CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : MISTERI MIMPI SYAKILLA (TAMAT)

[Copy link]
Post time 23-12-2015 02:48 PM | Show all posts
Ipo replied at 22-12-2015 10:45 PM
memang..hantu suka sorokkan budak2 yg main waktu senja/maghrib ni..
laung kuat2 pun..tak dengar.. ...

What? Macam mana daging dia boleh jatuh kat highway? Oh, dia makan western food kat r&r eh?
Kesian... pastu dia order lain tak?



gurau2 jah...

anak iols masa mula 2 dok boarding school, demam 3 hari lepas jumpa hantu rambut pjg tengah selongkar sampah kat tepi tandas
yg lg best, ada budak sekolah dia sedar2 tidur atas palang gol kat padang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 03:29 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 23-12-2015 02:48 PM
What? Macam mana daging dia boleh jatuh kat highway? Oh, dia makan western food kat r&r eh?
Kesia ...

mujur bukan atas pokok kelapa lady oiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 03:55 PM | Show all posts
kimsa-ra replied at 23-12-2015 12:45 AM
ngerinya blh jmpa kt federal highway
tq ye ipo..bnyk pngalamn ipo..iols nk kongsi kt thread  ...

eh boleh je kim...sila sila..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 03:56 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-12-2015 11:45 AM
masih ada lagi orang sepah2 pad zaman sekarang nih

ko jangan tak tau...
kt toilet awam nun...banyak cenggini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 03:58 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 23-12-2015 01:48 PM
What? Macam mana daging dia boleh jatuh kat highway? Oh, dia makan western food kat r&r eh?
Kesia ...

gitu la kaka lady...
yg part sham nampak perempuan tengah hisap pad darah tu pun..kisah benar ipo sendirik...kat asrama dolu2..

yg pasti..ipo tak demam..sbb tak perasan itu adalah hantu cik pon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 04:16 PM | Show all posts
Bulat mata aku melihat perempuan itu sudah menyeringai dengan darah meleleh di mulut, di tangannya pula ada tuala wanita yang masih berdarah. Aku rasa tubuh aku sudah kejung. Berat kaki aku bagai melekat atau dipaku ke lantai. Dalam hati aku hanya mampu berdoa agar perempuan itu tidak mengapa-apakan aku. Mana tahu darah aku pula yang dia mengidam??

Lega..nampaknya perempuan berambut panjang mencecah ke lantai itu kembali menjilat darah. Aku pula perlahan mengundur ke belakang. Kumat kamit aku membaca ayat Qursi. Kali ini tidak lintang pukang. Aku tidak jadi ke bilik air sebaliknya aku ke bilik Suri aka bilik aku. Aku pasti, semua itu angkara Suri. Sudah tentu itu tuala wanita milik Suri, siapa lagi?? Takkan aku yang lelaki ini pula yang ada benda tu?

Belum sempat aku mengetuk pintu bilik Suri, suara menjerit jelas kedengaran di telinga aku dari dalam bilik itu. Cepat-cepat aku buka pintu bilik. Tercengang aku melihat Suri yang sudah kerasukan. Tajam matanya memandang ke siling. Tubuhnya kejung di atas katil.

"Ya Allah!" Aku menerpa ke arah Suri.

Tubuh Suri aku goncang kuat. Aku pula yang menjadi panik. Selama ini aku tidak pernah melihat Suri jadi begitu.

"Suri! Suri!!" Sekali lagi aku goncang tubuh adik aku itu.

"Pergi!! Kau akan tahu nasib kau!! Darah dibayar darah!!"

Dummmmmmmmmmm!!!!

Aku terpelanting ke dinding. Tolakan kuat dari kedua tangan Suri tadi cukup membuatkan tubuh aku melayang bagai piring terbang! Senak tak usah cerita. Sakit belakang terkena dinding sudah terasa separuh nyawa! Aku gagahkan diri bangun. Terasa sudah patah riuk tulang temulang aku.

Aku perlu bertenang. Kumat kamit aku membaca Manzil yang aku hafal  minggu lepas. Dengan suara yang kuat, aku melaungkan Azan sekuat hati. Secepat itu juga, tubuh Suri yang sedikit terapung tadi terjelepuk atas katil semula. Aku meluru ke arah Suri. Pipi Suri aku tepuk beberapa kali.

"Abang..."

Lega..Suri sudah sedar. "Dah..pergi ambil wudhuk dan baca tiga Qul sebelum tidur.."

