CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL : MISTERI MIMPI SYAKILLA (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 19-1-2016 01:31 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 11-2-2016 04:20 PM
reeny replied at 19-1-2016 09:15 AM
uikkksss!!!... nmpk pun mmg cam sedap tu... buah nie bermusim ke ipo? boleh dpt kat area mana?

beli kat pasar besar sibu...
katanya buah ni dari Kapit ...
entah lerr...bermusim ke tak dak musim




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2016 11:01 AM | Show all posts
Ipo replied at 18-1-2016 05:30 PM
errr...motip tetiba ada qu puteh?nasiblah aku akan sambung lepas CNY...
ada nak masukkan kis ...

huhuhu....nak kena tunggu lepas CNY ...
tak sabar nak tahu apa kisah benar utk ending tu ipo...
mokcun tunggu ni..

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 02:26 PM | Show all posts
mie pulak termimpi mimpi
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 03:04 PM | Show all posts
ipoooooo... dah raya cina neh.. bila nak sambung??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2016 09:48 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-1-2016 02:04 PM
ipoooooo... dah raya cina neh.. bila nak sambung??

errr...raya cina bila ek?
sejak kerja sendiri nih..aku dah tak ambil tahu sangat cuti umum bila..cuti sekolah bila..

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 11:27 AM | Show all posts
Ipo replied at 1-2-2016 09:48 PM
errr...raya cina bila ek?
sejak kerja sendiri nih..aku dah tak ambil tahu sangat cuti umum bila ...

senin selasa depan laa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2016 11:51 AM | Show all posts

oh ya ke?
patut la sepupu aku ajak gi teluk batik..bbq kat sana ahad sampai selasa
aku pulak...apa hal nak drag sampai selasa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 11:57 AM | Show all posts
Ipo replied at 2-2-2016 11:51 AM
oh ya ke?
patut la sepupu aku ajak gi teluk batik..bbq kat sana ahad sampai selasa
aku pul ...

haiyokkk... ramai la mat minah indon bangla situ nanti..
cny selalu soping komplek penuh la ngan dorang2 neh..
kolam kat klcc pon dorang terjun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2016 05:20 PM | Show all posts
mie07 replied at 27-1-2016 01:26 PM
mie pulak termimpi mimpi

setakat mimpi je ok la ..
jangan terbawa2 ke alam nyata sudahlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 06:31 PM | Show all posts
SAMPAI saja di halaman rumah, aku terus saja duduk di anjung rumah. Aku lihat Sopi, Lan dan Ajoi masing-masing sudah kepenatan. Apa tidaknya, bagai tak jejak tanah kaki masing-masing ingin segera beredar dari bangunan usang tadi. Lelaki tua itu pula sempat sekali berpesan agar aku selesaikan tulang rangka  milik  Mas Syakilla dengan segera.

"Sham, kau nak buat macam mana nanti?" Lan yang masih tercungap-cungap nafasnya mula bersuara.

"Entah la. Aku buntu ni. Tadi pakcik tu tak cakap apa-apa pun. Dia terus saja blah macam tu." Aku meraup muka yang sudah berpeluh. Karung plastik hitam yang mengandungi rangka itu aku jeling sebentar.

"Kalau kau tak uruskan benda tu cepat-cepat, aku takut nanti roh dia muncul macam tadi.." Ajoi yang berada di sebelah Sopi mencelah.

Aku mula mengangkat muka. Tepat aku pandang muka Ajoi yang sudah kelihatan pucat mukanya. "Jadi, kau pun nampak??"

Ajoi mengangguk. Dia jeling pada Sopi dan Lan. "dah nak maghrib dah ni. Kita kena cepat."

"Macam ni, apa kata, lepas solat maghrib, kita jumpa Ustaz Adi?" Usul aku, otak aku hanya ingat pada ustaz Adi saja sekarang ini. Ustaz Adi pernah beritahu aku tentang arwah atuk dan arwah ayah dulu. Ustaz Adi juga tahu tentang ayah yang sakit akibat disantau.

"Kalau macam tu,lekas!" Sopi segera menapak ke dalam rumah.

Aku dan yang lain mengekori Sopi. Karung plastik hitam tadi aku bawa sekali masuk ke dalam bilik. Sempat aku jeling bilik nenek yang terbuka sedikit pintunya. Mak pun ada sekali. Mereka sudah siap sedia di dalam bilik untuk solat maghrib.

"Sham, baru balik?"

Langkah aku terhenti. Aku yang berhati-hati melangkah tadi nampaknya masih kedengaran langkahku di telinga mak. Telinga lintah betul mak aku ni. Aku menoleh dan melemparkan senyuman sambil mengangguk.

"Dah makan?"

Kali ini nenek pula bertanya. Matanya melirik pada plastik hitam di tangan kiri aku. Aku cepat-cepat sembunyikan di belakang. Aku menggeleng saja dan terus ke dalam bilik. Aku harus bertindak cepat dan kalau boleh kebumikan rangka itu malam ini juga. Hanya cara saja yang aku perlu tahu. Nak tanya nenek? Entah sebakul nanti aku kena bebel.

USAI solat, aku dan yang lain senyap-senyap keluar dari bilik.

"Sham! Nak ke mana pulak tu?"

Langkah aku sekali terhenti. Aku menoleh. Nenek sudah tercegat di muka pintu ruang dapur. Aku jenguk melihat mak sedang sibuk menghidang lauk di atas tikar mengkuang.

"Err..nek, Sham nak keluar sekejap. Ada hal penting." Aku tergagap-gagap. Aku pandang Lan, Sopi dan Ajoi yang sudah sedia berada di belakang aku.

"Mak kamu dah hidang lauk tu. Ajak kawan kamu tu makan sekali."

Aku menelan liur. Nada suara nenek kali ini agak keras. Aku tahu nenek seperti dapat menghidu sesuatu. Dari tadi lagi nenek asyik mereling plastik hitam di tangan aku. Nak tak nak, aku terpaksa mengajak yang lain jamah makanan dulu. Kalau tidak nanti, bebelan nenek memanjang saja. Kami semua duduk bersila mengadap  juadah lauk makan malam.

"Makanlah. Kenapa duk tenung je?"

"Ya nek.." Aku ambil pinggan nasi dari nenek. Mak pula sejak kematian Suri, mak sudah menjadi seorang yang pendiam. Tidak banyak bicara. Wajah sugul mak masih jelas. Aku menarik nafas berat.

