View: 2020|Reply: 10
|
Siri III - ilmu tafsir dan cabarannya - Rentetan penyelewengan sepanjang zaman
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 13-12-2015 02:45 AM
Assalamualaikum pembaca sekalian,
dalam sedikit kelapangan masa hari minggu ini , ingin dikongsikan juga akan kronologi 'tangan - tangan ' yang melakukan kerosakan.
( i dunno kenapa teringat adegan Lord Tebing lakonan Ian McKellen dan Scholar of Symbology Prof Langdon and Sophie Neveu ketika satu perbincangan hangat mengenai sesuatu )
Pp: 18 - 22
Penulis : Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Mazlan Ahmad
Judul Buku : Penyelewengan Dalam Tafsir Al - Quran
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebagaimana yang diketahui pentafsiran yg tepat adalah penting supaya kebaikan dan manfaat ilmu , hidayah itu diperolehi, namun begitu ada juga perbuatan penyelewengan ini membawa kesan negatif terhadap islam yang menjaga maqasid syariah itu sendiri - dan ini termasuklah mengaburkan maksud dan seterusnya menimbulkan kekeliruan terhadap syariat Islam itu sendiri dan manifestasi perbuatan ini dapat dilihat dari segi sahsiah dan amalan yang bertentangan dengan Islam itu sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 13-12-2015 03:49 AM
Penyelewengan:
Penulis menyatakan bahawa kata dasar penyelewengan itu , mengikut bahasa Arab - 'inhiraf'. Penulis memanjangkan lagi perkataan / kalimah ini daripada asalan frasa : 'harrafa yuhariffu ' - yang dalam Bahasa Melayunya bererti ' MERUBAH'.
Menurut penulis, tidak kurang 4 kali pengulangan ungkapan tersebut dalam pelbagai bentuk dlm Al Quran :
i) Al Baqarah ayat 75
ii) Al - Nisa 46
iii) Al Maidah ayat 13 dan 41
apakah yang terkandung dalam ayat ayat tersebut - ?
antara inti pati ayat ayat tersebut ialah perekodan penyelewengan yg disaksikan ALLAH SWT oleh ahl kitab terhadap kitab mereka ( Al Zaghlul 1978: 69 )
Al Nisa 4: 46 yang membawa maksud:
Di antara orang Yahudi ada yang mengubah ( atau menukar ganti ) kalamullah ( isi Kitab taurat) , dari tempat dan maksudnya yang sebenar.
Menurut al - bustamy ( 1987 : 161) inhiraf juga membawa maksud 'berpaling' , makna lain bagi inhiraf ialah - condong dan berpaling daripada kebenaran ( al razi 1912: 131).
dalam al Quran , kata kerja penyelewengan juga disebut dalam beberapa kata lain iaitu
zaygh ( Ali Imran 3: 7 ) , mayl '' an ( al Nisa 4: 27 ), hayd ( qaf 50: 19)
oleh itu penyelewengan dalam konteks tafsir Al Quran menurut penulis, ' tahrif' - merujuk kepada
pengubahan atau seleweangkan maksud pada perkataan yang dimaksud oleh pembicara .
Selewengan juga menurut penulis - ialah perbuatan mentafsirkan al quran yang dilakukan dengan menyimpang daripada metod atau kaedah bahasa ARAB, 'prinsip asas syarak' , yang menyanggah 'syarat' dan 'adab' semasa mentafsir, tersasar jauh daripada tujuan sebenar mentafsir - yang selalunya berdasarkan kepentingan hawa nafsu dan BUKANNYA ILMU.
bagaimana pula dengan Perbezaan pentafsiran?
Perbezaan pentafsiran adalah perkara lazim yang disebabkan beberapa faktor , antaranya :
memetik kata penulis : ' tahap kefahaman, pandangan dan kecederungan atau penekanan perbahasan" oleh mufasir.
Perbezaan masih boleh diterima SELAGI tidak menyimpang, bercanggah dengan syarak dan kaedah tafsiran bahasa arab.
Perbezaan ini seperti mana diterangkan penulis adalah perbezaan yang bersifat 'kepelbagaian' ( ikhtilaf tanawwu) DAN BUKAN PERCANGGAHAN ( ikhtilaf TUDAD)
NOTA : jelaslah bahawa kepelbagaian itu wujud dan diterima dan jenis beza tafsir diterima selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip asas syarak . So , kecaman terhadap ulama atau golongan agaa yg depa hanya so and so dan tak mementingkan kepelbagaian pendapat adalah TERBATAL
apabila kita sebagai org ISLAM sendiri memahami dan menghayati apa yg dikatakan ilmu tafsir itu. Apabila kita mengetahui serba sedikit akan apa itu yg dikatakan ilmu tafsir maka kita akan menyedari bahawa fitnah, half truth , momokan negatif yang sengaja dilemparkan oleh golongan tertentu adalah salah sama sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
perbezaan penfasiran, menurut penulis - rumusannya yg saya dapati :
Perbezaan penfsiran ini wujud sejak zaman rasulullah SAW lagidan ini disebabkan oleh beberapa hal.
