CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Abu_Muslim

ISU RAMBUT BUKAN AURAT- ASTORA PEMBOHONG BESAR

 Close [Copy link]
Post time 10-3-2004 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 10-3-2004 10:28 AM:


Mungkin sekadar silap muka surat tapi apa muka surat yang betulnya? Tak mampukah Ostad yang memanggil orang pembohong besar ini memberinya?;)

Topik kegemaran ahlil hukum selain dari hukum me ...

Apa la kau, hamba mana ada lagi dah. Tapi kalu hamba masih wujud aurat terpulang pat tuan pasal dia dah habis sumer hak... tu pon tak tahu ker maideen?????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2004 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 2004-3-10 10:19 AM:

Pat mana yang tak adil nyer???? Sorang miskin yang terpaksa mencuri kene penjara 2,3 tahun, ngan sorang pemimpin makan duit rakyat(termasuk hak rakyat miskin yang terpaksa mencuri ...

Sori to say lah...yang parti sarban janggut bukak hanyalah kain sarong kat pompuan lalu......porrrrrrrrrrrrah!;)
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2004 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 2004-3-10 11:04 AM:

Apa la kau, hamba mana ada lagi dah. Tapi kalu hamba masih wujud aurat terpulang pat tuan pasal dia dah habis sumer hak... tu pon tak tahu ker maideen?????


Tak tahu jangan bercakap, jangan Isle sana Isle sini, kunun selalu berhujah dengan si fulan dan sifulun menulis disana menulis di sinun....dikaji dulu dengan sapa kita berinteraksi, jangan disangkakan semua orang sama tahap dengan jenis yang pergi mendengar ceramah PAS!

Tak ada sapa yang kata samada hamba ada lagi atau tidak...

Dilaporkan imam Shafie mengatakan yang wajib ditutup bagi wanita hamba semasa sembahyang ialah sama macam lelaki ia itu diantara lutut dengan pusat. Boleh saya tahu fekah imam mazhab mana pulak yang kata aurat pompuan hamba terpulang kepada tuannya sebab hamba tak ada hak?

Sebab saya bertanya demikian ialah kerana kamu pernah berkata: "Kita sudah ada imam Syafie, buat apa ikut mazhab lain?".... dan lain lain statement serupa yang biasa di buat oleh orang orang yang Isle ke hulu Isle kehilir, aurat ke hulu aurat kehilir, hudud ke hulu hudud kehilir sambil perasaan dialah yang hebat tentang Islam .....prrrrrrpftph;)
Reply

Use magic Report

Abu_Muslim This user has been deleted
 Author| Post time 10-3-2004 11:14 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 10-3-2004 10:28 AM:


Mungkin sekadar silap muka surat tapi apa muka surat yang betulnya? Tak mampukah Ostad yang memanggil orang pembohong besar ini memberinya?

Topik kegemaran ahlil hukum selain dari hukum mencukur bulu ialah, aurat wanita.....Wanita hamba tu bukan wanita ka? That's the point!

Pasai apa ada kelas kelas wanita yang boleh sembahyang dengan tetek terdedah (at least mengikut fekah Syafie) ? Pakar mazhab Hanafi dan Hanbali tokusa tak nak bagi pendapat ka?

Maideen~ Setakat mengajak berpikir, sebelum mengikut membabi buta ......


Persoalannya sdr maideen ada tak dalam artikel tersebut tulisan mengenai kata-kata imam malik sebagaimana diutarakan dalam artikel tersebut?

Kedua kalau beza wanita HAMBA dengan MERDEKA pun tak tahu, saya sarankan kenalah belajar lebih lagi. Kalau bab semudah itu pun tak tahu, tak perlulah kita nak bincang dalam-dalam.

Nak tahu perbezaannya, bacalah hadis rasullulah s.a.w. Bukankah sdr kata sdr nie jenis yg terus tengok sumber primary. Tak rujuk ulama. Maka saya sarankan baca hadis-hadis perbezaan kedua-dua golongan wanita ini. Baru boleh bincang panjang.

WAllahualam
AM
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2004 01:17 AM | Show all posts
Medeen.. MedeeN..