Malam itu, aku dan yang lain makan tidak semenggah. Laju saja mengunyah nasi dan lauk. Rasanya tidak sampai sepuluh minit, sudah siap. Aku perasan nenek asyik memerhati ke arah kami semua. Lan pula asyik melihat saja jarum jam di pergelangan tangannya. Aku tahu, Lan sudah mula merasa cuak. Nenek pula asyik bertanya itu ini dari tadi.

"Sham, kamu nak ke mana sebenarnya ni? Kamu jangan nak sorokkan dari nenek! Nenek tahu kamu baru balik dari bangunan tinggal tu kan?"

Aku tersedak. Air kosong yang aku teguk sudah tersembur. Macam mana nenek tahu??? Lan, Sopi dan Ajoi saling berpandangan. Pucat muka masing-masing. Ah, sudah! Apa aku nak jawab??

"Err...nenek cakap apa ni?" Aku sudah berpeluh. Air kosong yang sudah tinggal separuh tadi aku teguk sampai habis. Aku cuba mencari kekuatan untuk bertanya nenek. Sudah alang-alang nenek menyebut hal itu, sudah tentu nenek tahu rahsia bangunan tinggal itu atau lebih tepat banglo putih yang sudah lama ditinggalkan.

"Jadi, nenek tahu pasal banglo putih yang dah buruk tu?"

Nenek terdiam. Matanya yang tepat memandang aku tadi sudah dikalih ke arah lain. Wajah nenek menunduk. Nasi dalam pinggan ditenyeh-tenyeh dengan jari. Aku tahu, itu sikap nenek kalau dia merasa tidak tenang. Apa saja yang berada di jarinya akan menjadi lunyai dikerjakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 07:09 PM | Show all posts
"Nek..tolonglah beritahu Sham. Apa sebenarnya yang nenek tahu.." Aku cuba pujuk nenek. Mak pula masih tunduk dari tadi. Nasi dalam pinggan seperti tidak diusik. Dari tadi, jemarinya asyik menguis saja. Lauk pun tidak diceduk. Sorotan mata aku dikalih kembali pada nenek. Aku tergamam, ada genangan di kelopak mata nenek.
"Sham...sebenarnya itu rumah Mas Syakilla dan suaminya. Suaminya orang kaya dan apa yang nenek tahu,suami Mas Syakilla tinggalkan Mas Syakilla selepas satu kejadian.."Nenek masih tunduk.

Aku masih setia menadah telinga. Begitu juga Lan, Sopi dan Ajoi. Tidak berkelip melihat nenek yang sudah menunduk.

"Kejadian apa nek?" Aku mula tidak sabar. Lama nenek berdiam diri.

"Siah, maafkan mak. Mak tak sangka, Hadi tu masih bertemu Mas Syakilla kat banglo putih tu.." Sambung nenek dengan suara sebak, tangan mak dipegang lembut.

Perlahan mak mengangkat muka memandang nenek di sebelah. Aku hanya melihat riak wajah mak yang sudah seperti tiada perasaan apa-apa. Terkebil-kebil mak menatap wajah nenek yang sudah sayu.

"Hadi berjumpa Mas Syakilla secara senyap-senyap masa suami Mas Syakilla tak ada. Masa tu, Mas Syakilla baru tiga bulan bernikah. Bila Tok Merah dapat tahu, dia mengamuk dan Hadi dipukul teruk." Kali ini suara nenek seperti tertahan-tahan.

Aku menarik nafas berat. Jadi benarlah apa yang dituduh oleh nenek Azizah selama ini. Arwah ayah yang mulakan segalanya dan arwah Atuk yang menggunakan peluang itu untuk menguatkan ilmu hitamnya. Aku mula teringat mimpi aku dulu. Arwah Ayah masuk ke dalam bilik Mas Syakilla. Apakah itu petunjuk atas semua cerita nenek tadi??

"Jadi..betullah apa yang Sham mimpi selama ni. Arwah ayah masuk ke bilik Mas Syakilla..." Aku luahkan sekali lagi mimpi yang aku alami.

"Sham..."

Aku berpaling. Terasa lengan aku dicuit. Lan mengherotkan mulutnya ke arah mak aku. Ya Allah...air mata mak sudah mengalir perlahan ke pipi. Aku meluku kepala sendiri. "Mak..maafkan Sham."

Aku merapati mak dan memeluk tubuh tua itu dengan penuh kasih. Aku tak sanggup melukakan hati seorang wanita yang telah melahirkan dan membesarkan aku selama ini. Itulah syurga ku nanti.

"Siah...maafkan mak. Masa tu..kamu sedang berpantang di rumah mak ayah kamu." Nenek menyambung bicara lagi.

"Mak..sampai hati mak buat Siah macam ni. Jadi, selama ni abang Hadi nikah dengan Siah atas dasar apa? Pilihan keluarga?" Mak akhirnya bersuara.

"Maafkan mak..." Nenek menggenggam tangan mak semakin erat. Berlinang air matanya.

"Nek,makcik, sebenarnya...ada lagi benda penting yang perlu diuruskan. Kalau boleh malam ni jugak.." Lan yang dari tadi melihat drama air mata keluarga Sham mula menukar topik.

"Er..ya nek, mak. Sebenarnya masa kat banglo buruk tu..kami jumpa rangka...rangka arwah Mas Syakilla." Aku menyambung kata-kata Lan.

"Rangka??" Nenek mendongak. Segera tangan aku digenggamnya.

Aku hanya mengangguk lalu aku menceritakan dari awal sampai akhir apa yang berlaku siang tadi sebelum aku menunjukkan sebungkus rangka dalam karung plastik hitam kepada nenek dan mak.

"Astaghfirullahal azim..." nenek menggeleng.
"Nek, kita kena kebumikan rangka ni nek. Ikut pakcik tu, hanya keturunan Tok Merah saja yang boleh uruskan benda ni. Sham tak tahu nak buat apa nek.." Aku pujuk lagi nenek. Mana tahu kalau nenek masih ada menyimpan rahsia atuk.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 07:17 PM | Show all posts
Nenek bingkas dari duduknya. Dia masuk ke dalam bilik dan kembali semula ke dapur dengan sebentuk cincin bermata kayu ukir yang sangat cantik. Itulah cincin yang aku pernah nampak dalam mimpi aku.

"Sham...cincin ni kepunyaan Mas Syakilla. Dia nak hadiahkan pada arwah ayah kamu. Ambil cincin ni dan tanam sekali dengan rangka tu. Sebelum tu, rangka tu kena solatkan dulu. Buat cara tertib sebagaimana jenazah sempurna. Kapan dan kebumikan." Nenek menghulurkan cincin itu kepada aku.