Suri yang masih kebingungan itu, perlahan bangkit dan menapak ke bilik air. Dia kembali ke katil semula. Aku selimutkan Suri setelah mendengar sendiri dia membaca apa yang aku ajar tadi. Termenung seketika aku di sisi Suri yang sudah mula menyambung tidurnya. Seolah Suri tidak ingat apa-apa.

Aku tidak berani meninggalkan Suri sendirian. Bantal dan selimut aku ambil dari ruang tamu dan aku tidur di atas lantai sebelah katil Suri. Malam itu aku tidak lena tidur membawa ke Subuh. Otak ligat berfikir tentang apa yang berlaku pada Suri tadi. Kata-kata Suri ketika dirasuk itu seperti ada sesuatu yang tidak kena. Aku percaya ianya ada kena mengena dengan Syakilla dan mimpi.

Esok, habis sahaja Suri menghadiri temuduga, aku akan bertolak balik ke kampung bersamanya dan bersemuka dengan mak dan nenek. Aku harus tahu apa rahsia yang selama ini mereka simpan dan sembunyikan dari pengetahuan aku dan Suri.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2015 04:45 PM | Show all posts
Edited by Mokcun at 23-12-2015 04:50 PM

wah...habis juga merempit..
banyak tertinggal...
scarynya jumpa cik pon gitu..
sambung lagi ipo...
cepat habiskan...tk sabar mokcun nak tahu apa rahsia


ceghita mawar tu, hang jangan duk lupa naa..
plot yg tinggai tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2015 06:32 PM | Show all posts
Mokcun replied at 23-12-2015 03:45 PM
wah...habis juga merempit..
banyak tertinggal...
scarynya jumpa cik pon gitu..

terima kasih mokcun ikuti citer yang seram ke idok ni..

citer mawar tu,. ada masa nanti ipo sambung ya..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2015 07:16 PM | Show all posts
BAB 7


MAK sibuk menyediakan juadah makan malam. Suri pula asyik meratah ikan kering kecil yang sudah siap digoreng. Bukannya hendak menolong memasak sama. Aku perhatikan wajah mak. Sejak sampai di rumah tengahari tadi, aku perasan mak tidak seceria sebelum ini. Sepatah yang ditanya, sepatah juga yang dijawab. Entah apa yang tidak kena agaknya.

"Mak..dah siap." Aku hulur semangkuk sambal belacan yang sudah siap aku tumbuk.

"Dah siap?"

Aku angguk. Bibir mak sudah mengukir senyum. Aku tahu, mak suka pada sambal belacan dari air tangan aku. Katanya memang ada umph. Aku pun pelik juga, sejak bila aku pandai membuat sambal belacan.

"Huh..kembang hidung la tu!" Suri mencebik.

Mendengar suara menyindir Suri membuatkan aku hendak tenyeh-tenyeh saja dengan sambal belacan yang baru siap aku tumbuk itu. Langsung aku tidak hiraukan kata-kata Suri. Pada aku, sikap Suri itu memang sudah sebati dalam dirinya. Aku tahu, dengan orang lain Suri tidak bersikap mengada seperti itu. Itu yang membuatkan aku sayang padanya.

"Sham...pergi ambik nenek. Kita makan sekali."

"Baik mak.." Aku cuit lengan Suri dan beri isyarat supaya menyambung kerja aku mencuci pinggan di singki.

"Eh...balik karang lah abang sambung!"

Eii..rasa nak luku saja kepala Suri. "Eloklah tu, esok-esok tak ada lelaki nak ambik kau jadi bini."

"Sudahlah tu. Sham, pergi sekarang. Karang sejuk pula lauk ni." Suruh mak lagi.

Aku terus saja menyarung selipar di luar pintu belakang dapur dan berjalan laju menuju ke rumah nenek. Jelas telinga aku mendengar suara Suri melaung supaya aku berhati-hati berjalan, jangan terserempak dengan hantu jembalang. Cis! Tak guna punya adik! Masih terngiang ketawa gelakkan aku tadi masa aku menyarung selipar.

"Dia tu yang tak sedar kena rasuk. Tak apa..malam ni, aku akan ceritakan semuanya!" Aku merengus sendiri.

