barat. -AP





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 10:27 AM | Show all posts
halusnya tulisan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 03:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.234802 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list