"Tapi nek.."

"Itulah! Dulu tak nak belajar dengan atuk kamu!" Sempat nenek meluku kepala aku.

"Dah, nanti nenek ajar macam mana. Kamu ajak kawan-kawan kamu sekali. Apa guna jadi lelaki kalau tak tahu buat semua tu!" Sekali lagi kepala aku diluku nenek.

"Tadi sebenarnya kami nak jumpa Ustaz Adi nek. Apa kata biar Ustaz Adi je yang uruskan...maksud saya, ustaz Adi tolong Sham ni.." Ajoi cepat-cepat mencelah.

Lan dan Sopi pula cepat saja mengangguk.

"Betul tu nek. Sham tak berapa pandai bab mandi dan solatkan jenazah ni.." Laju saja aku menyokong Ajoi.

"Kamu ada nombor ustaz Adi?"

Aku mengangguk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 07:49 PM | Show all posts
EPILOG

KALENDAR di atas meja aku tatap sejenak. Tarikh bertanda merah itu aku tenung. Tarikh aku dan Syakilla diijabkabulkan. Bermakna, seminggu lagi aku akan menikah dengan Syakilla. Terpaksa menggunakan wali hakim setelah usaha mencari ayah Syakilla gagal. Aku mengharap sangat agar dapat berjumpa dengan ayah Syakilla. Aku ingin mencungkil cerita sebenar dari mulut ayah Syakilla sendiri.

Syakilla pula pada malam dia menghubungi aku dulu dengan suara meminta tolong rupanya dia dipukul oleh nenek Azizah yang mengamuk tiba-tiba. Syakilla menyelamatkan diri ke rumah jiran. Mendengar cerita itu dari mulut Syakilla semalam semasa aku berjumpa dia di sebuah kafe ketika waktu tengahari. Syakilla sudah diterima bekerja, sama seperti aku yang mencurah tenaga kepada jabatan kerajaan. Bermakna aku dan Syakilla senanglah kalau hendak berjumpa, lebih-lebih lagi jika hendak berbincang soal persediaan pernikahan nanti.

Aku mengalih pandang ke luar jendela. Suasana malam itu cukup tenang. Dengan cahaya samar dari lampu jalan, nampak jelas jalan menuju ke jalan besar dan padang yang selalu budak-budak sekolah lepak dan bermain bola. Hujan renyai ketika ini menambahkan lagi rasa sejuk. Kopi panas aku sisip. Terkenangkan arwah Suri, aku mula menjadi sebak tiba-tiba. Begitu pengakhiran hidup adik aku. Sungguh di luar pemikiran aku. Sampai kini, aku tak masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya terjadi pada Suri pada malam itu sehingga dia menghembuskan nafas terakhirnya. Muncul kelibat mas Syakilla dan arwah Tok Merah juga masih terbayang-bayang di ruang mata.

"Aku harap semuanya sudah berakhir.." Kopi panas aku sisip lagi. Mata masih menala ke arah luar jendela.

Satu persatu kenangan dan kejadian yang berlaku bermain di fikiran aku. Yang paling aku tak boleh lupa, malam aku mengebumikan rangka milik Mas Syakilla. Dua jam aku menunggu Ustaz Adi datang ke rumah. Pada mulanya memang Ustaz Adi menolak tetapi setelah aku menerangkan apa yang sudah berlaku, akhirnya Ustaz Adi setuju. Pada malam itu, tepat jam satu pagi, rangka Mas Syakilla selamat disolatkan dan dikebumikan bersama cincin itu. Ustaz Adi sempat berpesan agar aku dan keluarga aku membaca Yaasin selama 40 kali berturut-turut. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Sejak itu, tiada lagi gangguan dan mimpi aneh yang aku dan keluarga aku alami.

Lamunan aku terganggu dengan deringan telefon dari Syakilla. Aku tersenyum. Panggilan itu aku jawab. Agak lama aku menadah telinga mendengar suara Syakilla di hujung talian.

"Killa, bertenang. Esok, kita balik kampung ok?" Aku cuba tenangkan Syakilla yang tidak pernah menjadi tunang aku. Hanya cincin tanda saja yang menjadikan kami terikat sebelum menunggu hari pernikahan. Talian diputuskan.

Nampaknya Syakilla menangis tadi. Sejak nenek Azizah jatuh sakit, Syakilla kerap juga berulang alik dari KL ke kampung dan kali ini nampaknya sakit nenek Azizah semakin teruk.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2016 12:23 PM | Show all posts
KAMPUNG SIREH

WAJAH nenek Azizah sudah semakin cengkung. Hampir tidak kenal aku melihatnya. Rasanya baru sebulan nenek Azizah terlantar sakit. Syakilla kerap juga mengadu yang neneknya itu tidak seperti orang sakit lain. Satu hari, nenek Azizah boleh menghabiskan nasi sampai dua periuk! Benar apa yang gadis itu katakan. Di depan mata aku sekarang ini, nenek Azizah sudah melantak tiga pinggan nasi bersama lauk telur rebus. Itulah makanan yang diminta hari-hari. Patutlah di dapur tadi aku melihat banyak bekalan beras dan telur sangat banyak.

Aku hanya memerhati Syakilla begitu sabar menyuap nasi ke mulut nenek Azizah walau ditengking dan ditepis tangan Syakilla beberapa kali. Nampaknya sikap nenek Azizah masih seperti dulu, sedikitpun tidak berubah walaupun dalam keadaan terlantar sakit begini.

"Bodoh kau ni Killa!!" Pinggan nasi ditepis kuat dan kepala Syakilla ditunjal kuat, terdorong Syakilla ke dinding.

"Zah! Mengucap Zah!"

Aku mengalih mata pada nenek yang menenangkan nenek Azizah. Nenek turut sama berada di rumah Syakilla. Setiap kali Syakilla mengajak aku ke rumahnya menjenguk nenek Azizah, setiap kali itulah aku akan mengajak nenek sekali. Mak pula memang tak akan pernah setuju. Sekali lagi aku menatap Syakilla yang sudah bergenang air matanya yang diseka dengan hujung lengan baju kurung yang dipakai.

"Killa...sabarlah. Orang sakit memang macam tu.." Aku cuba memujuk Syakilla yang sedang mengutip butir-butir nasi dan pinggan yang sudah terlungkup.

"Zah, kau tu sakit. Cuba kawal sikit. Kesian Syakilla..selama ni dia yang jaga masa kau sakit ni." Ujar nenek sambil memegang dan mengusap lembut lengan nenek Azizah. Jelas wajah nenek Azizah seperti merenung sesuatu sambil mengetap bibir.

