CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77212|Reply: 613

ISU RAMBUT BUKAN AURAT- ASTORA PEMBOHONG BESAR

 Close [Copy link]
Abu_Muslim This user has been deleted
Post time 3-3-2004 01:59 PM | Show all posts |Read mode
ISU RAMBUT BUKAN AURAT- ASTORA PEMBOHONG BESAR

Astora Jabat dalam majalah Al-Islam keluaran Febuari
2004 berbohong lagi dengan mengatakan rambut bukan ISU
RAMBUT BUKAN AURAT- ASTORA PEMBOHONG BESAR Astora
Jabatan dalam majalah Al-Islam keluaran Febuari 2004
berbohong lagi dengan mengatakan rambut bukan aurat.

Kali ini Tok Dalang Siam ini menggunakan pula patung
wayang kulit yang menggunakan nama Zainudin Idris.
Dalam artikel yang tersiar pada m.s. 81-82 'Komik'
Al-Islam tersebut Astora merumuskan bahawa Imam Malik
dan fuqahak Maliki berpendapat kaum perempuan tidak
wajib menutup rambutnya bahkan harus mendedahkan buah
dadanya kerana yang wajib ditutup ialah dua kemaluan
yaitu faraj dan duburnya sahaja. Untuk menguatkan
hujjahnya yang palsu itu Astora menyelitkan pula nama
ulamak yang terkenal seperti Imam Al-Jasos,As-Suudi
dan beberapa orang lagi dengan harapan pembaca akan
terpedaya.

Untuk membuktikan bahawa Astora adalah pembohong dan
pendusta kami lampirkan apa sebenarnya yang merupakan
pendapat Imam Malik dan Ulamak2 Mazhab maliki yang
tersebut.
1)- Didalam Kitab Al-Muwatha= Imam malik meriwayatkan
4 buah hadith sebagai dalil kaum perempuan wajib
memakai tudung didalam sembahyang yaitu :-
i) Hadith Ke-321. Dari Imam Malik r.a. bahawasanya
telah sampai kepada beliau bahawa A'isyah r.a. isteri
Nabi saw adalah ia sembahyang memakai baju dan tudung.


ii)Hadith Ke-322. Imam Malik meriwayatkan dari
Muhammad bin Zaid bin Qunfuz dari ibunya bahawasanya
ibunya bertanya kepada Ummi Salamah r.a. isteri Nabi
saw "Apakah pakaian yang dipakai olih kaum perempuan
untuk sembahyang?" Maka jawab Ummu Salamah r.a. :
"Perempuan bersembahyang dengan memakai baju yang
labuh bila dapat menutup belakang tapak kakinya."

iii)Hadith Ke-323. Imam Malik meriwayatkan dari
Abdullah bin Aswad Al-Khaulani semasa beliau berada
dibilik Maimunah r.a. isteri Nabi saw bahawasanya
Maimunah r.a. adalah ia sembahyang memakai baju dan
tudung tanpa kain.

iv)Hadith Ke-324. Imam Malik meriwayatkan daripada
Hisyam bin Urwah dari bapanya bahawa seorang perempuan
meminta fatwa daripadanya. Perempuan itu bertanya :
Sesungguhnya kain ku ini menyempitkan atasku. Adakah
bolih aku sembahyang memakai baju dan tudung? Berkata
bapanya : "Ya! Boleh. Asalkan baju itu labuh". >
>(2)-Berkata Imam Al-Jasos Al-Maliki: Pada ayat ini:
'Hendaklah sekelian perempuan beriman itu melabuhkan
atas sekelian badan mereka akan jilbab2 mereka itu'.
Al-Ahzab 59 "Menjadi dalil atas bahawasanya perempuan2
yang muda itu diperintah dengan menutup mukanya dari
sekelian lelaki ajnabi dan menampakkan tutupan dan
memelihara diri ketika keluar rumah supaya tidak ingin
kepada mereka itu segala orang yang jahat". (Tafsir
Ahkamul Quran Al-Imam Al-Jasos juz 3 m.s.
372)(3)-Berkata As-Suudi pada menafsirkan ayat 59
Surah Al_Ahzab :  "Hendaklah kaum perempuan itu
menutup dengan jilbab akan sebelah mata dan sebelah
dahi mereka." (Tafsir Bahrul Muhith juz 7 m.s. 250) >
>Menyebut oleh Doktor Wahbah Zuhaili pada fasal Aurat
Mazhab Maliki : "Dan aurat itu nisbah bagi dilihat :
Bagi lelaki ialah barang antara pusat dan lutut. Dan
bagi wanita dihadapan lelaki ajnabi ialah sekelian
badan selain muka dan dua tapak tangan. Dan jika
dihadapan mahram2nya ialah sekelian badan selain muka,
kepala, leher, dua tangan dan dua kaki melainkan jika
ditakuti akan lazat maka haramlah memperlihatkan yang
demikian itu bukan kerana ianya aurat." (Sumber Kitab
Fiqh Islami Juz 1 m.s. 588)