TetiBa PuLak haNg boLeh keLuarKan batasaN auraT unTuk haMba waNita.. daH meMang taHu yaNg sisTem sudaH tidaK wuJud LaGi pada ZaMan sekaRang nIh.. aPa yaNg haNg naK bawaK usEr Lp Nih berfiKir saNgaT tenTang auRaT haMba waniTa niH?? :hmm::hmm:

KaLau haNg baGitaU yanG haMba waNita boLeh berseMbahYang deNgaN BatasaN auRaT yaNg paLing miNima, adakah itu reLevaN deNgaN kehiduPan kiTa sekaraNg niH?? Jauh seKali unTuk kiTa naK qualified unTuk syaRat tuH.. KenaPa taK kaTa sembahYang juMaat yanG kiTa buaT seKaraNg ni taK waJib??.... KaN haMba tidaK waJiB keaTasnYa unTuk soLat jumaaT?? KeNapa puLak taK baGitaU yaNg zaKat iTu taK waJib keaTas kiTa, keraNa tidaK waJib keaTas goLongaN haMba?? astOra taKmaU keLuarKan huKum baRu ka?? :clap::clap:
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2004 09:01 AM | Show all posts
Originally posted by tokusa at 2004-3-11 01:17 AM:
Medeen.. MedeeN..

TetiBa PuLak haNg boLeh keLuarKan batasaN auraT unTuk haMba waNita.. daH meMang taHu yaNg sisTem sudaH tidaK wuJud LaGi pada ZaMan sekaRang nIh.. aPa yaNg haNg naK bawaK usEr L ...

Tokusa ...tokusa, janganlah kerana takajut berok terus cerita pasal sembahyang juma'at, hari raya aidil fitri ......ini tajuk berkenaan aurat wanita. Tak kiralah aurat wanita kaum langkuta yang dah pupus ka atau idak...;)

Tokusa dalam fekah imam mazhab Hanafi dan Hambali, wanita hamba boleh sembahyang dengan tetek terdedah jugak ka? Habaq mai lah.....hang kan ahlil hukum hukum yang jelas dan nyata bersumberkan kitab kitab lama, ulamak ulamak daulu daulu dan radio ikim.....hahahahahahaha:bgrin:

Hang tau ka mazhab mana yang guangore pakai bila dia kata aurat hamba terserah pada tuannya sebab hamba tak ada hak? Ini bersumberkan ulamak lama pilihan ka atau radio ikim ka? Aku tanya kat hang sebab hang pakar pasai mazhab mazhab nih........prrrrrpftph:bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2004 02:06 PM | Show all posts
deen, apesal mu tak jawab soalan saudara abu muslim tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2004 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by Awang Ganu at 2004-3-11 02:06 PM:
deen, apesal mu tak jawab soalan saudara abu muslim tu..

Soalan apa Awe, soalan pasal adakah dalam artikle itu....tu ka?

Jawapan aku ialah, artikle apa? Mola mola bukan main pung pang pung pang Astora pembohong besar, Al Islam, Februari 2004 ...ms 81 dan 82. Aku tengong tak der pon. Cakap lah ms brapa keluaran bila parenggan brapa yang Astora menganjurkan wanita mendedahan tetek masa sembahyang seperti yang didakwa.

Sila baca tulisan aku  balik dari atas Awe. Mung pun kalau tahu apa yang Ostad tu pung pang pung pang kan bolehlah bagitau kat aku. Kalau tidak macam biasalah ianya hanyalah tulisan seorang lebai malang yang sungguh sakit hati kepada Astora jabat kerana sering mendedahkan tahap kealiman orang yang Isle ke hulu isle kehilir, aurat ke hulu aurat kehilir menyangkakan orang sungguh kagum dengan kealimannya....:gantuk:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2004 04:37 PM | Show all posts
Originally posted by tokusa at 11-3-2004 01:17 AM:
Medeen.. MedeeN..

TetiBa PuLak haNg boLeh keLuarKan batasaN auraT unTuk haMba waNita.. daH meMang taHu yaNg sisTem sudaH tidaK wuJud LaGi pada ZaMan sekaRang nIh.. aPa yaNg haNg naK bawaK usEr L ...


yang bebenau nya tok aku sajer  nak tahu apa jawapan maideen pasal dia ni aku anggap pakar hukum baru. Kok kau tanya dia tak nak jawab, kecuali kau bawak hukum, baru dia bangkang.....
hahahahaahha... maideen, kao memang best makan umpan aku.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2004 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by guagcore at 2004-3-11 04:37 PM:


yang bebenau nya tok aku sajer  nak tahu apa jawapan maideen pasal dia ni aku anggap pakar hukum baru. Kok kau tanya dia tak nak jawab, kecuali kau bawak hukum, baru dia bangkang.....
hahahaha ...