"Nek..makan ya nek?" Syakilla merapat sekali lagi neneknya dan cuba menyuap nasi.

"Bak sini!" Terus saja disambar pinggan nasi dari tangan Syakilla. Rakus nasi dikunyah dan ditelan bersama telur rebus. "Aku nak lagi!!"

Syakilla segera ke ruang dapur. Aku pula masih memerhati tingkah nenek Azizah yang begitu pelik. Setahu aku, orang sakit tak akan ada selera makan tetapi nenek Azizah seperti semakin kebulur. Baru habis satu periuk nasi dibedalnya tadi. Telur pula sudah tujuh biji dimakan.

"Sham.." Lengan aku ditarik nenek dan kami berdua beredar dari situ menuju ke anjung rumah.

"Ada apa nek?" Aku pandang wajah nenek yang sudah berubah riak. Seperti ada ada sesuatu yang nenek ingin katakan.

"Sham..nenek rasa Azizah tu dah lama mati..." Perlahan seakan berbisik, suara nenek menerjah telinga aku.

Aku menelan liur. Pantas kilat bebola mata aku menerjah ke tubuh nenek Azizah yang sedang terlantar baring di atas tilam di sudut dinding ruang tamu itu. Aku cuba mengamati wajah nenek Azizah sekali lagi. Isi dan kulit sudah kecut. Keadaan nenek Azizah sudah seperti mayat hidup. Mungkin benar juga kata-kata nenek tadi.

"Nek..nenek Azizah tu..ada saka ke nek?" Berhati-hati aku melontar soalan keramat itu pada nenek. Aku hanya ingin kepastian dari nenek sendiri. Mungkin nenek lebih tahu.

"Macam nilah..panggil Ustaz Adi lagi sekali. Nenek risau keselamatan Syakilla tu." Balas nenek, kali ini semakin perlahan nada suaranya.

"Killa!! Killa!! Mana pulut kuning aku???"

Perbualan aku dengan nenek terhenti. Aku dan nenek serentak berpaling ke arah nenek Azizah yang sudah merengus, sesekali mendengus seperti seekor lembu garang. Matanya tajam melihat sesuatu. Syakilla pula bergegas dari ruang dapur membawa sepinggan pulut kuning lalu dihulur kepada neneknya. Dengan rakus nenek Azizah mengunyah pulut kuning. Apa yang mengejutkan aku, nenek Azizah tidak menggunakan jari tangannya sebaliknya dia makan pulut kuning itu dengan mulut terus dari pinggan. Sesekali dia menjilat sisa lulut kuning atas pinggan.


"Sham...tu tandanya dia membela.." Ujar nenek perlahan yang masih berada di sebelah aku.


"Kalau macam tu..Sham panggil Ustaz Adi. Buat masa ni, kita baca Yaasin dulu untuk nenek Azizah. Dah malam ni nek. Kita tidur sini boleh nek?" Tanya aku pada nenek yang masih merenung tepat ke wajah nenek Azizah. Mulut nenek kumat kamit seperti membaca sesuatu. Nenek hanya mengangguk. Sebenarnya aku kasihankan Syakilla yang terpaksa berdepan dengan karenah nenek Azizah yang pelik sejak terlantar sakit.


Aku segera menghubungi Ustaz Adi. Hanya Ustaz Adi saja yang boleh membantu nenek Azizah. Nak harapkan ilmu aku yang baru setakat buku lali ini, memang tak ke mana lah jawabnya. Agak lama aku berbual dengan Ustaz Adi di hujung talian. Nampaknya Ustaz Adi faham keadaan nenek Azizah. Esok pagi, dia akan datang bersama anak buahnya ke sini.


Aku dan nenek segera mengambil wudhuk memandangkan waktu maghrib pun sudah masuk. Azan dari masjid di hujung kampung sayup-sayup memecah keheningan senja itu. Usai solat, bacaan Yassin kami mulakan.


"Kau jangan baca kat sini bodoh!!"


Gelas kaca terkena dahi aku. Aku meraba dahi yang terasa pedih. Darah meleleh keluar dari luka akibat dari serpihan kaca gelas yang pecah. Kuat juga nenek Azizah melempar gelas tadi. Memang ada sebiji gelas dan satu jag air yang diletakkan di tepi tilam nenek Azizah.

"Sham..maafkan nenek Killa..macam tulah dia kalau Killa baca Yassin untuk dia.." Keluh Syakilla yang turut sama membaca Yassin. Sehelai tuala 'good morning' dihulur kepada aku. "Lap darah tu.."

"Killa...kenapa tak cakap dengan saya pasal ni? Buatnya nenek Azizah mengamuk lebih teruk?" Aku mula memarahi Syakilla yang sudah menundukkan wajah. Baru aku perasan ada kesan luka di dahi gadis itu.

"Sudahlah..kita baca sampai habis. Biar nenek yang pegang tangan nenek Azizah ni.." Nenek menawarkan diri menjaga nenek Azizah yang sudah tidak keruan tidurnya.

"Lepaskan aku!! Panas!!Panas!!" Jerit nenek Azizah tiba-tiba.

Aku sudah mula panik. Nenek yang sedang memegang lengan nenek Azizah semakin kuat cengkamannya. Syakilla masih meneruskan bacaan Yassin tanpa menghiraukan jeritan neneknya. Mungkin gadis itu sudah lali dengan keadaan macam itu.

"Sham, panggil Ustaz Adi datang malam ni jugak. Nenek tak sedap hati.."

Aku tahu, nenek tidak bergurau. Ada nada cemas pada suara nenek. Aku segera menghubungi Ustaz Adi sekali lagi.

"Mana pulut kuning aku??"Nenek Azizah menjerit semakin kuat.

Aku lihat Syakilla tidak hiraukan jeritan neneknya. Dia meneruskan juga bacaan Yassin. Aku dan nenek terpaksa pegang tangan dan kaki nenek Azizah yang sudah meronta kuat. Suara nenek Azizah sudah berubah tona.

"Aku nak tuan aku!!!"

Bergema suara nenek Azizah di seluruh ruang tamu. Suara yang cukup garau dengan mata merah hampir tersembul dari soket mata. Aku menelan liur. Nenek pula kumat kamit berzikir sambil meniup ubun-ubun nenek Azizah. Aku bingkas dari duduk dan menjenguk ke luar jendela. Tiada kelihatan kereta Ustaz Adi. Aku kembali ke tempat nenek Azizah menyambung membaca Yasiin. Hampir satu jam nenek Azizah meronta dan menjerit kepanasan. Lidahnya terjelir dengan air liur meleleh.