Aku percepatkan langkah melalui jalan kecil yang kiri kanan hanya belukar kecil. Meliar mata aku melihat sekitar jalan. Entah dari mana datangnya nama kampung aku tu, Kampung Limau Berhantu! Aku ada tanya juga pada nenek, pokok limau mana yang berhantu? Nenek hanya gelak saja. Waktu itu aku hanya darjah satu. Aku rasa sudah beratus kali aku tanya pada mak dan nenek. Haram nak jawab! Gelakkan aku adalah!

Bukk!! Gunngg!!!

Aku terhenti langkah. Bunyi kuat tadi seperti ada sesuatu yang besar dan berat jatuh ke bumi. Aku perhatikan sekeliling. Rasa cuak sudah mula menyelubungi dalam diri. Sekali lagi bunyi kuat itu berbunyi. Kali ini semakin kuat dan aku merasakan semakin dekat. Mata aku tertancap pada satu benda yang bergolek di bawah pokok kelapa.

"Apa benda pulak tu?"

Perlahan aku menghampiri pokok kelapa tua itu. Aku amati benda bergolek tadi. Aku ketawa terbahak-bahak. Rupanya kelapa tua yang gugur dari pokok!

"Adeh...aku ingatkan kepala orang tadi.."

Aku menekan perut. Kalau betul kepala orang tadi, mahunya aku langkah seribu berlari dari situ. Bukan apa, aku pernah terdengar cerita tadi kawan aku yang belajar di Indonesia. Hantu yang menjelmakan diri dalam bentuk kepala saja. Hantu yang dipanggil Gundul Pringis yang wujud di Pulau Jawa. Seram sejuk aku mendengarnya. Langkah aku semakin laju.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 12:18 AM | Show all posts
"ASSALAMUALAIKUM! Nek! oh nek!!"

Senyap. Aku laung lagi nama nenek sambil memberi salam. Masih senyap. Daun pintu utama aku tolak perlahan. Tak berkunci. Ruang tamu yang bersih itu aku jenguk. Tiada kelibat nenek. Aku melangkah masuk dan memanggil nenek.

"Mana pulak orang tua ni pergi?" Aku jenguk setiap bilik. Hati aku mula risau. Sudahlah nenek aku tinggal seorang diri. Jenuh mak ajak tinggal sekali di rumah tapi nenek menolak. Katanya rumah pusaka itu banyak kenangan indah buatnya. Entahlah, mungkin nenek masih teringatkan arwah Tok Merah.

Bunyi pintu dari arah dapur berkeriuk. Aku cepat-cepat menoleh. Mana tahu tiba-tiba saja muncul perompak. Sekarang ini perompak tidak kenal kaya atau miskin, bandar atau kampung. Habis semua ditibainya. Kalau tibai wang ringgit saja tak apa, ini dengan nyawa sekali melayang. Mati katak saja!

"Nek.." Aku melangkah berhati-hati. Pisau di atas meja aku capai. Bersiap sedia jika itu benar-benar perompak.

Perlahan aku menapak ke arah pintu bilik air. Sekali lagi aku memanggil nama nenek. Tiada sahutan. Aku cuba tolak daun pintu bilik air. Bunyi berkeriuk semakin kuat.

"Tak ada orang.." Aku berkerut kening. Belum sempat aku berpusing, mata aku tertancap pada satu sosok tubuh yang tegap berdiri di pintu belakang dapur. Pucat muka aku saat terpandang wajahnya. "Atuk??"

Langkah aku mati di situ. Pisau yang aku genggam hampir terlepas. Kelihatan atuk aku sedang merenung ke arah sesuatu di sebelah kiri dapur. Perlahan aku cuba melirik mata ke arah kiri. Kali ini aku merasa kecut. Perempuan dalam mimpi aku muncul! Terasa aku berada di dunia lain. Tidak berkutik aku di depan bilik air tadi. Aku hanya menjadi penonton setia melihat atuk aku dan perempuan itu saling merenung tajam. Seolah ada sesuatu yang terbuku di hati masing-masing. Jelas dari riak wajah mereka. Aku pula yang tersepit di situ.

"Sham! Buat apa kat situ?"

Aku terpinga-pinga. Sayup aku mendengar nama aku dipanggil. Aku menoleh ke kanan, ke arah ruang menuju ke ruang tamu. "Nenek?" Entah dari mana nenek tiba-tiba tercongok di situ.

"Kamu tu! Pegang pisau macam tu, nak bunuh nenek ke?"

Aku baru tersedar. Pisau di tangan aku letakkan di atas meja makan. Wajah nenek aku perhatikan betul-betul. Siapa tahu entah jembalang mana pula yang menyamar menjadi nenek. Aku menghampiri nenek yang masih tercengang. Pipi nenek aku tepuk lembut.