Hehehe....ingatkan ko nak bagitahu fahaman mazhab mana yang kata aurat untuk hamba bergantung pada tuan dia.....rufer rufer saja nak borak borak kosong....

Belum jumpa dalam kitab kuning atau kitab ulama dulu dulu, barangkali. Maideen rasa tentu ialah selepas bab "Telekong musti puteh" tu .....hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2004 09:20 PM | Show all posts
Senang je jawapannya. Back to the basic ie. the Holy Quran. Susah sgt ke nak faham mengenai aurat wanita? Al Quran kan dah clear on women's aurat.
Reply

Use magic Report

Abu_Muslim This user has been deleted
 Author| Post time 11-3-2004 11:41 PM | Show all posts
Soalan apa Awe, soalan pasal adakah dalam artikle itu....tu ka?

Jawapan aku ialah, artikle apa? Mola mola bukan main pung pang pung pang Astora pembohong besar, Al Islam, Februari 2004 ...ms 81 dan 82. Aku tengong tak der pon. Cakap lah ms brapa keluaran bila parenggan brapa yang Astora menganjurkan wanita mendedahan tetek masa sembahyang seperti yang didakwa.


Memandangkan Maideen tidak nampak apa yang ditulis oleh ustaz Zainudin Isris di dalam Al Islam dan Utusan Malaysia yang DIPETIK DAN DISIARKAN SECARA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB OLEH ASTORA (ie dia dapat saham sekali la) dan dijawab di atas dengan muka surat (setakat muka surat sahaja) yang salah, maka saya petikkan buat kesekian kalinya utk sdr maideen. Mungkin sdr maideen boleh rujuk kembali al Kitab Al Islam dan utusan Malaysia online tersebut dan komen kalau-kalau ada tersilap letak koma, atau titik noktah atau semikolen, tanda seruan etc. Boleh berbahas panjang pula ttg isu tersebut. Saya highlightkan utk kemudhana bacaan sdr maideen.

Sebenarnya para imam Islam telah pun menetapkan aurat yang wajib ditutup dan yang tidak wajib ditutup. Imam as-Syafii sebagai contoh mengikut adat resam Arab dan perasaan mereka yang mana kaum perempuannya suka menutup seluruh badan dan kaum lelakinya menutup sekadar tiga per empat badan. Imam Hanafi mengikut adat Ajam (Parsi) yang resamnya tidak jauh dengan Arab. Akan tetapi Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah. Dia membenarkan kaum lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu juga dengan kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi di luar sembahyang.


End. Apakah maksud ayat tersebut. Saya petik lagi:

Akan tetapi Imam Malik, guru kepada Imam as-Syafii menetapkan aurat mengikut adat resam orang-orang di sebelah Eropah. Dia membenarkan kaum lelaki menutup dua kemaluan sahaja dan begitu juga dengan kaum wanitanya. Jika terbuka buah dada dan belakang sekalipun dikirakan sembahyang mereka sah, apakah lagi di luar sembahyang.

TAMAT PETIKAN:

Perkara yang kedua:

Mungkin Sdr Maideen dengan kebijaksanaan dalam tahqeh dan istibat hukum terus dan al quran dan as sunnah sudi memberikan kupasan mengenai hadis-hadis berikut:

Daripada Aisyah: Allah tidak menerima sembahyang orang perempuan yang sudah datang haid tanpa tudung kepala. (hadis riwayat al Hakim. Katanya: Hadis ini sahih menurut riwayat Muslim. DIriwayatkan juga oleh lima orang Imam hadis kecuali An Nas'I dan disahihkan oleh Ibn Khuzaymah.

Berkata Aisyah, Rasullulah s.a.w bersabda: Wahai Asma', orang perempuan apabila meningkat umur hadid (baligh) tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini. Baginda rasullulah s.a.w pun menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan baginda. ( Hadis Riwayat Abu Daud. Hadis ini Mursal. Lihat Nasab Al Rayah.

Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (Surah An Nur:31)

Ibn Abbas dan Aisyah berkata bahawa yang dimaksudkan dengan zahir itu adalah muka dan dua tapak tangan kerana rasullulah s.a.w melarang wanita yang berihram daripada memakai sarung tangan dan penutup muka. (Hadis ini daif. Tetapi hadis ihram diriwayatkan dalam sahih bukhari bahawa nabi s.a.w bersabda "Perempuan yang dalam ihram janganlan memakai penutup muka dan memakai sarung tangan".)


Aurat Hamba perempuan:

Daripada Umar Al Khattab: "Buangkanlah kain tudung kepala wahai HAMBA perempuan. Apakah kamu mahu menyerupai wanita yang MERDEKA?" (Kata Al Zayla'I hadis ini Gharib. Dengan makna yang sama diriwayatkan daripada Abd Al Razzaq.
Diriwayatkan dari Al baihaqi, athar yang demikian itu daripada umar adalah sahih. Nasab Al Rayah. Jil 1. hlm 300.)



Sila beri tunjuk ajar.

Wallahualam
AM
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 11-3-2004 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-11 11:41 PM:


Memandangkan Maideen tidak nampak apa yang ditulis oleh ustaz Zainudin Isris di dalam Al Islam dan Utusan Malaysia yang DIPETIK DAN DISIARKAN SECARA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB OLEH ASTORA (ie dia d ...



Rehat cerita ini. Nanti lepas pilihanraya kita main semula..
Reply

Use magic Report

Abu_Muslim This user has been deleted
 Author| Post time 11-3-2004 11:53 PM | Show all posts
Assalamualaikum Astora

Rehat cerita ini. Nanti lepas pilihanraya kita main semula..


Sdr tak pernah cakap apa-apa tiba-tiba datang suruh orang rehat. Sdr buat ribut, kita jawab bahas, tahqeh terus dr sumber yg sdr petik sdr diam, orang lain jawab, lepas tu suruh 'rehat' sekejap. Sebabnya, nak pilihanraya...

Maaflah Astora. Bagi saya kerehatan tidak ada selagi sdr tidak menggunakan media yg sama utk menarik balik kenyataan sdr tersebut. Buku, kitab, hadis, al quran semua kami dah keluar dan apa yg sdr tulis semua kami dah balas. Bila nak siarkan artikel kami pulak tanpa ada sebarnag komen dari sdr.

Satu lagi saya perasan sdr suka petik kata-kata orang yang mmg terkenal hendak memusnahkan Islam. Antaranya ialah Gamal al Banna, adik Hasan Al Banna yang terkenal dengan pandangan Islamnya yang eksterme (ie kestreme kesebelah nak menghancurkan Islam.) Dan sdr selalu quote "adik hasan al banna, mursyid Ikhwan Muslimin.) Ingat sdr, alim dan tawaduk si abang tidak menjamin adik akan menjadi serupa. Nabi Nuh dan Nabi Lut isteri dan anak-anak masing-masing mati kafir jugak. Ingat kata-kata nasyid raihan "Iman tidak dapat diwarisi, dari seorang ayah yg bertaqwa". Kuat atau lemah hujah seseorang bukan pada siapa yg berkata tapi pada apa yg dikatakan.

Sdr kalau betul salah, mengakulah. Tidak ada cacat celanya mengaku salah. Kalau rasa betul, jawablah, mungkin kami yg salah. Tapi kalau membisu seribu bahasa, tatkala ada 'burung-burung lain' yang berkicauan, mana kami tahu apa masih teguh hujah yg ada.

Takkan cakap berlapik macam nie tak faham lagi?

AM
Reply

Use magic Report

Astora Jabat This user has been deleted
Post time 12-3-2004 12:00 AM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-11 11:53 PM:
Assalamualaikum Astora



Sdr tak pernah cakap apa-apa tiba-tiba datang suruh orang rehat. Sdr buat ribut, kita jawab bahas, tahqeh terus dr sumber yg sdr petik sdr diam, orang lain jawab, lepa ...



Apa yang saya nak tarik dan jawab yang ada beri adalah pandanan anda. Bukan Tuhan dan Nabi yang kata begitu..


Gamal al-banna lebih hebat daripada abangnya dari segi penyelidikan kerana bukan orang politik, tetapi pengkaji. Saya kenal baik pemikir Islam ini kerana selalu berbincang dengan dia... Rumah kakaknya juga dekat degan tempat tinggal saya di Nadi Said di Mohandessin. Jadi selalulah bejumpa dengan dia...

