dalam merempuh kehidupan ujian ini
kadangkala tersungkur dan ada juga yang parah
hanya sedikit yang yang mara
itupun selepas bangun dari rebah
di manakah kita?
ketika ujian menghimpit himpit derita
diri menangis bertopengkan senyuman
ditambah pula berbekalkan iman yang tak seberapa
syaitan iblis pula datang menghambur tipudaya
apakah tindakan kita?
jika kita menangis DIA mendidik sabarmu
jika kita disakiti DIA mengajarmu erti redha
jika kita ketakutan bertawakal padaNYA
jIka kita rasa susah hati beristghifarlah tanpa jemu Hasbi-allahu la ilaha illa Huwa 'alaihi tawakkaltu wa Huwa Rab-bal 'arshil 'adhemm