"Eii..apa kena dengan kamu ni Sham?" Nenek tepis tangan aku.

"Betul ke ni nenek Sham?"

"Buang tabiat ke apa kau ni Sham! Dah, datang sini ada apa malam-malam ni?"

Aku masih kebingungan. Aku menoleh ke kiri. Atuk dan perempuan dalam mimpi aku itu tadi  sudah lesap sekelip mata. "Err...nek, ada nampak atuk tak tadi?"

"Budak bertuah ni!  Kan atuk kamu tu dah lama meninggal! Haish!!" Kepala aku sudah dijamu dengan buku lima nenek.

Aku sengih. Baru aku tersedar, aku bertanyakan hal atuk tadi. Sekarang ini aku seolah dalam dua dunia. Jenuh otak aku hendak hadam semua itu. "Err...mak ajak nenek makan sekali..kalau boleh tidur kat rumah kami. Ada hal penting mak kata nak bincang.."

Aku lihat nenek berkerut kening. Lama dia merenung aku bagai nak telan. "Ada yang tak kena ke nek?"

"Bukan..pelik pulak. Mak kamu jarang nak berbincang..alih-alih malam ni, elok pula nak ajak bincang. Bincang hal apa?"

Aku tergaru-garu kepala. Sebenarnya aku yang hendak bertanya lanjut mengenai misteri mimpi aku dan juga kaitan ayah dan Atuk dengan perempuan dalam mimpi aku. Ah, apa yang harus aku jawab ni?

"Emm...sebenarnya mak nak bincang pasal Syakilla.."

Aku sudah agak. Senyuman nenek sudah sampai ke telinga. Terus saja dia capai tudung dan memaut lengan aku menuju ke muka pintu depan. Aku pula terkebil-kebil dengan tindakan nenek. Sempat aku menoleh ke belakang, mana tahu kelibat Atuk dan perempuan itu masih ada di situ. Nampaknya memang sudah hilang terus. Aku dan nenek sama-sama berjalan ke arah rumah aku setelah semua lampu kecuali lampu di anjung rumah, sudah ditutup.

Walaupun aku masih bingung dengan kejadian tadi, aku merasa lega kerana malam ini aku akan mengorek rahsia yang selama ini menghantui aku. Sepanjang perjalanan ke rumah, aku perasan nenek seperti resah gelisah saja. Mungkinkah nenek juga dapat melihat kehadiran Atuk dan perempuan itu tadi?



Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
eee.. klu iols jd sham xdenya nk trcegat..trus CABUT xpndng blkg dh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 11:19 AM | Show all posts
SUASANA senyap dan sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan unggas yang kedengaran di luar rumah. Aku pandang nenek di sebelah Suri. Begitu berselera nenek meratah lauk. Nasi bertambah dua pinggan. Aku dapat mengagak yang nenek cukup teruja bila aku beritahu tentang Syakilla. Mata aku melirik pada mak pula. Wajah mak seperti tadi juga. Tiada riak ceria, seperti mak memikirkan sesuatu yang maha berat. Suri? Hanya tahu ratah ikan kering goreng saja. Nasi hanya disuap dua kali saja ke mulut. Nak jaga badan katanya.

Aku tidak mahu mulakan bicara tentang hal mimpi aku dulu. Biarlah nenek dan mak menikmati juadah makan malam dengan penuh selera. Mungkin aku akan berbual selesa di ruang tamu nanti smabil menikmati pula kopi o panas dan ubi keledek rebus yang aku gali dari kebun belakang rumah siang tadi. Banyak juga ubi keledek yang arwah ayah tanam dulu. Kalau digali, mahunya dapat sebakul.

"Ha..tadi kata nak bincang?" Tanya nenek, terus pandang pada mak.

Aku tunduk. Riak mak pula sudah kebingungan. Aku tahu, mata mak menghala ke arah aku.

"Apa kau pandang aku, aku pandang kau ni? Siah, kau kata nak bincang dengan mak? Kau dah tengok budak Syakilla tu?" Nenek menambah bicara.

"Syakilla?"

"Mak...Syakilla tu bakal bini abang Sham. Semalam, Suri tengok lukisan Syakilla yang abang Sham lukis. " Suri menyampuk. Tersengih-sengih sambil meniup ubi keledek yang masih panas.