Saudara tidak suka pemikiran yang terbuka, terserah kepada saudara. Tetapi pada saya dia seorang pemikiran Islam berpandangan jauh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2004 12:30 AM | Show all posts
Originally posted by Abu_Muslim at 2004-3-11 11:41 PM:


Memandangkan Maideen tidak nampak apa yang ditulis oleh ustaz Zainudin Isris di dalam Al Islam dan Utusan Malaysia yang DIPETIK DAN DISIARKAN SECARA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB OLEH ASTORA (ie dia d ...

Sila baca dari Ms 77 dari heading Pegertian aurat! Yang saya faham dari tulisan Ustaz zainuddin Idris ialah fahaman beliau tentang perkara ini ialah selain dari qubul dan dubur yang mesti ditutup, "anggota anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka dihadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya..." sila lihat ms 77, parenggan 4 sebelah kanan.

Yang biboldkan itu adalah emphasis yang saya buat. Dan ini memang pegangan saya sebelum membaca tulisan Ustad Zainuddin lagi! In fact pegangan saya ialah bukan rambut sahaja aurat, malah muka dan tapak tangan jugak menjadi aurat jika seorang wanita itu berada di suatu masyarakat yang menutup muka dan tapak tangannya! kerana seorang wanita yang waras akan merasa malu pada keganjilannya dari orang lain! Buat masa ini masyarakat dikeliling saya ramai yang berskirt dan berblouse dan kalau saya seorang wanita, saya tetap yakin yang saya menjaga aurat saya jika berskirt dan berblouse!

Dan juga pada saya jika seorang wanita menyertai pertandingan renang 100m kuak lintang dalam sukan olympic, dia sudah cukup menjaga auratnya!

Itu adalah pegangan saya dan tidak ada paksaan untuk sesiapa mengikutnya. Kalau kamu nak cakap ulamak sifulan dan sifulun tak cakap macam itu, jadi peganggan saya mustilah salah....sila lah cari forum dimana orang semua bertaklid pada fekah sifulan dan sifulun dan biarkan Allah menentukan salah atau betulnya pegangan saya.

Jadi pada saya tidak ada pembohongan dari Astora Jabat dan keamanahannya tidak langsung saya ragukan. Bacalah sekali lagi tulisan Ustad Zainudin itu secara menyeluruh, jangan di ambil sekerat sahaja.

Pasal nak tanya saya apa hukumnya itu dan ini, ma'aflah carilah orang lain. Saya bukan jenisnya yang yang berkata begitu begini begitu begini dan maka hukumnya amat jelas....

Tanyakanlah kepada orang orang yang berlagak seolah olah mereka sudah mendapat sijil dari Allah Ta'alla yang mengatakan merekalah yang betul dan pandai. Ramai yang macam itu sekarang ini, tapi saya bukan salah seorang darinya....orang yang dah lama disini tahu saya bukan macam itu.

Ma'aflah, pilihanraya nak dekat jadi saya mungkin sibuk sikit salepas ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Abu_Muslim This user has been deleted
 Author| Post time 12-3-2004 12:41 AM | Show all posts
Apa yang saya nak tarik dan jawab yang ada beri adalah pandanan anda. Bukan Tuhan dan Nabi yang kata begitu..


Bukan nabi kah yang berkata dalam petikan hadis bukahri, Muslim, Abu Daud dll? Bukan Allahkah yang berkata dalam petikan ayat-ayat Quran yang saya dan para ulama berikan? Kalau bukan Allah dan rasulnNya siapa lagi yang berkata?

Bezanya saya berkata dgn pandangan saya semata-mata, dengan saya berkata dengan kalam Allah dan rasulNya ialah bila saya tulis tidak menyertakan satu apa pun hujah daripada al Quran dan as sunnah ialah seperti kaedah petikan sdr mengenai pemakaian tudung itu haram dalam al Islam tempoh hari. Itu yg dikatakan 'pendapat shaz' atau ganjil atau pelik semata-mata dan padangan semata-mata (purely opinion). sebab pendapat tersebut tidak ada disertakan dengan mana-mana dalil yg kukuh utk menyokongnya. Dalil pula ditafsirkan mengikut akal semata-mata yang mana-mana ahli tafsir dan hadis yang faqeh dan yang baru belajar pun akan tahu that it will not stand sebagai satu hujah yang kukuh.