Antaranya :
selain rasulullah SAW sendiri sebagai rujukan utama mereka juga berijtihad berdasarkan pengetahuan mereka dan apayg ditulis penulis sebagai ' zauq lughawiyyah' yang ada pada empunya diri. Mereka juga lebih arif dengan adab, tatacara hidup bangsa arab, penyaksian dan keterlibatan mereka dalam peristiwa dinuzulkan ayat itu dan hasil komunikasi, campur gaul dan kajian terhadap situasi ahli kitab yang berlokasi Semenanjung Tanah Arab pada masa turunnya ayat Al Quran itu.
In addition, keupayaan para sahabat berfikir dan luasnya pengetahuan mereka menjadi nilai tambah kepada proses pemahaman ayat ayat Quran. ( Al Qurtubi 1967)
|
|
|
|
|
|
|
|
Pentafsiran Pada Zaman Tabiin
Para tabiin adalah mereka yang very dedicated dan passionate about Al Quran. So, mereka mengumpul tafsiran al quran yang bersumberkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Mereka juga melakukan ijtihad sekiranya terdapat ayat yang tidak biasa atau apa yg penulistafsirkan sebagai perkataan 'pelik' ( gharib) yang mana rujukannya tidak terdapat daripada Rasulullah SAW mahupun para sahabat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 14-12-2015 07:53 PM
Pada tahap permulaan , tafsir digabungkan dengan hadis dalam satu kitab - dan ini merujuk waktu ketika pembukuan
selepas itu kemudiannya tafsir dipisahkan tetapi pendekatan tafsiran bi al- mathur dijaga dan dipelihara. Sumber rujukan masih Al Quran, hadis dan para sahabat
Ruang penyelewengan berlaku apabila tafsir itu dilupuskan sanadnya setelah beberapa lama , menurut penulis yang memetik al Dhahabi ( 1980). Jadi, penulis menyatakan ada 2 faktor utama penyelewengan berlaku dalam pendekatan tafsir bi al mathur.
Yang pertama ialah ketika kemunculan gerakan pemalsuan riwayat ( al wad-u), kemasukan elemen atau unsur luaran sperti israiliyat ke dalam kitab tafsir yang berpendekatan bi al mathur dan yang kedua - apabila sanad dilupuskan. Apabila sanad tidak ditekankan masa akan timbul masalah pengesahan kesahihan hadis.
Menurut penulis, gerakan yang merubah tafsir ini mula wujud sejak hujung 40 H, kesan dari peluasan pendudukan politik Islamberdasarkan motif dendam walaupun zahirnya tidak menampakkan penentangan ( Abu Shahbah 1408 H). Agenda utama mereka adalah untuk mengagungkan sahabat Nabi untuk menggapai impian peribadi ( Al - Khayr tahun tiada : 7 )
seterusnya pemalsuan riwayat juga berpunca dari ( 1) sikap taasub dan fanatik buta terhadap mazhab/ golongan/politik yang dibawa oleh pihak tertentu yg berkepentingan
(2) musuh islam yg menyeleweng atau menimbulkan keraguan terhadap ajaran Islam
(3) peresapan unsur unsur israilliyat - menurut penulis peresapan ini berlaku apabila para mufassir mengambil rujukan daripada sumber itu kerana mereka merujuk kepada sumber sumber terbabit dan kurang teliti dan kesedaran yang terdapatnya riwayat israilliyat yang mendustai sahabat dan peribadi mereka dan seterusnya memberi impak kepada kepercayaan masyarakat terhadap mereka. Ia juga boleh ditafsirkan sebagai cubaan memaling umat Islam daripada tujuan sebenar dalam mengambil Al Quran sebagai petunjuk, pegangan serta beramal dengan hukum hukum yang terkandung di dalamnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 13-12-2015 05:55 AM
Etika dan Integriti dalam Pentafsiran Ayat Al Quran
dua unsur penting yang patut ada dalam mentafsir ayat ayat suci Al Quran iaitu
Penulis memetik Al Qurtubi yang menggariskan bahawa 'amanah ilmiyah' atau kejujuran intelektual dan apa yg dinamakan sebagai 'takhrij hadis' .
Menurut penulis lupusnya sanad dikenali sebagai satu yg berbahaya kepada pendekatan bi al mathur kerana ia akan membuka ruang kepada pantafsiran secara berwenang wenang dan ia sama sekali BERCANGGAH dengan hukum syarak dan akal yang sihat.