Syakilla sudah selesai membaca yasiin. tubuh neneknya disapu air yang dibacakan yassin tadi. Terkejut aku melihat Syakilla yang sudah terjelepuk ke dinding bila ditolak kuat nenek Azizah tadi.


"Killa!" Aku segera merapati gadis itu dan cuba mengangkat tubunya. Nampak muka berkerut Syakilla menahan sakit. "Killa...awak tak apa-apa?"  


"Sikit je...saya ok. Tengok nenek.." Tangan aku ditepis, Syakilla berundur ke belakang. Bukan niat aku untuk ambil kesempatan padanya tadi. Aku hanya ingin mengangkatnya ke tempat yang selesa.


"Maaf Killa..saya..saya  tak berniat macam tu.." Aku sudah memerah muka. Aduh! Apa hal pulak aku nak romantik segala ni??? Aku luku kepala sendiri.


"Assalamualaikum!!"


"Wa'alaikumussalam!!" Aku segera berlari ke muka pintu. Lega melihat Ustaz Adi bersama dua pembantunya sudah sampai. Segera aku persilakan mereka masuk.  


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2016 03:28 PM | Show all posts
seronoknya dah ada sambungan..cepat habiskan ipo....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2016 12:49 PM | Show all posts
"Macam mana nenek?" Terus saja Ustaz Adi bertanya, matanya menala ke arah nenek Azizah yang terbaring lemah.

"Macam tulah ustaz. Nenek saya syak dia dah meninggal. Sebab tulah saya terpaksa panggil juga ustaz datang malam-malam ni. Maaf ya ustaz.." Suara aku antara dengar dengan tidak membalas pertanyaan Ustaz Adi.

Ustaz Adi hanya mengangguk-angguk dan menyuruh kedua pembantunya turut sama mendekati nenek Azizah. Ustaz Adi dan pembantunya mula duduk  bersila di tepi tilam nenek Azizah. Agak lama Ustaz Adi merenung wajah nenek Azizah yang kini sudah berpaling ke arah lain, seolah tidak ingin melihat wajah Ustaz Adi. Aku pandang nenek dan Syakilla yang masih setia berada di sisi nenek Azizah.

"Emm...dia ada minta pulut kuning tak?" Soal Ustaz Adi, matanya masih menala ke arah wajah nenek Azizah.

"Ya ustaz...dia selalu minta.." Balas Syakilla tanpa disuruh. Matanya sekejap menatap mata aku dan sekejap pula menala ke arah Ustaz Adi.

"Habis tu, ada kamu beri pada dia?" Tanya Ustaz Adi lagi.

Syakilla mengangguk. "Kalau tak beri...nenek mengamuk. Pernah dia pukul saya sampai saya lari dari rumah.."

Aku pandang Syakilla yang sudah ketakutan, matanya dialih pada nenek Azizah, mungkin dia bimbang neneknya akan menendang dan memukulnya lagi. Mana mungkin nenek Azizah berbuat begitu memandangkan dia sendiri terlantar lemah.

"huhuhuuuuuuuuu....iiiikkkkk....huhuuuuuu..."

Masing-masing mendengar rengekan nenek Azizah yang tidak jelas butir bicaranya. Sesekali nenek Azizah akan menjeling tajam setiap orang yang ada di situ dan matanya dijegil sehingga menampakkan urat merah dalam mata putihnya sebaik dia pandang Ustaz Adi. Nampak jelas riak benci dan marah nenek Azizah pada ustaz Adi.

"Kau nak apa hah?!!"Tiba-tiba nenek Azizah menjerkah Ustaz Adi. Apa yang menakutkan, suara nenek Azizah sudah berubah garau.


Ustaz Adi kumat kamit membaca dan tasbih di tangannya berputar ligat, begitu juga kedua pembantunya sama-sama berzikir. Dalam setengah jam berzikir, nenek Azizah bertempik panas dan dua tiga kali bangun tegak tetapi aku dan nenek cepat-cepat menangkapnya dan baringkan semula. Syakilla pula pegang kaki nenek Azizah yang sudah cuba menendang Ustaz Adi.

"Sham..nenek ni dah dua minggu meninggal. Suara tadi adalah sakanya dan pulut kuning tu adalah makanan yang selalu dijamu oleh nenek ni pada sakanya." Perlahan Ustaz Adi berkata. Dia memberi isyarat pada kedua pembantunya agar bersedia jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

"Maksud ustaz...saka yang ada dalam tubuh nenek Azizah ni?" Aku inginkan kepastian.

"Ya...saka ni tak nak keluar melainkan ada orang yang boleh menjadi tuannya menggantikan nenek Azizah ni.."

Ketika ini, mata aku dialih pada Syakilla, satu-satunya waris tunggal nenek Azizah. Jantung aku berdegup kencang. Aku berharap sangat Syakilla menolak semua itu. Syakilla pula sudah pucat mukanya. Terkebil-kebil dia melihat ustaz Adi yang masih kumat kamit berzikir.

"Ustaz..ada tak cara supaya saka ni dibuang? maksud saya...tidak ganggu keturunan Azizah ni?" Nenek menyampuk.

Ustaz Adi tunduk. Dia menggeleng beberapa kali. Aku tahu, jika Ustaz Adi berkeadaan begitu, sukarlah jawapnya. Sayu aku memandang Syakilla yang juga sudah mula menunduk. Air matanya sudah laju menitis ke pipi.

"Tapi jangan bimbang, jin dan syaitan ni juga makhluk Allah dan kita kena faham, kedudukan manusia ni lebih tinggi dari mereka. Jadi, saya hanya boleh beritahu, kuatkan diri dengan ilmu dan penuhkan dengan amal ibadat hanya kerana Allah s.w.t. Saya akan cuba mana yang terdaya saja. Kalau kita boleh pulangkan saka tu pada yang haknya, alhamdulillah. Saya rasa, nenek Azizah ada buat perjanjian.." Jelas Ustaz Adi.

"Perjanjian?" Aku menelan liur. Teringat perjanjian yang arwah Atuk buat dulu. Sungguh manusia hanyut dalam tipu daya jin dan syaitan hanya kerana inginkan kepuasan hati.

"Ya..setiap saka atau jin ni ada perjanjian. Tak apa...nanti ustaz cuba selesaikan.." Ustaz Adi mula memberi isyarat pada kedua pembantunya. Mereka bertiga mula membaca surah yassin bersama-sama dan menyuruh aku dan yang lain turut sama membacanya tanpa henti.

