CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2036|Reply: 0

Kedekut Pun Biarlah Bertempat! Pasangan Anda Macam Ini?

[Copy link]
Post time 17-12-2015 08:41 PM | Show all posts |Read mode

Perkahwinan jika suami atau isteri kedekut tidak menentu memang boleh membawa ketegangan dalam hubungan. Kedekut dan berkira soal kewangan ini berbeza. Kedekut ini adalah sikap yang keterlaluan dalam perkiraan belanjawan hingga membawa kesusahan pada pasangan dan keluarga.


Contohnya, nak beli baju tidak boleh, kalau beli pun yang sudah outdated dan sebagainya. Makan pun berkira bajet, nak berjalan pun berkira jauh dekatnya takut bayar tol dan minyak lebih. Nak beri duit pada anak isteri pun berkira dan apa yang diberi pun memang menyedihkan hati isteri!


Ada juga isteri yang memang kaki kedekut macam Haji Bakhil juga. Suami kasi duit dapur sehari RM20.00 untuk masak makanan berkhasiat, eh! dia belanja RM10.00 aja makanan yang tidak berkualiti kerana dia berkata jangan membazir. Tetapi dibazirkan pada pinggan mangkuk boleh pula.


Kalau dengar saudara mara nak datang, mulalah dia mencatu makanan. Kalau yang datang 10 orang, digorengnya ayam hanya 10 ketul, ikan 10 ekor dan nasi satu senduk! Memang kedekut! Sikap kedekut ni bukan kerana dia miskin tak ada duit tapi lebih kepada soal hati yang tidak pernah rasa untuk berkongsi kelebihan yang dia ada dengan orang lain!


Yang banyak duit tu kadang-kadang lebih ramai yang kedekut. Yang tak ada duit pula tidak kedekut sebab memang tak ada duit untuk di ‘kedekut’kan! Dan mesti suka belanja orang walaupun hanya secawan teh!


CARA ATASI

Bagaimana nak mengatasi sikap kedekut pasangan? Susah nak jawab kerana ini sikap yang dibawa daripada kecil hingga dewasa dan ke alam rumah tangga! Tapi kalau dapat suami kedekut, kita cuba buat bajet bulanan pada suami tapi top up kan 50 peratus dari belanja asal kerana jika suami turunkan bajet, masih dalam kecukupan belanja.


Orang kedekut suka pandang serong dan sinis pada apa yang kita lakukan. Kita masak tiga jenis lauk dia kata membazir, tapi dia yang makan tiga pinggan. Kita masak ketam, dia kata ketam mahal, tapi dia yang bedal ketam sampai anak nak makan tinggal sepit ketam aja. Kita beli sofa baru ganti yang lusuh, dikata membazir, tapi dia yang tidur sampai mengigau-gigau atas sofa.


Begitulah sikap orang kedekut! Tidak ada ubatnya. Selagi boleh jalan, teruskan rumah tangga dengan aman. Jika tidak, boleh jalan pada suami kedekut tu!


Kepada suami dan isteri di luar sana, janganlah terlalu kedekut kepada pasangan anda dan juga keluarga yang di bawah perhatian dan jagaan anda. Berpada-padalah kalau nak kedekut tu. Takut kalau kedekut sangat dan kalau nak sampai tahap tangkai jering yang dah kering, ditakuti, anda nanti ditinggal sendirian dan kekeringan kasih sayang daripada anak isteri atau suami anda! Jadi jangan kedekut tapi dekatlah kepada sikap bermurah hati, ya!


mingguanwanita

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.045257 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list