CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4803|Reply: 3

Tips Cukur Bulu Ketiak Tanpa Tinggalkan Kesan Kerak Hitam

[Copy link]
Post time 17-12-2015 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ




Penampilan merupakan sesuatu yang penting dan perlu dijaga oleh semua orang baik lelaki ataupun wanita. Tidak kira apa saja yang mudah dilihat atau yang tersembunyi.






Ketiak seringkali ditumbuhi bulu pastinya memeningkan kepala wanita untuk tampil lebih bergaya dikalangan umum. Hal ini mungkin tidak akan jadi masalah jika memakai pakaiaan yang tertutup. Tetapi ada kalanya kita harus memakai pakaiaan yang agak terbuka diwaktu-waktu tertentu.


Tumbuhnya bulu ketiak tentu akan sangat mengganggu perasaan. Hal terburuk adalah apabila orang disekitar mula bercerita tentang ketiak kita.

"Eh panjangnya bulu ketiak perempuan tu, muka cantik tapi bulu ketiak tak cukur...muntah!!"

"Eeeeeee... muka cantik, kulit gebu tapi ketiak hitam....macam dayang senandong"




Jangan biarkan masalah tersebut menghantui diri anda. Di kesempatan ini penulis akan membantu anda dengan memberikan tips tentang Cara Cukur Bulu Ketiak Tanpa Tinggalkan Kesan Kerak Hitam.








Mandi Sebelum Mencukur Bulu Ketiak
Sebelum mencukur bulu ketiak, mandilah terlebih dahulu dengan air suam. Ini kerana kulit akan cenderung lebih lembut setelah mandi, dan akan melancarkan lagi proses mencukur.





Mencukur di Malam Hari
Cukurlah ketiak anda pada malam hari kerana anda akan terus boleh tidur setelah mencukur bulu ketiak. Jadi ketiak akan memiliki waktu untuk istirehat. Langkah ini akan sangat penting khususnya bagi anda yang memiliki kulit sensitif. Hindarilah mencukur ketiak di siang hari atau sebelum melakukan aktiviti kerana boleh terdedah pada jangkitan di kulit ketiak.






Pilih Pisau Cukur
Pisau cukur sebenarnya tidak boleh dipakai selepas tiga kali guna. Hindari menggunakan pisau cukur yang sudah pernah dipakai berkali-kali. Hal bertujuan untuk menghindari terjadinya jangkitan pada kulit ketiak.






Skrub Ketiak
Skrub kawasan ketiak anda sebelum mencukurnya, hal ini supaya sel-sel kulit mati bioleh dihilangkan. Dengan langkah ini juga, ketiak anda akan bersih dan tidak meninggalkan noda hitam setelah dicukur.





Selepas itu, bercukurlah dengan tenang dan berhati-hati. Semoga ketiak anda kekal bersih, tidak berkerak dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan. Selamat mencuba. - CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2015 06:44 PM | Show all posts
kalau just cukur je sah2 memang tak de kerak.. kerak2 terhasil apabila kau memang tak pernah berus ketiak.. xpayah la nak belajar cukup bulketi kalau ketiak tak pernah sental. Tq.. baideway @chacon suke ni tip bangang mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 03:11 PM | Show all posts
chacon replied at 17-12-2015 06:47 PM
biasa jenis sembang kencang ntah2 ketiak berkerak... baguslah ko baca. balik jangan lupa sental  ...

lalalallaalalala... ko susah hati ketiak aku kerak?? kerak2 ni ramai yang gila kot..

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 06:50 PM | Show all posts
tq share! berguna
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.167338 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list