Pandangan rosak pulak ialah pandangan yang dikatakan datang dari ulama tetapi dipetik secara sembrono dan tidak bertanggungjawab. Apa yang ulama itu tulis berpuluh muka surat, tetapi dipetik satu perenggan yang keluar dari konteks terjemahan dan maksud petikan tersebut ditulis. (Rujuk tulisan saya dan Hafiz firdaus menjawab ustaz zainuddin)

Kalau pandangan dan petikan saya salah, maka betullah dengan kalam yang betul. Mana salahnya? Mana betulnya?

Kalau setakat kata pendapat saya 'hanyalah pendapat', maka siapa yang berani membatah apabila saya berkata "kata-kata sdr dan petikan-petikan sdr pun hanyalah pendapat dan bukan kata-kata Allah dan rasulNya" Tidak begitu? Kalau dengan frasa mudah ini kata-kata saya harus dibuang dan ditongsampahkan, maka apa yang menghalang kata-kata sdr diperlakukan dengan perlakukan yg serupa.

Benar pegangan kerana hujahnya. Bukan kpd siapa yg berkata.

Gamal al-banna lebih hebat daripada abangnya dari segi penyelidikan kerana bukan orang politik, tetapi pengkaji. Saya kenal baik pemikir Islam ini kerana selalu berbincang dengan dia... Rumah kakaknya juga dekat degan tempat tinggal saya di Nadi Said di Mohandessin. Jadi selalulah bejumpa dengan dia...

Saudara tidak suka pemikiran yang terbuka, terserah kepada saudara. Tetapi pada saya dia seorang pemikiran Islam berpandangan jauh..


Kalau hanya kerana Hasan al banna ahli politk sdr tolak, maka mahathir dan Paklah pun sdr patut tolak. Jangan sokong dan bersengkokol dgn ahli politik. Mereka 'kotor'...

Seperti yg saya kata:

Benar pegangan kerana hujahnya. Bukan kpd siapa yg berkata

Nak saya bawak hadis ke dalam perkara ni? Tak perlu lah kan. sdr lebih arif. (?)

Seperti yang saya kata, saya tak nampak kehebatan yang sdr nampak pada gamal al banna. Saya tidak menolak peribadinya yang mungkin hebat, tetapi saya tidak nampak kehebatan pada penulisannya. Saya akui saya tidak membaca kesemua tulisan gamal al banna. Tetapi membacakan sedikit komentar dari sdr sudah terserlah pengaruh orentaslis dalam pemikirannya. semoga ALlah menunjukkanya dan sdr jalan yg lurus.

Bukan masalah kenal atau tidak. Saya pun kenal menantu dan anak Qaradawi. Saya sendiri pernah menjadi anak buahnya. Saya juga kenal dengan Dr Kamal Helbawi (dari Ikhwan Muslimin) dan juga Dr azam tamimi (dari Hamas). Tetapi itu tidak menjadikan saya buta dengan nas dan hujah. Kalau betul ulama-ulama dan pemikir Islam ini, saya sokong dan bantu. Kalau salah, maka dengan Al Quran dan as sunnahlah saya berhujah dengan mereka. Kalau betul pandangan mereka, saya terima. Kalau salah, apakah astu kesalahan mereka diperbetulkan?

Sedangkan imam as salaf yang empat bisa berkata mereka betul atau salah. Dan minta diperbetulkan kalau tersalah. Maka apa yg boleh menghalang saya mengatakan bahawa dengan ijma' kaum muslimin, pandangan yg saudara bawakkan adalah pandangan yang benar-benar salah dari segi nas, hujah, akal dan juga pegangan nabi, suruhan ALlah, pandangan sahabat dan pandangan salaf.

wallhaualam
AM @ TJ

[ Last edited by Abu_Muslim on 12-3-2004 at 12:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2004 01:14 AM | Show all posts
Originally posted by Astora Jabat at 2004-3-11 11:46 PM:



Rehat cerita ini. Nanti lepas pilihanraya kita main semula..


saUdaRa auTaRa.. ToKoH maNa puLak YaNg caKap baHawa seTiaP maJliS iLmu keNa diRehatKan duLu siHinGGa habis piLihanRaya?? ataUpuN kiTab maNa puLak yaNg baGitaU macaM niH?? :nana::nana:

MeDeeN.. oStaD BasuHan taNgaN haNg tuH suRuH reHat duLu La.. haNg toKsaH duK meLawaN saNgat La niH.. tuNggU La aBeh piLihanRaYa..