Jelaslah dari keterangan ulamak2 diatas bahawa Mazhab
Maliki sekali-kali tidak ada mengatakan kaum perempuan
tidak wajib menutup rambut mereka dihadapan lelaki
ajnabi bahkan sekelian keterangan diatas dan lain-lain
kitab fiqh mazhab Maliki mewajibkan kaum wanita
menutup rambut mereka .

oleh:
Ustaz Azhar
SurauLadang.net
Terbitan : 13 Februari 2004
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2004 02:40 PM | Show all posts
Harap astora buleh jawab
Reply

Use magic Report

AdrianMutu This user has been deleted
Post time 3-3-2004 06:11 PM | Show all posts
Kat board M&M, dia kena perlekeh jer.
Reply

Use magic Report

Abu_Muslim This user has been deleted
 Author| Post time 3-3-2004 08:03 PM | Show all posts
Assalamualaikum

2 Majalah keluaran karangkraf (www.karangkraf.com) bertemakan Islam (Majalah I dan majalah Dewan agama dan falsafah) telah dgn panjang lebarnya menjawab Majalah Al Islam ini. kedua-duanya adalah keluaran bulan ini (MAC). Sila dapatkan di pasaran. SAlah seorang yg menulis adalah Dr Asri Zainal Abidin (pernah berdebat dgn Astora mengenai isu negara Islam. Saya memiliki VCDnya dan tampak jelas kegagapan dan ketidak utuhan hujah astora yg tidak langsung mempunyai asas yg kukuh)

TJ
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2004 08:12 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-3 08:03 PM:
Assalamualaikum

2 Majalah keluaran karangkraf (www.karangkraf.com) bertemakan Islam (Majalah I dan majalah Dewan agama dan falsafah) telah dgn panjang lebarnya menjawab Majalah Al Islam ini. ked ...


saya suka rumusan yg pernah saudara buat ..

didalam astora menolak pendapat mana2 imam ..

tapi kemudian dia datang  dgn membawa pendapat2 juga .

-  kadang2 dia bagaikan kehilangan idea .
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2004 08:28 PM | Show all posts
Ms 81 & 82 Majalah Al Islam keluaran Februari 2004 menyiarkan surat Dr M. Hadi. Ianya dibri tajuk Jangan Malas Berfikir. Tak ada membincangkan pasal aurat.

Tapi sudah tontu orang macam Dess206, terheggeh teranggok anggok. Lupa dia pesan..."Klau ada orang fasik datang membawa cerita.....bla bla bla...:re:

Maideen~Lebai -lebai malang kalau melalak, memang tak ada kelas langsung. Tak pernah kerjanya semenggah, dan inilah orangnya yang perasan orang lain kagum dengan kealiman mereka....prrrrrpftph
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2004 11:44 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 2004-3-3 08:28 PM:
Ms 81 & 82 Majalah Al Islam keluaran Februari 2004 menyiarkan surat Dr M. Hadi. Ianya dibri tajuk Jangan Malas Berfikir. Tak ada membincangkan pasal aurat.

Tapi sudah tontu orang macam Dess206,  ...