"Pergi!!! Aku tak keluar!!!"

Aku yang berada di hujung kaki nenek Azizah terkejut melihat nenek Azizah sudah tercegat bangun sekali lagi. Kali ini mata merahnya tepat memandang Ustaz Adi dan aku. Silih berganti. Ah! Sudah!

"Kau ada barang aku!!!" Nenek Azizah menuding ke arah aku. Suaranya bergema kali ini.

Aku terdiam. Barang? Barang apa?? Takkan Syakilla??? Aduh! Pening!!

"Ba..ba..barang apa nek?" Aku beranikan diri bertanya, terdongak aku melihat nenek Azizah yang berdiri tadi. Kedua pembantu Ustaz Adi sudah memegang kedua lengan nenek Azizah.

"Sham, kamu ada simpan apa-apa ke?" Pantas saja Ustaz Adi menoleh ke arah aku.

Aku cuba mengingati barang yang dimaksudkan oleh nenek Azizah. Setahu aku, tak ada apa-apa barang milik nenek Azizah yang aku simpan. Dah buang tabiat ke aku nak simpan bagai?? Takkanlah si Syakilla pula yang dimaksudkan oleh nenek Azizah?? Kan selama ini nenek Azizah yang beria nakkan aku bernikah dengan Syakilla??"

"Err...tak ada ustaz." Aku makin yakin yang aku memang tak ada simpan atau pegang apa-apa barang milik nenek Azizah mahupun Syakilla.

"Emm...pelik. Semalam, saya ada mimpi yang arwah Mas Syakilla datang sambil menangis merayu. Ada yang tak beres lagi ke?"

"Apa ustaz??" Aku pula tercengang. Takkan tak habis lagi misteri mimpi Syakilla?? Kenapa aku tak pernah bermimpi lagi semenjak rangka Mas Syakilla dikebumikan??

"Ya..macam ada yang belum beres lagi. Cuba kamu ingat.." Ustaz Adi tepat memandang aku dengan kening bertaut.

Puas aku berfikir. Jenuh aku perah otak mencari apa yang masih belum beres sedangkan semuanya sudah tamat perihal Mas Syakilla mengikut apa yang lelaki Siam itu beritahu aku dulu.

"Ya Allah!!" Aku tepuk dahi. Baru aku teringat tentang botol minyak dagu dan darah itu!

"Sham, baik kamu beritahu ustaz apa dia?" Desak nenek pula. Matanya tepat memandang tajam pada aku.

"Ustaz...baru saya teringat..ada botol minyak dagu dan darah dari arwah Mas Syakilla..." Terkulat-kulat aku menjawab. Nampak sangat aku cuai dalam menjalankan amanah.

"Mana botol-botol tu?" Terus saja Ustaz Adi bertanya.

"Ada kat rumah sewa saya..." Keluh aku. Ah, kenapalah aku lupa pasal botol itu semua?? Berkali-kali aku meluku kepala aku sendiri.

"Pergi ambil cepat!!" Arah nenek dengan suara tegas. Aku nampak nenek sudah mengetap bibir. Tahu sangat nenek sedang marah.

"Tapi nek..dah pukul berapa ni? Bukan dekat nek. Kat KL sana tu.." Aku sudah mula serba salah. Bukan dekat KL dengan Kampung Sireh ni. Ulangalik mahunya jam 3 pagi aku sampai semula di rumah ini.

Aku bergegas bangun dan capai kunci kereta. Panahan iris mata nenek begitu tajam. Aku tak berani membantah. Terpaksalah aku meredah ke KL semula. Sudahlah hujan mula renyai.

"Sham!! Saya temankan awak??"

Aku berpaling. Syakilla sudah berjalan ke arah aku.

"Tak payahlah. Kan dan lewat malam ni. Killa teman nenek ya?" Aku memujuk. Walaupun aku sebenarnya suka Syakilla menemani aku yang terpaksa sendirian ke KL semula.

"Saya takut. Saya dapat rasa yang nenek nak bunuh saya.." Syakilla tunduk.

"Eh..takkan nenek Killa nak buat macam tu? Sudahlah...temankan nenek. Ustaz ada. Saya pergi dulu.."

"Hati-hati awak bawa kereta..."

Sayu pandangan mata Syakilla kali ini. Jantung aku pula yang merasa terlalu laju berdegup. Aku segera masuk ke dalam perut kereta dan memecut laju menuju ke jalan besar. Kalau terpaksa, aku akan ajak sekali Lan nanti, tak pun Sopi dan Ajoi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2016 12:50 PM | Show all posts
huhuh...jenuh nak habiskan citer ni...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2016 07:14 PM | Show all posts
JARUM pada dashboard kereta sudah melewati 12 tengah malam. Pedal minyak semakin kuat aku tekan.Dari Kampung Sireh tadi lagi aku memecut 110km/jam. Aku membelok ke arah kawasan perumahan sewa aku. Harap-harap Lan sudah menunggu aku di rumah. Sebelum bertolak tadi lagi, aku menghubungi Lan. Kalau Lan tidak ada di situ, terpaksalah aku seorang diri menempuhnya jika ada apa-apa berlaku. Ustaz Adi pula sempat menghubungi aku agar menguruskan botol-botol itu di rumah sewa saja. Bimbang perkara buruk akan berlaku nanti kalau tidak diuruskan dengan cepat.

"Ah! Mana nak cari daun bidara malam-malam buta ni?" Aku mengeluh sendiri.

Sebaik tiba di pintu pagar rumah, aku menarik nafas lega. Nampaknya kawan baik aku sudah tercangak di depan pagar yang berkunci. Aku segera keluar dari perut kereta.

"Lan, dah lama kau sampai?" Aku menegur Lan yang sudah berdiam diri di tepi pagar. Lan hanya mengangguk. Pintu pagar rumah yang berkunci aku buka dan terus saja mengajak Lan masuk ke dalam rumah. Aku perlu selesaikan cepat apa yang disuruh oleh Ustaz Adi melalui telefon tadi.

Terus saja aku melangkah ke dalam bilik aku. Tempat pertama yang aku tuju adalah laci meja. Di situlah aku menyimpan botol minyak dagu dan darah milik Mas Syakilla. Lan pula hanya mengekori aku dari belakang. Pelik pula aku melihat Lan yang langsung tidak bercakap. Hanya mengangguk dan menggeleng saja. Entah apa yang tidak kena kali ini. Janganlah nanti Lan pula dirasuk.