BuaT puTeRi uMno, aPa LaGi.. PiLihanRaYa nIh aNda seMua diBeNarKaN buKa seMua kecuaLi FaRaJ daN duBuR saHaJa.. iNi adaLah araHaN oStaD aNda seniRi, saUdaRa auTaRa!!! siaPa yaNg inGkaR, akaN diCop menyOkoNg pemBangKaNg.. :gado::gado:

miMik, haNg taK payaH La buaT seMua tuH.. hanG tuTup seMua kaN?? LaGipUn daH LendUt aBeh daH.. BuRuK BebenOr sNgat aiH!! :cak::cak::cak:
Reply

Use magic Report

Abu_Muslim This user has been deleted
 Author| Post time 12-3-2004 10:33 AM | Show all posts
Sila baca dari Ms 77 dari heading Pegertian aurat! Yang saya faham dari tulisan Ustaz zainuddin Idris ialah fahaman beliau tentang perkara ini ialah selain dari qubul dan dubur yang mesti ditutup, "anggota anggota yang mendatangkan keaiban dengan sebab ia terbuka dihadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya..." sila lihat ms 77, parenggan 4 sebelah kanan.

Yang biboldkan itu adalah emphasis yang saya buat. Dan ini memang pegangan saya sebelum membaca tulisan Ustad Zainuddin lagi! In fact pegangan saya ialah bukan rambut sahaja aurat, malah muka dan tapak tangan jugak menjadi aurat jika seorang wanita itu berada di suatu masyarakat yang menutup muka dan tapak tangannya! kerana seorang wanita yang waras akan merasa malu pada keganjilannya dari orang lain! Buat masa ini masyarakat dikeliling saya ramai yang berskirt dan berblouse dan kalau saya seorang wanita, saya tetap yakin yang saya menjaga aurat saya jika berskirt dan berblouse!


Dengan kesimpulan lain yang Maideen faham dari penulisan ustaz Zainuddin ialah masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang lembu mengemoo. Kalau kita pergi ke timur tengah maka pada masa tersebut pakailah tudung, kain hitam, kain tebal. Kalau pergi afganistan pakailah burqah. Kalau pergi ke england pada musim panas dekat pantai seperti di Brighton, Bournemouth tak payah pakai apa-apa (nudes beach). Kalau pergi malaysia pakai apa? Baju kurung? Baju melayu? sari? Chinogsam?

Ini yang saya kata, tak tahu hukum bercakap gah ttg hukum. Sejak bila uruf dan adat mengatasi hukum dan nas? Apa nasnya yang menyuruh bertukar2 pakaian sesuka hati mengikut adat kebiasaan msykt? Nas yang menyatakan sebaliknya adalah.

Dengan meletakkan uruf msykt sebagai neraca kepada 'nas' menutup aurat, dengan sekaligus Maideen menyatakan bahawa aurat wanita itu fleksible. Boleh bukak kalau msyt tersebut msykt yg bukak aurat. Ayat mana cakap macam nie? Hadis mana benarkan perkara ini?

Maaflah sdr maideen. Sepanjang berpuluh tahun saya mengaji agama nie, saya tak pernah jumpa lagi nas sedemikian. Mungkin saya nie baca kitab hadis tak habis. Kalau tak nak ambik kitab2 ulama, kitab hadis dan quran pun cukuplah.

Kedua. Betulkah imam2 yang besar dan malik berkata seperti yang dinyatakan oleh Ustaz zainuddin tersebut? Saya tak pernah nampak kenyataan demikian. Kalau ada mungkin sdr Maideen atau sdr Astora jabat boleh memberikan buku rujukan beserta dengan muka suratnya sekali. Oh ye, jangan lupa sertakan publishing mana. Terrjemahan ke atau bahasa arab. Kalau saya tak ada kitab tu, mungkin sdr berdua boleh cut and pastekan di sini kata-kata IMAM MALIK dan imam-imam yang lain seperti yg diutrakan oleh ustaz Zainuddin.