Pelupusan sanad juga punca berlakunya gejala peresapan unsur israilliyyat dan penerimaan riwayat 'bathil' palsu dan dusta. So sanad dalam hadith dan dalam proses tafsir ni penting.
penulis yang memetik Al Zarqani (1988 ) menyatakan bahawa selian faktor external di atas, penyelewenan boleh terjadi sekiranya terdapat seseorang
a) mencuba cuba menguji di atas ingin menunjukkan keberanian diri untuk apa yang ditulis oleh penulis sebagai " MENTAFSIR TANPA ILMU YANG MENCUKUPI PRINSIP SYARAK dan KAEDAH BAHASA ARAB"
b) kecenderungan atau unsur pemaksaaan diri untuk mentafsir ayat selari dengan mazhab, aliran dan akidah yang ternyata BERCANGGAH dengan akidah BENAR
c)mempunyai agenda yg berteraskan hawa nafsu dan personal yang pada dirinya dianggap sebagai 'baik' tetapi jauh menyimpang
d) cuba mentafsir ayat bersifat mutasybihat dengan terlau mendalam
e) 'memutlakkan' pemahaman tafsirannya secara 'jazam' melaui jalan al ra'y dan yakin benar bahawa pentafsirannya itu yg bertepatan dengan apa yg Allah inginkan
penulis, memetik al Zarqani menyatakan bahawa perkara perkara di atas berlaku akibat dua sebab : ( 1) kejahilan dan kurang cerdik ( 2) kesesatan
|
|
|
|
|
|
|
|
Penulis juga menyenaraikan punca penyelewengan yang dihuraikan terlebih dahulu oleh ya'qub ( 2005 ) melalui petikan kitabnya yang berjudul Asbab Al - khata' fi al - tafsir: Dirasah al - Ta'siliyyah
iaitu :
a) mengunnakan ijtihad dahulu tanpa merujuk sumber yang telah mentafsir ayat itu dengan sebaiknya
b) menggunakan hadis lemah, palsu dan riwayat israilliyyat
c) Menekankan maksud bahasadaripada 'athar' yang disahkan kesahihannya,
c) mendahulukan akal daripada sumber naql yang dipercayai / sah
d)merujuk kepada yg bukan ahli - iaitu - ahli bidaah da ahl hawa'
Inilah yang berlaku pada apa yg disifatkan penulis proses tafsir bagi gerakan yang liberal/ bebas mahukan kebebasan yang begitu berusaha sungguh mentafsir Al quran untuk kelihatan dapat memberikan solusi atau kaedah penyelesaian pada isu yang berunsurkan politik, sosial dan etika untuk disebatikan dalam kehidupan moden. Namun begitu, pentafsiran dan prosesnya menurut penulis yang memetik Fahmi Salim ( 2010) pentafsirannya jauh terpesong daripada yg HAQ kerana terdapat unsur pengaruh Barat - sebagi contoh -
a) Qasim Amin - diketahui attitudenya tentang pemakaian hijab
b) Fatima Mernissi - yang mengecam poligami
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 13-12-2015 06:31 AM
jadi persoalannya
apa kita perlu takut ?
tidak - tapi kita patut as Muslim bermotivasi untuk cuba at least at introductory level mengambil tahu, mencuri masa dalam kehidupan walaupun masa lapang tu actually 'rezeki' cuba menghayati warisan Islam itu sendiri, at least tahu apa apa yang kita come across everyday , be aware of it and know it , supaya sekiranya ada elemen yg kita nampak ' not quite right' we would be able to acutely pick it up. dan perjelaskan.
ini penting sebab islam dan entiti yang berkaitan dengannya sering dimomokkan secara bawah sedar dengan frasa frasa tertentu tapi setelah kita meneliti, menghayati dan memahami maka kita akan menyedari bahawa yg benar itu tetap benar dan apatah lagi sekiranya ia berkisar kalamullah
' IT IS WE who sent down the Qur ' An and WE WILL PRESERVE IT' [ al hijr]
This is a very strong statement by ALLAH himself - indeed.
semoga bermanfaat
dan hormatilah guru , ustazah anda dan hayatilah apa yg kita belajar dalam pendidikan islam walaupun tempoh hanya 40 minit itu adalah sesuatu yg AMAT RELEVAN.Depa bagi sikit je , then up to us bila dah besar mencari makna dan selalulah menghayati ' tunjukilah aku jalan yg lurus ' dalam surah Al Fatihah.
|
|
|
|
|
|
|
|
insya Allah sekiranya ada masa saya akan menyertakan contoh contoh penyelewengan ayat ayat suci al quran dan juga pemikiran golongan pelampau ' bebas nilai' dalam thread ini .
Penyelewengan ayat ayat suci Al Quran tu dibuat atas pemahaman dan prejudis yang amat cetek dan kitaboleh saksikan sendiri bahawa untuk mentafsir perlukan ilmu dan bahayanya mentafsir jika tidak berilmu.
dan harapnya ia membawa penghayatan bahawa kalau mentafsir tanpa ilmu padahnya selewengan alquran dan pemahamam islam itu sendiri.
sekiranya saya ada masa , saya akan menyenaraikan apa sebenarnya tujuan para orientalis.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|