"Lan, kau ni kenapa? Angguk geleng je kau ni. Ni, mana daun bidara yang aku suruh kau cari tu?" Sekali lagi aku bertanya Lan yang masih berdiam diri seolah mulut lelaki itu sudah dijahit.

"Lan! Kau ni kenapa hah?" AKu tepuk kuat bahu Lan.

Lan tidak berkata sepatah apa pun sebaliknya dia masuk ke ruang dapur. Aku yang merasa pelik dengan gelagat Lan. Terkejut dengan ketukan di muka pintu. Aku kaku berdiri di ruang tamu. Antara hendak buka pintu atau tidak. Mata aku meliar melihat ke arah dapur. Tiba-tiba telefon bimbit berdering.

"Lan??" Aku menelan liur. Pucat muka! Habis siapa yang bersama aku tadi?? Kelam kabut aku menjawab panggilan Lan. "Ya, ya..jap aku buka pintu!"

"Weh! Kau dengan siapa tadi?" Lan terus saja bertanya.

"Kau..kau nampak macam mana?" Aku sudah cuak. Maknanya Lan sudah lama berada di halaman rumah aku. Di tangannya ada sebungkus daun bidara.

"Tadi aku nampak nenek tua masuk rumah sekali dengan kau? Nenek kau ke?" Lurus Lan bertanya. Dia jenguk-jenguk ke dalam rumah. Liar matanya mencari kelibat orang yang dikatakan nenek tadi.

Aku tidak menjawab, tangan Lan aku tarik dan perlahan aku dan Lan menuju ke ruang dapur.  Bulat mata aku melihat apa yang ada di dapur. Bukan jasad Lan yang ada di situ tetapi jasad nenek Azizah yang sedang menyelongkar peti sejuk. Baru aku teringat, semalam aku ada membeli sekilo daging. Lahap nenek Azizah meratah daging. Meleleh darah dari  daging  di mulut nenek Azizah. Kali ini terasa kaki aku dipaku terus ke lantai.


"Sham..jadi betullah apa yang aku nampak tadi.." Lan berbisik. Pertama kali aku melihat lan berubah tona wajah.


Belum sempat aku mengajak Lan keluar dari situ, nenek Azizah sudah menoleh dan tersengih memandang ke arah aku dan Lan. Lan sudah mencuit lengan aku. Lan mungkin ingat aku sudah dirasuk. Aku segera keluarkan daun bidara dan aku segera menyuruh Lan mengambil mangkuk di tepi singki dan masukkan air. Daun bidara itu aku bacakan al Fatihah, selawat dan ayat Kursi. Akhir sekali ayat ke 9 surah Yassin sebanyak sembilan kali. Darah dan minyak dagu dalam botol itu aku tuang ke dalam mangkuk tadi.  Tiba-tiba bergema dengan suara lolongan nenek Azizah dan sepantas itu juga kelibat nenek Azizah hilang tiba-tiba.   


"Cepat, kita kena tanam benda ni." Ajak aku dan terus saja berlari keluar dari rumah. Di bawah pokok mangga di depan rumah aku, air yang bercampur darah dan minyak dagu tadi aku tanam dalam lubang bersama-sama dengan botol.


Hujan semakin lebat mencurah ke bumi. Aku kembali semula ke dalam rumah bersama Lan. Setelah pasti tiada apa-apa yang berlaku, aku terus mengajak Lan menaiki kereta pulang semula ke Kampung Sireh. Jam sudah hampir satu setengah pagi. Kali ini semakin laju aku memecut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2016 08:15 PM | Show all posts
HAMPIR tiga pagi aku tiba di rumah Syakilla semula. Dengan keadaan basah kuyup, aku dan Lan menapak masuk ke dalam rumah. Terkejut aku melihat nenek Azizah duduk mencangkung di depan Ustaz Adi yang sedang kumat kamit membaca sesuatu. Kedua pembantu Ustaz Adi juga turut sama kumat kamit. Di lantai sudah penuh dengan taburan garam dan lada hitam.

Mata aku cepat saja menghala ke arah Syakilla dan nenek yang sedang berpelukan di sudut penjuru ruang tamu. Syakilla yang sudah ketakutan kelihatan seperti dicakar-cakar kulitnya. Ya Allah, rasa bersalah melihat keadaan Syakilla. Patutlah beria Syakilla ingin mengikut aku ke KL tadi. Aku dan Lan merapati Ustaz Adi dan berbisik tentang kejadian yang berlaku di rumah sewa aku tadi.

"Emm...nampaknya ada lagi benda yang belum beres. Cuba selongkar rumah ni." Ustaz Adi memberi arahan pada aku.

"Benda apa ustaz?" Aku pula yang terpinga-pinga. Memang tidak tahu hendak mula dari mana. Tambah lagi rumah orang. Tergaru-garu kepala aku dibuatnya.

"Cari saja! Kalau tak jumpa, dia akan tetap jadi macam ni. Jin tu tak akan keluar dan pergi dari sini. Saya rasa ada satu keris yang dipuja, hasil dari perjanjian tu. Cepat cari! Biar saya yang handle kat sini..saya dah pagar kat sini. Dia tak akan mengamuk jauh. Cepat!!" Ustaz Adi mengarahkan aku sekali lagi. Tegas suaranya kali ini.

Aku terus saja mengajak Lan mencari segenap ruang dalam rumah itu. Tempat pertama sudah tentu di bilik nenek Azizah sendiri. Tiada apa-apa yang pelik. Malah keris yang dikatakan oleh Ustaz Adi juga tidak ditemui. Aku beralih ke bilik Syakilla. Tergamam aku di muka pintu. Lan yang dari tadi turut mengekori aku juga terhenti langkahnya di muka pintu. Keris kecil sudah terpacak di atas satu kain kuning di atas meja. Apa yang lebih membuatkan aku dan Lan merasa cuak, ada titisan darah meleleh pada keris itu.

"Sham...kau nak ambil macam mana keris tu?" Bisik Lan. Terasa tangan Lan memegang kuat tangan aku.

Aku menarik nafas dalam dan menghembus perlahan. Surah Al Fatihah dan ayat ruqyah aku baca disusuli ayat Qursi dan surah Al Baqarah dua ayat terakhir. Aku ulang sebanyak tiga kali. Mata aku pejam rapat. Dalam hati aku berdoa pada Allah agar permudahkan urusan aku. Sebaik selesai membaca, aku membuka mata. Lega, keris itu suda rebah atas kain kuning tadi. Aku segera bungkus dengan kain kuning dan membawanya kepada Ustaz Adi.

"Nah, ni kerisnya ustaz." Keris itu bertukar tangan.