"Mak tak tahu apa pun?" Mak mengerling aku.

Aku terpaksalah sengih sumbing. Mata menjeling tajam pada Suri. Eii! Mulut macam murai tercabut ekor! Aku mengetap bibir. Pandai pula Suri membuat muka cebik.

"Mak..sebenarnya, Sham yang beritahu nenek pasal kita nak bincang sesuatu malam ni. Ada kena mengena juga dengan Syakilla..." Aku akhirnya bersuara pada mak melihatkan mak seperti terpinga-pinga.

"Syakilla mana ni?" Muka mak sudah berubah.

Jelas wajah mak sudah  berubah tona. Agak pucat. Pertama kali mendengar nama Syakilla tadi, aku sudah perasan yang mak seperti terkejut. Nenek seperti biasa, senyum sampai ke telinga. Yalah, calon pilihannya yang sedang dibincangkan sekarang ini.

"Mak yang pilih. Syakilla tu baik budaknya. Mak harap, kamu benarkan Sham menikah dengan Syakilla tu. Mak sebenarnyan nak tebus kesalahan ayah kamu.." Bicara nenek kali ini begitu serius, tangan mak dipegang lembut.

Aku dan Suri pula saling berpandangan. Nada suara nenek kali ini tidak seperti sebelum ini dan apa yang dikatakan oleh nenek tadi juga adalah permulaan untuk merungkai misteri mimpi Syakilla.

"Maksud mak?"

Aku melihat riak mak seperti ada sesuatu yang mak tidak tahu selama ini. Nadanya dan matanya tepat memandang nenek ketika bertanya tadi. Bermakna hanya nenek yang tahu kisah sebenar di sebalik semua itu. Mungkin selama ini mak tidak tahu apa-apa.

"Sham, mana gambar tu?" Nenek beralih melihat aku.

Aku bingkas dari duduk dan menuju ke bilik. Gambar Syakilla yang masih aku simpan dalam sampul surat aku ambil dari beg sandang. Sebelum keluar dari bilik, aku tatap seketika foto itu. Baru aku terfikir yang foto itu seiras foto Syakilla dalam mimpi, rambut diletakkan di bahu kiri, ada bunga melur di telinga dan berseledang. Tidak seperti Syakilla yang aku kenal, bertudung litup. Aku kembali ke ruang tamu dan menghulurkan foto itu kepada nenek.

"Ni...budak ni anak perempuan Mas Syakilla, anak Azizah dan Tamim. Maknanya cucu Azizah dan Tamim.." Nenek pula menghulurkan foto itu kepada mak.

Terketar-ketar tangan mak menyambut foto dari tangan nenek. Aku pandang wajah mak yang sudah berubah riak. Kalau tadi wajahnya agak pucat, kali ini pula ada riak ketakutan dan sedih. Sekali lagi aku dan Suri yang tidak  tahu hujung pangkal cerita saling berpandangan. Aku masih diam. Belum masanya untuk aku mencelah perbualan mak dan nenek walaupun sarat dalam benak aku dengan seribu satu persoalan ketika ini. Baru aku teringat kata-kata nenek Azizah, arwah Atuk aku berkawan dengan Tok Tamim, suami nenek Azizah.

Mak mengangkat muka memandang nenek. Redup mata mak melihat wajah nenek yang sudah menunduk. "Siah tak faham mak..siapa Mas Syakilla?"

"Ya nek, siapa Syakilla nek? Sham pun nak tahu..." Aku mula mencelah.

Kali ini aku, mak dan Suri tertumpu pada nenek. Nenek seperti menghela nafas panjang. Seolah rahsia itu sungguh berat untuk dipikul sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 12:03 PM | Show all posts
Ipo replied at 24-12-2015 11:19 AM
SUASANA senyap dan sunyi. Hanya bunyi cengkerik dan unggas yang kedengaran di luar rumah. Aku pandan ...

"Syakila tu... anak Raja Zulkhan dari Lembah Keramat." Nenek Sham mula membuka cerita. Dia yakin kini sudah tiba masanya Sham mengetahui kisah yang tersimpan rapi sejak berkurun lamanya.



Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 04:20 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 24-12-2015 12:03 PM
"Syakila tu... anak Raja Zulkhan dari Lembah Keramat." Nenek Sham mula membuka cerita. Dia yakin k ...