Kesimpulan saya dari sini:

1. Uruf tidak membatalkan nas yang qatie.
2. Kalau uruf boleh membatalkan nas, mana nas yg menyatakan demikian?
3. Menutup aurat dan kaedah penutupan bagi wanita datangnya daripada nas amar (perintah). Hukumnya wajib tanpa khilaf dan ijma' kaum muslimin ke atasnya. Tidak ada ulama seorangpun yang berkata kita kena ikut uruf msykt.
4. Apa sahaja pendapat yang tidak berpandukan nas, adlah berpandukan nafsu.
5. Pendapat akal tidak dapat melemahkan pendapat yang ada nas. Sebaliknya pendapat akallah yang akan ditolak sekiranya ada nas ke atas perkara tersebut dan keduanya bercanggah.


Dan juga pada saya jika seorang wanita menyertai pertandingan renang 100m kuak lintang dalam sukan olympic, dia sudah cukup menjaga auratnya!

Itu adalah pegangan saya dan tidak ada paksaan untuk sesiapa mengikutnya. Kalau kamu nak cakap ulamak sifulan dan sifulun tak cakap macam itu, jadi peganggan saya mustilah salah....sila lah cari forum dimana orang semua bertaklid pada fekah sifulan dan sifulun dan biarkan Allah menentukan salah atau betulnya pegangan saya.


Kalau begitu sdr jangan juga takqlid dgn ustaz zainuddin. Dan disini jelas sudah pendapat ini adalah PENDAPAT MAIDEEN SEMATA-MATA. Tidak bersandar kepada mana-mana dalil dan nas yang menyokong. Dengan mudahnya kita boleh menolaknya. Tidak ada siapa yang boleh menyatakan halal dan haram melainkan Allah dan rasulNya. Tiada siapa yang layak dan boleh mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan apa yang haram kecuali Allah dan rasulNya.

Sabda rasullulah s.a.w

揂ku ciptakan hamba-hambaKu ini dengan sikap yang lurus, tetapi datanglah syaitan kepada mereka. Syaitan itu kemudian membengkokkan mereka dari agamanya dan mengharamkan ke atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta mempengaruhi supaya mereka mahu mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan keterangan padanya擺/b] (Hr Muslim)


Jadi pada saya tidak ada pembohongan dari Astora Jabat dan keamanahannya tidak langsung saya ragukan. Bacalah sekali lagi tulisan Ustad Zainudin itu secara menyeluruh, jangan di ambil sekerat sahaja.

Pasal nak tanya saya apa hukumnya itu dan ini, ma'aflah carilah orang lain. Saya bukan jenisnya yang yang berkata begitu begini begitu begini dan maka hukumnya amat jelas....

Tanyakanlah kepada orang orang yang berlagak seolah olah mereka sudah mendapat sijil dari Allah Ta'alla yang mengatakan merekalah yang betul dan pandai. Ramai yang macam itu sekarang ini, tapi saya bukan salah seorang darinya....orang yang dah lama disini tahu saya bukan macam itu.

Ma'aflah, pilihanraya nak dekat jadi saya mungkin sibuk sikit salepas ini.


Siapa yang mendapat sijil daripada Allah? Kalau sdr berkata demikian, maka atas sijil apa pulak sdr berkata demikian? Kalau sdr menolak utk menyatakan hukum, apa bezanya sdr dengan mereka yang sdr katakan 'mendapat sijilk dari Allah'? dalam memberikan hukum? Sekurang-kurangnya mereka bercakap berdasarkan al quran dan al hadis. Kalau salah mereka boleh ditegur juga dengan al quran dan al hadith. Kalau sdr nak ditegur macam mana? Dengan dalil al quran dan al hadis pun tak terima? Jauh sekalila kata-kata ulama.

Benar kata ulama "Orang jahil adalh orang yang paling berani mengeluarkan fatwa"

Wallahualam
AM

[ Last edited by Abu_Muslim on 12-3-2004 at 10:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2004 10:41 AM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 11-3-2004 04:46 PM:

Hehehe....ingatkan ko nak bagitahu fahaman mazhab mana yang kata aurat untuk hamba bergantung pada tuan dia.....rufer rufer saja nak borak borak kosong....

Belum jumpa dalam kitab kuning atau  ...

minooom dulu la maideen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.078376 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list