OraNg seMbaNg pasaL LaiN, haNg duK kuTuK DeS pasaiPa puLaknYa medeeN?? haNg taKMau bawaKKan buKti Ka yaNg auRaT poMpuaN haNya pada FaraJ daN duBur?? :nana::nana:

ToksaH duK keNeN oraNg Lain saNgaT, iNgat kata-KaTa haNg "seGaLa apa yaNg haNg LaKuKan adaLah JiHaD!!!"..

Uweeekkkk!!!! Loya akU DeNgaq... hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2004 11:54 PM | Show all posts
Dalam artikel yang tersiar pada m.s. 81-82 'Komik'
Al-Islam tersebut Astora merumuskan bahawa Imam Malik
dan fuqahak Maliki berpendapat kaum perempuan tidak
wajib menutup rambutnya bahkan harus mendedahkan buah
dadanya kerana yang wajib ditutup ialah dua kemaluan
yaitu faraj dan duburnya sahaja.


My reply:-

Siapa pulak nak mula berpakaian mcm ni? Anyone yg setuju bolehlah suruh isteri, girlfriend etc buat. Macamana agaknya jika nenek2, makcik2, wanita2 kita berpakaian mcm ni? Eeeee......saya tak naklah sebab saya bukan org dr. zaman batu.:nana:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2004 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by tokusa at 3-3-2004 11:44 PM:
OraNg seMbaNg pasaL LaiN, haNg duK kuTuK DeS pasaiPa puLaknYa medeeN?? haNg taKMau bawaKKan buKti Ka yaNg auRaT poMpuaN haNya pada FaraJ daN duBur?? :nana::nana:

ToksaH duK keNeN oraN ...


hehehehehe...aku bukan apa lah tokusa, aku dah banyak berhujah dengan orang mazhab itu dan ini, orang hanbali, orang hanafi, orang syiah, orang sufi, lebai malang dan tok sarban, tok janggut, orang ismaili, orang Fatimid,  dan macam macam lagi lah...pendek kata semua aku dah hujah lah...prrrrpftph. Dan aku selalu ingatkan depa kalau ada orang fasik bawak cerita...bla bla bla....so aku hanya bagi perigat kat Dess saja. Salah ka?

Sori tokusa, aku bukan berpegang bahawa aurat itu hanya Faraj dan Dubur so tak ada apa yang aku nak buktikan....

Tokusa, sebab hang terer pasai mazhab nih dan pernah memberi hukumnya lebai malang yang membuak buak nafsu syahwatnya boleh beronani dengan syarat dia bermazhab hanafi atau hanbali (tapi depa tak buleh pulak kalu nak tukaq mazhab), aku nak tanya hang lah.... dalam mazhab shafie, aurat wanita hamba masa sembahyang apa?

Kalau hang tak tau jangan marah noooo......

BTW tokusa, hang ada baca Al Islam Februari ka, atau hang jenis yang dengaq cerita orang saja?

[ Last edited by Maideen. on 4-3-2004 at 12:18 AM ]
Reply

Use magic Report

kulupmaideen. This user has been deleted
Post time 4-3-2004 07:47 AM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 3-3-2004 01:59 PM:
ISU RAMBUT BUKAN AURAT- ASTORA PEMBOHONG BESAR

Astora Jabat dalam majalah Al-Islam keluaran Febuari
2004 berbohong lagi dengan mengatakan rambut bukan ISU
RAMBUT BUKAN AURAT- ASTORA PEMBOHONG ...


Satu malaya dah tau anak siam tu meren..biaq pi la dia gile sorang.
Reply

Use magic Report

Abu_Muslim This user has been deleted
 Author| Post time 4-3-2004 08:04 AM | Show all posts
hehehehehe...aku bukan apa lah tokusa, aku dah banyak berhujah dengan orang mazhab itu dan ini, orang hanbali, orang hanafi, orang syiah, orang sufi, lebai malang dan tok sarban, tok janggut, orang ismaili, orang Fatimid,  dan macam macam lagi lah...pendek kata semua aku dah hujah lah...prrrrpftph. Dan aku selalu ingatkan depa kalau ada orang fasik bawak cerita...bla bla bla....so aku hanya bagi perigat kat Dess saja. Salah ka?