   @Nicki_Meow baik ko abihkan citer ko cepatttttt

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2015 07:41 PM | Show all posts
Suspen je ipo ni...
Habaq la cepat2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 09:13 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 24-12-2015 11:03 AM
"Syakila tu... anak Raja Zulkhan dari Lembah Keramat." Nenek Sham mula membuka cerita. Dia yakin k ...

hat ni...adik kembar syakilla kat kampung sireh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2015 09:14 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-12-2015 03:20 PM
@Nicki_Meow baik ko abihkan citer ko cepatttttt

hahaha...si nicki dah kebuntuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2015 09:15 PM | Show all posts
Mokcun replied at 24-12-2015 06:41 PM
Suspen je ipo ni...
Habaq la cepat2

mana ada suspen mokcun...
cuma citer tak habis lagi..tak sempat kalu...
sambung JUN 2016


Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 01:44 PM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-12-2015 03:08 PM | Show all posts
Nenek kembali mengangkat muka. Satu persatu wajah aku, mak dan Suri jadi tatapan matanya yang redup. Mungkin nenek sedang memikirkan ayat yang sesuai atau bicara yang tidak mengguris hati barangkali. Tadi, nenek sudah beritahu ingin menebus kesalahan Atuk. Takkan kerana hanya ingin menebus kesalahan, aku yang terpaksa berkorban menikah dengan Syakilla?

"Macam nilah...nenek nak Sham menikah dengan Syakilla secepat mungkin. Minggu depan, nenek dan mak kamu akan meminang dan kalau boleh menikah terus. Segala urusan pernikahan kamu nanti, nenek akan serahkan pada adik nenek..Nek Som."

Aku yang teruja dari tadi ingin mendengar rahsia dari nenek terus tergamam. "Apa ni nek? Tadi kata nak beritahu siapa Syakilla. Ni, dah ubah topik pulak! Nenek jangan nak ikut perangai Suri ni nek. Suka mengelak dari menjawab!" Aku tak puas hati.

"Nenek nak kamu selamat bernikah dengan Syakilla dulu. Lepas tu, baru nenek buka mulut. Muktamad!"

Aku garu kepala yang tidak gatal. Dilema sungguh! Suri yang berada di sebelah mak sudah mengekek ketawakan aku. Wajah mak pula seperti ada rasa tidak puas hati sama seperti aku. Aku rasa mak juga sedang memikirkan siapa Mas Syakilla. Apa kaitan perempuan itu dengan arwah ayah?

"Sham, nenek harap kamu terima Syakilla tu dengan ikhlas. Kamu pun dah tengok dia kan?"

Aku pandang nenek yang tersenyum simpul di depan aku. Wajah mak pula sudah berubah. Suri macam biasalah, tersengih-sengih. Sudah lima ketul ubi keledek rebus dimakannya. Dalam pinggan, hanya tinggal empat saja lagi. Pelahap betul adik aku!

"Tapi nek..Sham tak kenal sangat dia. Lagipun, dia nak ke dengan Sham ni?" Aku pula yang merasa buntu.Adoih! Nenek aku beri syarat yang sangat berat untuk aku tunaikan.

"Mak, macam mana mak kenal budak Syakilla tu? Mas Syakilla tu siapa sebenarnya? Mak tak boleh paksa Sham bernikah mak." Mak aku cuba memujuk nenek.

Aku turut mengangguk. Aku juga ingin tahu siapa mereka dan kenapa nenek begitu beria ingin jodohkan aku dengan Syakilla, cucu Tok Tamim. Raut wajah mak semakin serius seperti ada yang terbuku di hatinya.

"Baiklah...sebenarnya.."

Belum sempat nenek melanjutkan bicara, Suri pula menjerit memekik tiba-tiba. Aku yang bersila sebelah mak terus saja memegang tangan Suri yang sudah terbaring kejung di atas tikar. Muka mak sudah panik. Nenek macam biasa seolah tiada apa yang berlaku tetapi mata nenek meliar melihat sekeliling.

"Suri! Suri!" Mak menepuk pipi Suri.

Aku pula sudah tahu apa yang harus aku buat. Suri sudah terkena di bilik aku dulu. Segala ayat manzil aku baca dan laungkan azan sekuat hati. Tubuh Suri menggelupur kesakitan. Tiba-tiba Suri tercegat bangun dengan mata merah. Aku dan mak cuba pegang tangan Suri tetapi ditepis kuat.

"Kau siapa??" Tiba-tiba nenek bertanya dengan nada tegas. Mata tepat memandang Suri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.108814 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list