TERSENARAI antara penyanyi meraih pendapatan paling banyak tahun ini, tak hairanlah Taylor Swift membelanjakan sebanyak £640,000 (RM4.2 juta) hanya untuk meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-26, semalam.
Swift meraikan parti hari jadinya itu di sebuah pulau terpencil di Australia, Pulau Hamilton dengan menerbangkan 125 jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakannya ke sana.
Penyanyi Blank Space kelahiran Pennsylvania itu juga, menyewa jet peribadi khas untuk membawa kesemua jemputannya dari Los Angeles dan New York.
Selain itu Swift turut mengupah penata rias kuku, wajah dan tukang urut untuk memanjakan tubuh setiap tetamu yang dipilih bagi memeriahkan acara sambutan hari lahirnya yang mewah itu.
|