Sori tokusa, aku bukan berpegang bahawa aurat itu hanya Faraj dan Dubur so tak ada apa yang aku nak buktikan....

Tokusa, sebab hang terer pasai mazhab nih dan pernah memberi hukumnya lebai malang yang membuak buak nafsu syahwatnya boleh beronani dengan syarat dia bermazhab hanafi atau hanbali (tapi depa tak buleh pulak kalu nak tukaq mazhab), aku nak tanya hang lah.... dalam mazhab shafie, aurat wanita hamba masa sembahyang apa?

Kalau hang tak tau jangan marah noooo......

BTW tokusa, hang ada baca Al Islam Februari ka, atau hang jenis yang dengaq cerita orang saja?

[ Last edited by Maideen. on 4-3-2004 at 12:18 AM ]


Mungkin sipenulis tersilap muka surat tapi tak tersilap hujah. Tetapi itu bukan hujah utk membatalkan hujah mereka. Saya sendiri memiliki majalah tersebut dan keluaran tersebut (sebab tu boleh tulis pangjang lebar ttgnya).

Sdr mengatkan dah panjang berdebat dgn ahli mazhab dll. Sdr menolak mazhab dan menggali hukum sendiri. Tetapi dalam aurat macammana sdr boleh berhukum dengan hukum utk lelaki? (paha sahabat bukan sahabiah).

Saya bertanyakan bagaimana dengan hadis-hadis yg lain yg mnenyentuh aurat perempuan. Sdr tidak membalasnya...

Saya pun tidak berpegang kpd satu mazhab tetapi saya tetap menghormati pendapat imam2 tersebut bukan kerana nama mereka, tetapi kerana hujah-hujah dan dalil2 mereka. Seseorang yg jujur dalam meneliti dalil tidak dapat tidak akan datang ke satu konklusi yg sama dgn imam-imam tersebut. Ini kerana situasi berubah, pendapat berubah, tetapi dalil dan tetap sama dari dahulu hingga sekarang.

Mengenai aurat wanita dalam sembahyang menurut shaife, sdr rasa apa pulak. Kadnag2 nie dia bertanya sebenarnya utk provoke je.

Wallahulam
AM
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2004 08:23 AM | Show all posts
Originally posted by kulupmaideen. at 4-3-2004 07:47:
Satu malaya dah tau anak siam tu meren..biaq pi la dia gile sorang.


kalau dia giler sorang2 tak apa..
tp siap mengiler2kan org lain tuh..
tu yang tak tahan tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2004 08:24 AM | Show all posts
sesat lagi menyesatkan....
Reply

Use magic Report

LIPAN_BARA This user has been deleted
Post time 4-3-2004 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 2004-3-3 11:54 PM:
Dalam artikel yang tersiar pada m.s. 81-82 'Komik'
Al-Islam tersebut Astora merumuskan bahawa Imam Malik
dan fuqahak Maliki berpendapat kaum perempuan tidak
wajib menutup ramb ...





astora punya bini pun tak berani nak pakai cam tu

Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2004 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 3-3-2004 08:12 PM:
saya suka rumusan yg pernah saudara buat ..

didalam astora menolak pendapat mana2 imam ..

tapi kemudian dia datang  dgn membawa pendapat2 juga .

-  kadang2 dia bagaikan kehilangan idea .

dia bukan kehilangan idea, sebaliknya memang tak tahu apa yang dia kata. Yang ada dalam pala otak dia hanyalah agenda yang dia sundri faham. Tah mana2 nyer nama dia bawak nak soh owang lain percaya.... tapi dess ader pengikut sekali tu.... jilat kaki pon aku rasa mamat ni sanggup.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2004 09:31 AM | Show all posts
Siapa kata tak ada yg tak berani pakai mcm tu? Kalau dibolehkan memang ramai wanita2 di Msia yg nak walk in bikinis or even topless. Ia melambangkan civilization & kemajuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2004 09:33 AM | Show all posts
aku dah banyak berhujah dengan orang mazhab itu dan ini, orang hanbali, orang hanafi, orang syiah, orang sufi, lebai malang dan tok sarban, tok janggut, orang ismaili, orang Fatimid,  dan macam macam lagi lah...pendek kata semua aku dah hujah lah...prrrrpftph

Ooooo... tu pasal main sedap mulut hang jer nak cakap pasal hukum ni. Apa jawapan diorang????