"Aku akan bunuh kau dengan keris ni kalau kau tak keluar dan pergi jauh dari sini!" Ugut Ustaz Adi pada nenek Azizah yang masih mencangkung merenung tajam dengan mata merah.

Nenek Azizah mengilai panjang. Tambah menyeramkan dengan lolongan anjing di luar . Hujan semakin galak menyimbah bumi. Nampaknya ugutan Ustaz Adi tidak memberi kesan sedikitpun pada nenek Azizah malah diketawakan saja olehnya dengan hilaian menyeramkan. Aku dan Lan hanya menunggu masa arahan dari Ustaz Adi bila-bila masa.

"Baiklah. Aku suruh kau keluar dengan cara baik, kau degil." Keris tadi Ustaz Adi selamkan dalam air kosong lalu dibaca sesuatu. Hilaian nenek Azizah sudah bertukar jeritan kuat.

Keris tadi terus saja dihunus kuat ke arah nenek Azizah. Menggelupur tubuh nenek Azizah dengan suara jeritan bergema seluruh rumah. Terasa gegaran lantai ketika ini.

"Sham, cepat balut keris ni dengan kain kuning ni dan tanam. Baca al fatihah dan selawat." Keris tadi dihulur kepada aku. Aku masih terpinga-pinga.

"Hanya kamu saja yang boleh buat kerja ni. Ajak Syakilla sekali, dia waris.." Jelas Ustaz Adi setelah melihat aku terkebil-kebil seperti  mati kutu.

Syakilla tanpa disuruh segera bangun dari sebelah nenek dan mendekati aku lalu mengajak aku ke halaman rumah. Seperti biasa, Lan turut mengikuti aku dan Syakilla. Selesai menanam keris seperti yang diarahkan, kami semua melangkah masuk ke dalam rumah semula. Kelihatan nenek Azizah sudah terbaring di tepi dinding dengan wajah menggerunkan. Ustaz Adi mengarahkan aku dan Syakilla mengangkat nenek ke atas tilam semula.

"Alhamdulillah...dia dah pergi dengan aman. Esok pagi kita mandikan dan solatkan jenazah ni." Ustaz Adi berkata dengan suara lega. Jelas terpancar di wajah Ustaz Adi satu kepenatan yang amat.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2016 08:43 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 14-2-2016 08:02 PM

SYAKILLA menadah tangan berdoa di sisi pusara nenek dan ibunya yang dikebumikan berdekatan di tanah perkuburan. Aku menunggu penuh sabar di pondok kecil yang terletak tidak jauh dari pusara tadi. Dari sini, aku masih memerhati Syakilla yang begitu khusyuk berdoa. Ada titisan jernih membasahi pipinya. Siapa yang tidak sedih dengan pemergian ibu dan nenek dengan cara begitu. Tiada siapa yang ingin semua itu berlaku dalam hidup mereka.

Benarlah kata Ustaz Adi, manusia mudah tertipu dengan pujukan syaitan dan menjadikan jin sebagai jalan penyelesaian segala urusan. Mengambil jalan mudah untuk merealisasikan impian dan cita-cita. Aku melepaskan keluhan sebentar. Mata masih menala kepada Syakilla sedangkan fikiran aku sekarang ini masih lagi memutar semula kata-kata Ustaz Adi.

Rupanya sudah lama nenek Azizah membela saka. Sejak zaman anak dara lagi dan semua itu ada perjanjian. Keris itu adalah tandanya nenek Azizah berjanji dengan memberi makan darah babi setiap bulan mengambang. Keris itu diperasap setiap malam jumaat dan dihidangkan dengan pulut kuning dengan telur rebus. Aku musykil kerana keris itu aku jumpa di bilik Syakilla.

"Bang..jom.."

Tersedar aku dari lamunan panjang. Syakilla sudah berdiri di sebelah aku dengan sebuah jag di tangan kanan dan tikar di tangan kirinya. Aku melemparkan senyuman manis buat isteri yang aku nikahi seminggu yang lalu. Dengan keadaan kelam kabut pada malam itu, usai sempurnakan jenazah nenek Azizah, seminggu selepas kejadian itu, nenek dan mak tidak berlengah lagi. Aku dan Syakilla dinikahkan  dengan wali hakim setelah gagal mencari bapa kandung Syakilla. Nenek yang beria ingin aku menikahi Syakilla yang keseorangan setelah tiada sesiapa lagi kaum keluarganya yang tinggal.

"Killa, boleh abang tanya sikit?" Aku yang sedang berjalan beriringan dengan Syakilla menuju ke kereta menghentikan langkah sejenak.

"Apa dia?"

"Keris tu...kenapa ada dalam bilik Killa?"

Syakilla tunduk. Jelas kedengaran keluhannya di telinga aku. Langkah Syakilla disambung semula menuju ke kereta. Aku membuntuti Syakilla yang sudah masuk ke dalam perut kereta di bahagian tempat duduk sebelah pemandu. Aku segera masuk ke dalam kereta.

"Killa..." Lembut tangan Syakilla aku pegang. "Tak apa lah..kalau Killa tak nak jawab."

Enjin kereta aku hidupkan dan perlahan kereta meninggalkan tanah perkuburan. Syakilla masih tunduk dan sesekali dia memalingkan wajahnya melihat ke luar cermin kereta.

"Sebenarnya keris itu milik nenek dan nenek paksa saya perasap keris itu setiap malam jumaat. Saya takut pada nenek, nak tak nak saya terpaksa asapkan keris tu dengan kemenyan dan hidangkan dengan pulut kuning. Selebihnya nenek yang buat. Sungguh saya merasa berdosa sangat selama ni. Alhamdulillah, setiap kali lepas buat semua tu, saya cepat-cepat ambil wudhuk dan baca quran sebelum tidur. Saya selalu berdoa pada Allah agar melindungi saya dari hantu syaitan..."

Aku terdiam mendengar kata-kata Syakilla yang akhirnya bersuara sejak diam membisu dari tadi. Tangan Syakilla aku capai dan aku tenangkannya. Sampai di rumah, aku tidak lagi bertanya tentang keris itu. Aku ingin bina hidup bahagia dengan Syakilla dan menjadi tanggungjawab aku untuk membahagiakan Syakilla yang sudah sebatang kara. Hanya satu saja yang masih menjadi tanda tanya sehingga kini, siapa sebenarnya yang muncul di rumah mak dulu. Mas Syakilla atau jelmaan nenek Azizah yang menyerupai Mas Syakill sehingga Suri dirasuk dan meninggal dunia??


TAMAT

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.089656 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list