View: 1299|Reply: 0
|
5 Sebab Ini Buat Pasangan Asyik Marah
[Copy link]
|
|
Macam-macam cerita boleh bertukar apabila dah sah bergelar suami isteri. Mungkin ada yang tetap kekal 'manis' tetapi tak mungkin langsung tidak diuji sepanjang bergelar suami isteri.
Walau kadang emosi tidak stabil, anda kena pandai jaga hati perasaan pasangan. Jangan tahu tunding jari jika berlaku sesuatu dalam rumah tangga, ok kita pujuk hati dan selami dunia pasangan perlahan-lahan. Dan paling penting, jika tiba-tiba si dia tarik muncung mungkin anda kena betulkan sisi beberapa sisi ini...
1. Tawar diri uruskan perkara remehJika isteri anda suri rumah, pandai-pandailah tolong selesaikan apa yang patut. Jangan semua nak arah isteri. Misalnya urusan membuat susu anak, mengemop lantai, menyapu dan membuang sampah ataupun membersihkan bilik mandi. Jika anda menolongnya nescaya sifat untuk marah akan hilang kerana anda sentiasa bersedia membantunya di rumah.
2. Telefon tolak tepiCukuplah urusan kerja anda di pejabat, jangan pula bawa pulang ke rumah. Ni sampai saja rumah, pasangan bercakap pun buat tak layan sebab khusyuk tengok telefon. Konon hal kerja. Tidak ke angin si isteri. Wanita memang cukup pantang kalau ada gangguan waktu malam, kecuali hal kecemasan.
3. Aktiviti di hujung mingguKalau isteri seorang suri rumah, pasti dia akan rasa bosan buat rutin harian yang sama. Ini yang boleh cetus kemarahan tetiba, jadi sesekali apa salahnya bawa pasangan keluar. Ada duit lebih, boleh buat kejutan ajak pergi bercuti.
4. Berkira bab duitAda pasangan, duit adalah hal yang paling sensitif dan jika ditanya berlebihan boleh jadi gaduh besar. Jika pasangan minta wang, cuba berikan dengan ikhlas dan niat berkongsi, in shaa Allah rezeki yang datang hari esok pasti berganda.
5. Suka paksa pasanganAnda juga perlu menghormati kehendak pasangan. Misalnya jika dia menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim kerana disebabkan keletihan bekerja ataupun menguruskan anak. Sesekali cuba faham dan bagi ruang untuk pasangan.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|