Sori tokusa, aku bukan berpegang bahawa aurat itu hanya Faraj dan Dubur so tak ada apa yang aku nak buktikan....

Kalau hang tak berpegang kepada fahaman tu kenapa plak hang war2kan sangat?????
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2004 09:34 AM | Show all posts
Lagipun mana ada kemajuan kalau wanita2 Islam drape themselves like mummies. Sedangkan wanita2 di Msia yg bertudung bawal & pakai decent clothing dah dikira outdated. Inikan pulak yg drape themselves like mummies.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2004 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-4 08:04 AM:
Mungkin sipenulis tersilap muka surat tapi tak tersilap hujah. Tetapi itu bukan hujah utk membatalkan hujah mereka. Saya sendiri memiliki majalah tersebut dan keluaran tersebut (sebab tu boleh tuli ...

Silap memanjang........benda basic macam tu pun silap. Kok iya pun silap nampak sangat orang yang jenis Isle sana Isle sini, aurat sana aurat sini, hukumnya amat jelas sana hukumnya amat jelas sini, itu haram ini haram, itu maksiat ini maksiat dan perasan hanya apa yang disumbatkan kedalam kepala dia sahaja yang betul, tak pernah pun nak verify, cuma terhanggok hanggok. Itulah pasal aku ingatkan lebai malang macam Dess bahwa "Bila datang orang fasik membawak cerita...bla bla bla..."

Sudah tentu lebai malang yang beribadat sesambil berangan angankan bidadari bidadari telanjang ditebing sungai yang mengalirkan arak yang lezat rasanya sebagai habuan beribadat, akan seronok bila membaca tulisan lebai malang yang saya quotekan ini:

"Astora merumuskan bahawa Imam Malik
dan fuqahak Maliki berpendapat kaum perempuan tidak
wajib menutup rambutnya bahkan harus mendedahkan buah
dadanya
..."

Mungkin lebai malang yang sundri menggelarkan dirinya Ostad ini, asyik teringatkan bidadari bertetek besar sebagai habuannya semasa membaca Al Islam bulan Februari sehingga itu yang difahamkannya, dan konfius dia tentang muka surat berapa yang dia baca......:re:

Orang yang selalu menerangkan cara membersihkan dubur dalam Islam di Board Local Politics ini iaitu Pak Su @ Kulupmaideen tentu akan kagum dengan Ostad tulisan Ostad ini....

Sepatah haram aku tak faham apa yang kau maksudkan 'berhukumkan aurat lelaki'. Kalau kau tak tahu pegangan aku tentang aurat, baik lelaki atau wanita, aku cadangkan kau baca thread thread yang lama dulu.

Tentangl apakah fahaman imam Shafie mengenai apa yang wanita hamba patut tutup masa sembahyang, itu soklan aku kepada seorang lagi ahlil hukum yang tersohor disini iaitu, Tokusa. Dia memang pakar tentang fahaman imam mazhab ini terutama imam mazhab Hanafi dan Hanbali. Kasi canlah dia menunjukan pandainya ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2004 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 4-3-2004 09:45 AM:
Silap memanjang........benda basic macam tu pun silap. Kok iya pun silap nampak sangat orang yang jenis Isle sana Isle sini, aurat sana aurat sini, hukumnya amat jelas sana hukumnya amat jelas sini ...

Tapi maideen ngapa kau sibuk sangat citer pasal tu kalau kau bukan berpegang pada hukum tu??? Kau tak pk ker ada umat Islam lain yang sensitif bila dengar hukum cam tu...Itu ker cara kau berhujah ngan owang lain??? Konon nak kater rambut bukan aurat, kau perkuatkan pulak dengan hukum dubur dan faraj ni. Seswai ker????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.589093 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list